Siapa-siapa lagi yang turut serta dengan aku tengok drama bersiri Senja Permai di Astro Prima?
Aku bukan kaki televisyen. Tiadalah ikut mana-mana drama bersiri. Na O Mei dulu pun aku tengok awal-awal sahaja. Bila sudah lama-lama aku jadi menyampah pula dengan lakonan Wan Maimunah seorang ibu yang tiada pendirian. Sekejap mahu jodohkan anak dia dengan orang ini, sekejejap dengan orang ini. Ha ha ha ha..
Okey! Okey! Berbalik kepada Senja Permai. Inilah satu-satunya drama yang aku ikut sejak awal sampai minggu terakhir ini. Minggu terakhir okey?Minggu depan sudah ada cerita baru. Aaliah 'kot' tajuk dia. He he he...
Mungkin sebab Senja Permai berkisar tentang isu kekeluargaan yang sebenarnya ada dalam kehidupan seharian kita. Tapi aku paling suka watak Zarina Zainuddin sebagai seorang isteri yang lurus bendul. Juga 'suaminya' Faizal Hussien 'pooojaan' hatiku. Seorang suami yang taat dan sentiasa cuba memenuhi permintaan sang isteri walapun sebenarnya suaminya bukan seorang yang baik.
Kalau aku tanya kamu suka tengok drama bersiri bertajuk apa , aku yakinlah ramai yang akan jawab Adamaya. Betul tidak?
Eh! SUdah pukul 9.00 malam . Tata!!
Nota kakitanganku : Penutup 'entry' entah apa-apa. Ha ha ha ...
19 kUs-kUs:
dulu ada gak layan..skang dah tak layan,,skali dah nk akhir dah
sya suka spa q hehee adamaya pun ok gak
dah lama tak tengok TV huhu~
adamaya beshh.. lain xberapa nak tgk kalau malaysia nyer drama.
aku x tgk adamaya hehe na o mei aritu aku tgk sbb tertengok adi putra main gitar lagu spoon tu tajuk memori sekuntum rindu hehe..mak aku suka tgk senja permai hehe
selamat malam!
bestnyer ko dapat rehat ptg2 tgk drama
aku ni masa tu masih kat opis lg
tEDl...akak tak tengok citer ni...selalu tertinggal...tau2 dah beberapa episod yang terlepas...
Akak memang suka watak zarina zainuddin tu...hehehe...kelakar...
aku suka menonton AWAN DANIA... :)
tedi,
i x tengok pula cuma member opis selalu suh i tengok dan kata bes best...
best ke?
ps:
ku ingin menangis tadi
dan telah ku nangis pun
izinkan ku nangis lagi disini
semoga ku tak akan nangis lagi nanti...
=(
muehehe...
tengok kejap2 je...
aku dah lama tak tengok tv. huhu. duduk kolej.
tak tgk tv :P hehe
ehehe, rumahku takde astro...mmg tak dapat tengok lerrr.
Salam Dik...masih lagi dengan demam selsema ni....tapi better...OOO Adamaya tak pernah tengok lagi....senja permai....Alang jer dok tengok...Akak tengok "dapur ku yang sempit"!
best2.. sy pun layan gak senja permai ni =)
oh adamaya? ntah cam tak suka je?
tipikal drama.. bla..bla.n bla.. (sorry la ini cuma pendapat aku seorang aje.. ku tahu ramai yg suka..)
ya betulllll.. pandai nya tedi..
aku pun suka tgk senja permai..tgk yg marathon pya..hari sabtu kot..
Post a Comment