Sunday, April 25, 2010

OranG PeranGai MacaM KauLah yanG BuaT akU sELaLu menCaruT. sEBaB kaU MemanG S.H.I.T!! oTak daN aKaL kaU LeTak Di TaPak KakI. WTF!!!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 5:30 PM
Photobucket

Semasa aku keluar pagi tadi, adik telefon aku. 'Kak, ada kucing comel kak. Kecil sahaja. Dekat tempat buang sampah!!'

S.H.I.T

Kucing comel di tong besar tempat buang sampah. Agak sunyi sedikit kawasan itu. Kiri dan kanan hutan dan semak samun. Ada manusia bodoh yang buang kucing di situ. Anak kucing.

Adik tidak bawa balik sebab dia takut. Bukan takut kucing tapi takut emak marah. Aku berani bukan sebab aku anak derhaka. Tapi aku anak yang akan pekakkan telinga sahaja.

Aku cakap pada Along semasa di dalam kereta. Aku mahu ambil. Aku mahu bela. Semangat aku begitu berkobar. Akhirnya dapat juga aku anak kucing.

Aku balik agak lewat. Dalam pukul 1.30 tengah hari. Tanpa pulang ke rumah terus menuju ke tong besar itu. Dari jauh aku sudah nampak sesuatu.

Aku jerit.

'Anak kucing tu dah mati!!!'

Anak buah aku yang tidur pun jadi tersedar. Aku rasa sangat marah! Sangat geram dan sangat sakit hati!!

"Bodoh!! Bodoh!! Bodoh! Siapa yang buang kat sini! Sinikan hutan!! Bangang betul!"

Memang malang orang yang buang kucing itu sebab berbakul sumpah seranah aku. Along sudah mula menangis. Dia memang sensitif.

Aku berhentikan kereta di tepi. Mengambil surat khabar hari ini yag baru di beli 2-3 helai. Mengambil satu plastik besar. Ahhh! Kucing ini baru mati. Belum berapa keras. Cantik sangat. Kelabu putih. Bulu lebat. Oh Tuhan! Airmata sudah mengalir.

Aku balut dengan suratkhabar. Masuk dalam plastik. "Maafkan aku wahai si anak kucing. Aku tidak dapat membawa kamu pulang dan menanam dengan sempurna. Maafkan aku!"

AKu meletakkannya di dalam tong sampah besar. Airmata deras mengalir. Terasa bersalah sekali sebab aku terlalu lewat untuk ambil dia.

Tolonglah kamu semua. Masing-masing punya naluri sendiri. Ada yang suka ada yang tidak. Tapi tolonglah. Fikirkan gunakan akal sebelum membuang kucing. Buang di tempat yang selamat. Di gerai. Di pasar. Di kedai makan.

Bukan di Tempat Pembuangan Sampah!! Jangan guna tapak kaki ketika membuat keputusan! Tolonglah! Jika kamu tidak sukapun kamu masih dapat menyelamatkan satu nyawa!

Kepada manusia yang membuag anak kucing comel ini. Kau memang bodoh dan bangang! Aku tidak akan sesekali memohon maaf atas caci maki aku ini. Kau boleh pergi M.A.T.I!!!!

Nota kakitanganku : ........






32 kUs-kUs:

ape2 jer on April 25, 2010 at 3:05 PM said...

alahai..gambo tu isk..

Dee on April 25, 2010 at 3:13 PM said...

sedihnya tengok kucing tu..huhu..

napelah buang kat tempat pembuangan sampah..dia nak makan apa kat situ...kan banyak pasar kat Malaysia ni...huhuhu sedih sangat...

bulatkocik on April 25, 2010 at 3:14 PM said...

cian dekat kucenk 2..nie msti dia terpisah dr mak dia..

CraZee KenTanG on April 25, 2010 at 3:19 PM said...

btol tuh kak tedi!!! Kalo nak buang, buang laaa kat tempat yang ade makanan. Pastuh kalo nak buang, tunggu laaa agak2 besar sket. Sedeyhhh nyerrr tgk kucing mati!!! Dah aaa anak kucing. X guna akal laaa sape yg buang tuhhhhhhhhh

Unknown on April 25, 2010 at 3:38 PM said...

salam tedi~

huhuhu... ciannya...

mmg bagang yg buang kat c2, kalo buang kat psr pun xpe.. xde ar truk sgt..

ismimaizura on April 25, 2010 at 4:16 PM said...

apesal la org yg buang tu x bg aku je..aku ni mencari anak kucing utk dibela..sape ada???

ciK LyndaWawa on April 25, 2010 at 4:23 PM said...

ciannye kucing tu...mood sedih jugak nie...
ololo...

sedih....

ciK LyndaWawa on April 25, 2010 at 4:24 PM said...

nway...

tq bg link tu..
papepun..
klu tak menjadi lagi....

sy kacau kamu lagi ye....

maklumla ....
budak baru blajo nie....

hehehe

Hafiz Yusof on April 25, 2010 at 4:26 PM said...

mulianya hati kamu tedi..kamu org yg patut di contohi dalam membela nasib kucing..

cheqna on April 25, 2010 at 4:27 PM said...

dak tedi
kamu memang pencinta kucing sejati..memang salute sama kamu..
memang yang buang anak kucing itu ngokngek tahap gaban...

Azuan on April 25, 2010 at 4:42 PM said...

buang kucing di tempat ada makanan~ setuju sangat3!!

Unknown on April 25, 2010 at 4:55 PM said...

kalu nk buang pun..pastikan ditempat yang ada makanan ..Islam menggalakkan kita memelihara haiwan..tp meyeksa mereka..itu adalah dilarang di sisi agama...

untuk lebih lanjut sila baca blog ini..
http://emoriz.blogspot.com/2009/02/islam-menggalakkan-sesuaikan-fitrah.html

jiehan on April 25, 2010 at 4:56 PM said...

kcian kat ank kucing tu..diaun de nyawa berhak utk hidup...knp msti buang kat tmpt cmtu..bnyk lg tmpat yg sesuai klu betul2 dah xnak kat ank kucing tu huhuu...

Chenta on April 25, 2010 at 5:04 PM said...

Eeeii geramnya !

Memang orang yang buang tuh sangat KEJAM dan BODOH .

Saya benci manusia yang takde kepala hotak !

dkama on April 25, 2010 at 5:43 PM said...

kucing tu belum pandai makan tikus... PEACE...

cheryna zamrinor on April 25, 2010 at 5:45 PM said...

tedi, anak orang pon kena buang kat tpt sampah...inikan plak anak kucing. sabarlah...aku pon kadang2 risau tgk bulu..takut ada yang buat dajal ngan dia macam anak kucing nieh...

Ibu Ammar on April 25, 2010 at 5:49 PM said...

anak kucen yg dibuang kat tempat sampah tak idup lama, kat situ byk leh dpt jangkitan. dulu my dad bawak balik dua ekor anak kucen comel gila dr tempat buang sampah. beberapa bulan lepas bela keduanya mati. tulah, antibodi kucen2 tu tak kuat time kecik2 dah kena buang kat tempat sampah.

mamai on April 25, 2010 at 6:20 PM said...

dah biasa tengok yang mati kat sini kalau tak nak sekalipun antar la kat pusat jagaan haiwan

Anisa on April 25, 2010 at 7:20 PM said...

hm
sedihnya
nape la ade yg wat cmtu
die pun makhluk Tuhan

Tuah on April 25, 2010 at 7:40 PM said...

Akak pun nak menyumpah sama ni cik ted.
Mmg bodoh bahlul bangang tolol xde otak punya org. Kalau ko nak buang anak kucing skali pun, ko tgu la dia pandai carik mkn sndri.
Mesti org yg buang anak kucing ni pun dr keturunan anak yg dulu dibuang mak bapak dia kat tong sampah.
Itu yg buat dia sama xde otak, xleh pk sbb membesar kat tong sampah jgk.

Akak pernah terima situasi mcm ni cik ted.
Pagi2 hari akak jumpa 4 ekor anak kucing yg br je celikk mata kat longkang blkg rmh.
Sekor dah mati. Agaknya kesejukan smlman.
3 ekor lg akak bela. Beli botol susu dan susu yg terbaik dr klinik.
Sekor mati semasa dlm jagaan akak krn masa jmpa tu mmg dia terlalu lemah.
Alhamdulillah 2 ekor lg sihat dan masih ada dlm jagaan ayah.

5-6 bln lps akak jmpa lg 3 ekor anak kucing. Pun kes yg sama. Org buang dlm longkang kat tepi rumah.
Kesian...bdn dorg berkurap teruk sgt.
Akak cuba jgk bela. Bwk pegi klinik utk rwtn kurap. Tp hayat tak panjang. Semuanya mati.

Masa akak jumpa anak kucing kat longkang pd kali kedua, mmg akak berleter soorg2. Bercakap dgn nada yg kuat. Mmg nak bg org dengar.
Akak kata "sapa yg bodoh sgt buang anak kucing dlm longkang ni. Takde otak ke? Kalau aku buang kau dlm longkang ko suka tak? Kalau ko nak buat dosa, jgn libatkan aku. Bila aku jumpa dan aku xselamatkan, aku pun jd dosa jgk. Kau nak dosa, kau dosa sorg2. kalau kucing ni cantik, kau terhegeh2 nak. Bila dia kurap mcm ni kau buang. Kalau ko budak, mmg mak bapak ko x ajor cara syg binatang. Kalau ko org tua, mmg ko org tua xde otak."

3-4 bln lps tu, ada dengar suara anak kucing mengiau2. Akak xtau kat mana. Time tu akak balik kerja, br tb rmh.
Sambil tutup gate akak cakap kuat2. "hah tu mulalah nak buang anak kucing lg. ko nak dosa jgn nak libatkan aku pulak ye."
5-10 minit lepas tu xde lg dah dengor.

Skrg ni akak xdulik. Mmg akak cakap je kuat2. Biar dorg yg kepala otak bahlul ni faham...

nIsYa on April 25, 2010 at 8:24 PM said...

manusia takde perasaan memang cam gitu la. anak pun boleh buang, inikan pula kucing. dasar manusia takde atie perot!! kejam!!

white rose on April 25, 2010 at 8:24 PM said...

xde rezki akak nk jaga dia...Allah lebih menyayanginya...

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR on April 25, 2010 at 10:11 PM said...

errr...
jgn marah2 ted..nanti kau sakit jantung..
sapa nak jaga kucen2 kau nanti??
errr...
pada si pembuang kucing..harap sedar arrr..kucen tu pun perlu kan perlindungan..

epi besday tedi..

Solehah on April 25, 2010 at 10:34 PM said...

sedihnya tedi..ko dah berusaha nak tolong dia kan..tp tu jugak takdir dia..semoga Allah balas jasa ko Tedi. Amin..

IntanBerlian on April 25, 2010 at 11:36 PM said...

kejam manusia tak berhati perut!

CuteKittyFrenz on April 26, 2010 at 12:11 AM said...

sedeynyee... bencinyee sape2 yg suke buang kucing..:( kalau nk buang sgt, biarla kat tmpat ade makanan..:(

ejaMaria on April 26, 2010 at 8:09 AM said...

cik tedi, jangankan anak kucing... anak orang pun kena buang kat tong sampah... camne tu?

akal manusia kini - semakin hari semakin singkat...

m.q on April 26, 2010 at 8:12 AM said...

lahai sedihnya....
manusia ada akal tp tak guna kah?!

kella on April 26, 2010 at 9:04 AM said...

huh, tedi kau buat aku bergenang juga..
sungguh mulia hati kau mahu menyelamatkan anak kucing tu! semoga Tuhan merahmati..

OnE HeArT..OnE LoVE.. on April 26, 2010 at 9:31 AM said...

hmm..
=(

asilahmuhajer on April 26, 2010 at 9:40 AM said...

tedi, sabar banyak2..

azianierdawati on April 27, 2010 at 9:03 AM said...

siot punye manusia!.. kalux nak pun, letak la dia kat pasar, sana byk mknan.. bangang btl!! (sory emo sikit).. pantang btl aku!

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting