Monday, April 26, 2010

MaJLis rEsePsi UmIe aIDa : I PakaI TuDunG TaPi BaJu I JaranG. BuKan saLah I. SaLah PeReKa FesyeN! TaPi sItEDi Fikir PosiTiF!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 4:00 PM
Photobucket
Kredit gambar di sini.

Dialog hanyalah rekaan semata-mata. Siapa yang kata baju dia jarang? Mana boleh jarang. Dia pakai tudung. Mesti tidak jarang. Kamu silap tengok.

Kita tengok guna kanta sebelum kata baju dia jarang menembusi ke dalam. Jangan pandai-pandai adili orang sebelum kamu sendiri duduk di sebelah dia dan telek betul-betul, memang jarang ke baju dia?

Aku tidak percayalah baju itu jarang. Tidak akan dia begitu jahil. Pakai tudung. Tutup aurat separuh di atas, tidak mungkin dia mahu pakai baju jarang pula. Bukankah seorang blogger telah menulis dan menegur tentang baju dia yang jarang dan terdedah sebelum ini? Dan dia juga telah menjawab di dalam kahbar mingguan? Mustahil dia tidak ambil iktibar.

Bukankah kesilapan yang dulu datangnya dari pereka fesyen dia? Bukan dari dia. Dia tidak mahu pakai baju terdedah. Tapi pereka fesyen yang reka tau. Dia akur. Dia pasrah kata orang.

Kali ini baju ini nampak sahaja jarang. Tapi tidaklah. Aku fikir positif. Mesti dia pakai 'lining' di dalam. Tapi rekaan baju seolah-olah tidak pakai gitu! Boleh macam itu? Okey! Boleh! Dia pakai dua lapislah. Eh! Ini andaian aku sahaja. Sebab aku bukan pengapit dia atas pelamin!

Mustahillah artis begitu jahil pakai tudung tapi baju lubang-lubang!

Mustahil.

Mustahil.

Tapi...

Nama pun artiskan.

La la la la la..

Nota kakitanganku : Jangan saman saya Datin Paduka Umie Aida. 'Boipren' saya tiada gelaran Datuk Paduka!!






29 kUs-kUs:

Ibu Ammar on April 26, 2010 at 2:01 PM said...

alahai, umie aida ni mmg bukannya bertudung pun, so tak kisahla design baju dia cam manapun.

*pernah nampak norjuma pakai baju lengan jarang kat anugerah apa ntah tahun2 dulu.

Unknown on April 26, 2010 at 2:02 PM said...

Huhuhu...
bukan jahil tapi nak kene updated. lagipon nak masuk tv dan majalah, kene la pakai jarang-jarang ckit. baru ade kelasss katenye.

**adeh...susah nak ckp artis negara kite ni...**

Amna Nasuha on April 26, 2010 at 2:07 PM said...

tak tau la jarang ke tidak tapinya yang penting, kite bersangka baik la...tak rugi bersangka baik=)

Miss Izah Mohamed on April 26, 2010 at 2:08 PM said...

rasenye tudung tu sekadar trend kot.. sume dah bpangkat datin ni sumelaa mengikut..
ala2 tok T sume tu..

tu kn tudung ala2 tok t.. hehehe

skdr komen je..

jgn laa mempersendakan pemakaian tudung tu

Hazzy Ishak on April 26, 2010 at 2:08 PM said...

tatau nak cakap ape..
huhu

a.z.r.i.n.a.03.07 on April 26, 2010 at 2:09 PM said...

tengok gambar majlis resepsi kat sini lagi..kebabom ted..

luasssnya nampak...


dah artis kan.. Masa nikah di Arab memang ayu jer dia..

Hafiz Yusof on April 26, 2010 at 2:12 PM said...

no komen..hehehhe

Unknown on April 26, 2010 at 2:12 PM said...

wth....

Yatre Hayati on April 26, 2010 at 2:16 PM said...

ayok..nanti kena saman....

asilahmuhajer on April 26, 2010 at 2:19 PM said...

saya pernah terbaca dalam laman web istana selangor pasal gelaran paduka ni.

ikut kefahaman saya based on apa saya baca kat situ, gelaran paduka ni hanya untuk penerima je. pasangan takleh guna title paduka tu.

untuk kes umi aida, datuk paduka hanya untuk hubby dia. dia cuma dapat datin sahaja.

betulkan kalau saya salah.

pasal baju tu, bagi saya dia cuma nak cover kes haritu. haritu orang komen baju seksi. so, skrg dia coverla dengan memakai ala2 tudung.

biasa la artis ni...faham2 je la.

kepada bakal2 pengantin, bukan tempat kita nikah tu yang akan datangkan keberkatan pada rumahtangga kita tapi amalan kita yang akan datangkan keberkatan tu.

Nazz@Purple on April 26, 2010 at 2:19 PM said...

mane de bertudung..berselendang la..

attyfir on April 26, 2010 at 2:20 PM said...

itu kan bertudung tu..itu fesyen jer..sekadar cukup syarat..

white rose on April 26, 2010 at 2:43 PM said...

hahaha...

akak, tdi sy dh poskan something 4 u...

Jard The Great on April 26, 2010 at 2:48 PM said...

cantek je.. hohoho

[s][u][e][h][a][n][n] on April 26, 2010 at 2:48 PM said...

aduh...bab2 baju jarang ni..pandai2 la pk sendiri.

fara on April 26, 2010 at 3:02 PM said...

name pon artis.
tapi tak ley dinafikan.
baju wedding die cantek2 blake.

:)

Dee on April 26, 2010 at 3:14 PM said...

maybe dia ingat tudung dia boleh menutupi bhg yg jarang..andaian sy je..hehehe..jgn saman sy juga..

nIsYa on April 26, 2010 at 3:16 PM said...

eemm... ntah laa hehee

Relevan on April 26, 2010 at 3:23 PM said...

Ok lah tu..jangan tak pakai baju sudah..

Chenta on April 26, 2010 at 3:28 PM said...

Tetap menawan .

ciK LyndaWawa on April 26, 2010 at 3:30 PM said...

stylo beb....artis.....kunun....

JMR on April 26, 2010 at 3:45 PM said...

psycho giler monolog gini..haha..datin paduka umie nak marah pon takleh..iskh2..

Aini on April 26, 2010 at 4:00 PM said...

makan dalam nih..hehe..

Katak Ijau on April 26, 2010 at 4:06 PM said...

hurm...no komen...
tapi bagus si tedi ni...+ve thinking..muahaha

SYANI on April 26, 2010 at 4:07 PM said...

DIA BUKAN PAKAI TUDUNG TU.. TAPI BERSELENDANG... DATIN2 KAN RAMAI YANG TREND CAM TU...

MiYOKO SuKi on April 26, 2010 at 4:23 PM said...

hehe..tudung die pun cam tak sempurna je...

takpe2..husband die yg kena tanggung dosa2 tuu...

m.q on April 26, 2010 at 5:06 PM said...

baju tu di design sewarna dgn kulit tu. ala~ala nk bg nmpk jarang tak jarang huhuh

bylindakitchen on April 26, 2010 at 5:09 PM said...

erm..cantik.
tapie artis skarang nie macam2 kan.
tak taula tudung ker selendang.

Dina Zakaria on April 27, 2010 at 1:38 PM said...

isu tudung ni susah jugak nak kata..i pun baru jugak bertudung ni..tapi alang2 nak buat, buat la betul2..kalau kepala tutup, fringe berjurai, dada tersembul, x guna jugak..

tapi mende2 camni bukan among artis jekk..yang bukan artis pun, ape kurangnye..up-to-date lah katakan..heheheh

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting