Sunday, April 25, 2010

BiLa saMPai IPoH....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:14 AM
Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai diIpoh... cakap pada anak saya."

Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.. "Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.

Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,"Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!"

Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai diIpoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya.

Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun. Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh...

Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!"

Lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!"

Nota kakitanganku : Buang karan!





12 kUs-kUs:

nIsYa on April 25, 2010 at 12:29 AM said...

mest time tu bas tu hot cam oven kan dek kerana kebengangan pnumpang dan driver bas tu hehe a.setar ngan ipoh bkn dekat hehe

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr on April 25, 2010 at 12:39 AM said...

hehe..

senyum di dinihari

Unknown on April 25, 2010 at 12:42 AM said...

salam tedi~

ahaks~ ko memang slalu wat citer mcm nie ar ted.. seb baik skang aku dlm bilik.. xde sape nmpak aku dok sengeh sndirian.. kalo kat tmpat keje, sure aku dah kena tnya "ngape ko senyum sndrian?" :)

ISZA on April 25, 2010 at 12:50 AM said...

ingatkan nak suruh singgah rumah saya tadi.. :)

Anonymous said...

sengal...

hahaha

Unknown on April 25, 2010 at 1:08 AM said...

Hahahaha..lawaknya...sian satu bas...

d on April 25, 2010 at 1:27 AM said...

kui3~ hahahaha

Hafiz Yusof on April 25, 2010 at 2:15 AM said...

hahahhaha..lawak la..mesti tension pemandu tu

white rose on April 25, 2010 at 2:24 AM said...

hahahaha...

lawak begang nih...

hahahaha...

[z@ck] on April 25, 2010 at 4:41 AM said...

kahkahkah...
mmg buang karan!

CITY® on April 25, 2010 at 7:26 AM said...

hahahahha..

terhibur den
ekekekkek..

=p

Yunus Badawi on April 25, 2010 at 7:39 AM said...

Salam tEDI,
Lepas budak tu habis makan nasi bungkusnya, ramai2 pakat belasah dia hehehe

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting