Kau bermain dengan taktik kotor.
Semalam kau datang dengan sendu sendan memohon bantuan bila sudah dapat kau jadi macam anjing tersepit yang di lepaskan. Kau menggigit tangan kami yang membantu.
Hari ini anak jantan kau berlagak samseng datang menuntut barang yang kau jadikan cagaran pinjaman semalam tanpa memulangkan satu sen pun dari RM 1300.00 yang kau ambil dengan penuh juraian airmata tanda kesyukuran kononnya.
Kenapa kau jadi pengecut? Jika semalam kau sendiri yang datang berdrama swasta kenapa hari ini seolah-olah bukan rancangan kau semuanya?
Jika semalam kau menggunakan perkataan anak-anak perlu duit untuk sekolah namun kenapa hari ini anak keparat kau begitu biadap?
Kami tidak akan menghalalkan pendapatan yang kau perolehi dari kami jika kamu mungkir pada janji.
Kami tersilap membantu anjing yang tersepit.
Nota kakitanganku : Semalam kami membantu seorang ibu tunggal yang bukan saudara kecuali saudara seislam yag mahu meminjam wang bukan sedikit. Namun kami membantu mana yang terdaya. Beliau menyerahkan seutas rantai sebagai cagaran tanda kami perlu percaya kepadanya.
Tengah hari tadi aku keluar dan balik sahaja emak beritahu anak jantannya datang menuntut semula barang kemas tersebut tanpa memulangkan satu sen pun. Emak yang takut mengembalikan barang tanpa banyak soal.
Aku cuba telefon makcik yang lupa daratan itu namun belum lagi berjawab. Tidak mengapalah makcik, kau mungkin terlepas di dunia.Tapi ingatlah, di akhirat semuanya akan di hitung. Buncitlah perut kamu anak beranak jika benar-benar kamu makan duit dari cara seleweng!
31 kUs-kUs:
sabar ya tedi :)
di dunia mereka senang sementara..
di akhirat.. tahu lah nasibnya..
salam tedi,
takde buat hitam putih ke?
macam2 manusia ni...
itu yg selalu jd masalah. masa nak pinjam, bukan main lg dtg dgn muka kasihan mintak simpati. bila dah dpt, sombong bkn main.
akak ada sorg pak sedara mcm ni. laaaaaaagi sakit hati. time susah dulu, dgn ayah la dia mintak tolong. duit tak usah katalah, dah beribu2 pakai dgn istilah "PINJAM". tapi tak pernah bayar walau sesen. bagi geran tanah sebagai cagaran (padahal ayah xmintak pun sbb dia bukan ceti sampai perlu cagar apa2 barang). duit xbayar, tp geran tanah mintak semula. ayah pulangkan je lah.
bila dah senang, kami sekeluarga pulak dituduh ada bela hantu jembalang untuk buat semua sedara mara tak suka kat dia. padahal, adik beradik & sedara mara x suka dia pun disebabkan oleh perangai dia sendiri & bini dia yang suka bawak mulut dan jaja cerita yg bukan2 tentang adik beradik. pada dia, adik beradik bini dia yg bagus. adik beradik sendiri tak guna sesen pun. tapi bila susah, kenapa kau tak carik dan mintak tolong dgn adik beradik bini kau.
.
akak mmg pantang dgn org2 yg mcm ni...
sampai skrg, tiap kali jumpa dia, semua anak2 sedara salam (terpaksa salam sekadar menghormati dia yg lebih tua)lepas tu terus blah. takde yg nak borak2 dgn dia/bini dia/anak2 dia. kiranya kalau dia dtg kenduri, mmg dia sekeluarga jd kera sumbang sendiri...
sabar la tedi yer..
hmm..ade gak manusia yg perangai camni ek..diorg tak igt ke seksa kt neraka nnti...
sabar je la, cik tedi ye..
melampau arr..org dah tolong wat camtu plak hmm
bila hal camnie jadi, andai suatu ari nant de yang datang mintak tolong, pasti susah kita nak pecaye pada orang tu kan?? sabar ye tedi.. harap makcik tu sedar kesilapan nye...
orang...memang cam nie la kebanyakannya..sabar ye cik tedi
sekali je la dia merasa pertolongan tedi tu... len kali jgn harap la...
jgn biar pisang berbuah 2 kali ye...
biar dia susah camane pun abaikan je, lepas ni...
Salam...
Istilah 'seperti lepaskan anjing tersepit' tidak sesuai digunakan untuk makcik yang meminjam tu sebab anjing yang dilepaskan pun tahu untuk berterima kasih :p
* adat dunia...
sabar cik tedi..dugaan sungguh
memang pun.. macam-macam manusia zaman sekarang ni.. sumernye cepat lupa diri.. sabar lah tedi..
pengajaran dari kisah tedi ni..ina akan lebih berwaspada bila nak tolong orang..terima kasih atas perkongsian cite ni..
RM1300 bukan jumlah yang kecil..
dunia oh dunia
jadikn pengajaran.pasni jgn bg lagi senang2 k...
ade je org mcm tu
kak tedi sabar ye
:)
bahayanye zaman skang ni.tolong salah, xtolong pun salah..
sabar ea tedi..ada hikmah tu..
yg penting family tedi selamat..
risau gak klu anak lelaki die tu apa2kan mak tedi..zamn skang ni membunuh pun berani..
sabar je la..
pengajaran, kena pikir btul2 nak bg pinjam ke tak..
RM1300 tuh banyak! boleh beli laptop satu.. camna boleh bagi?
salam buat tedy...
selalunya doa org yang terinaya ni akan makbul....
peh!!!
ada gak org macam ni eh??
Salam..tedi istigfar banyak2..menyucap..mendoakan keburukan orang lain bukanlah yang terbaik....saya tahu kome marah bebeno dengan si emak ibu tunggal sebab datang merayu bantuan semalam..mungkin juga si ibu tu diugut oleh si anak manala kita tahu...apapun report je la pada pihak polis incase case ni boleh dibawa ke balai..solat2 banayk2 mudah-mudahan si ibu tunggal terbuka hati datang memberitahu hal sebenar....lagi satu nasihat ambe...memberi pinjaman biarla seikhlas yang kita boleh tanpa mengharap balasan kembali..bukan apa tedi sekarang yang menanggung akibatnya kita juga..dahla duit lesap..pastu kita maki2 dia..kita juga bertambah dosa....apapun ambe doakan kome banyak2 bersabar ye....carilah jalan penyelesaian dengan sebaik mungkin..harap takde terdengar berita si anak dara mengamuk di rumah jirannnnnnnn..dengan parang.......minta simpangggggggg
salam tedi,
kisah benar ke ni?
ishhhhhhhhhhhh...
macam2 org kat dunia ni ada
pelik, tak ada rasa tjawab ke apa?
hanya pentingkan diri tanpa fikir apa yg org lain fikir n rasa.
byk2 sabar dan berdoa tedi,
serah pada tuhan, anggap semua ni ujian atau balasan, baru tenang sikit tu nanti..
dlm masa sama, cuba selidik
apa masalah dia sebenarnya
pasti ada cerita disebalik yg terjadi..
sabar ya tedi..
1300...banyak tuh...
kalu kiter pun kiter akan bengang..
kalu 130 takpe lagi..
lagi satu kan tedi,
mesti ibu tunggal tu terdesak or terpaksa..
pasti akan ada cerita sebaliknya
mungkin kerana anak2 dia
perempuan ni akan buat menda2 terpaksa kerana suami dan anak2..
biru byk tgk depan mata, kisah sedara mara sendiri
biru juga kerap ditipu..
tapi biru dah maafkan semua cuma biru tak akan percaya lagi kalau libatkan soal duit...
bertenang okay..
sabar jer Ted.
kRina pon pernah kena mcm ni 8-9 tahun lepas.. nak marah pon xbuleh sebab yg pinjam tu xbf. mintak tolong dan janji nak bayar. bg kwn dia pinjam konon biznez baik.. sampai la ni pon dia xbyar.. janji tinggal janji..
salah satu sbb kRina broke-up sbb dia x responsible & bbrp perkara lain lagi. sakit hati jugak walupun bukan dia yg guna duit tu. byk Ted..boleh bagi hantaran kawin masa tuh jumlahnya.. kita ni sanggup kuarkan saving kasi orang pinjam ..tup-tup.. haiii...
bila pikir balik mmg geram tapi nak buat camne..kalau dia rasa nak bayar alhamdulillah..kalau tak... macam ni je lahh... lg pon dah lost contact..
opss.. panjanglah pulak..
tEDl...kadang2 orang yang macam nilah menjadikan kita serik untuk menolong...
Takpelah tEDl...semoga dia sedar kesilapannya dan tau yg kalau hutang ia tetap hutang
memang ada manusia mcm ni .terjadi kat aku taun lepas.habis playstation bf aku diambilnya tak pulang smpai skang
Salam Tedi...
Bersabarlah..hanya itu yang mampu dilakukan sekarang ini. Sesungguhnya doa org2 yg teraniaya akan dimakbulkan Allah.Semoga makcik tu diberikan taufik dan hidayah untuk bayar balik duit yg dipinjam tu....
manusia tak reti syukur.dah tlg mkn duit haram plak.
Sabar ye Tedi..tula mnusia..bila kt baik hati nk tolong..tp tu balasan yg diberi..
ape2 pn smoga tedi n keluarga dimurahkan rezeki..amin..
Post a Comment