Apa yang saya mahu buat kalau di beri RM 100.00?
Saya mahu buat kenduri kucing dengan membeli pelbagai jenis makanan berjenama Whiskas dan menjemput kucing-kucing di sekitar kawasan rumah saya supaya hadir memeriahkan majlis.
Kad undangan akan di hantar kepada mereka dan mereka di kehendaki hadir dengan memakai pakaian bertemakan warna ungu mengikut warna korporat Whiskas.
Makanan yang selebihnya akan saya tapau dan akan saya bawa ke pasar basah dan kawasan sekitarnya untuk di agih-agihkan kepada anak-anak di sana pula.
Saya berasa sedih kerana selama ini saya hanya mampu membeli dan menyedekahkan makanan yang berjenama murah seperti Golden atau Misha atau makanan yang jenis timbang 'kilo.'
InsyaAllah, kalau menang!
Kalau tidak Whiskas silalah ambil perhatian ya. Tajalah makanan untuk saya okey? Ekekekeke...
Sekian sahaja, penyertaan saya untuk pertandingan ini.
Terima kasih.
kredit gambar kepada gugel
12 kUs-kUs:
nice one hehee...
hehehe... gud luck ted.. :)
mulia sungguh atie mu ted... :)
yeahhhh ku doakan ko menang tedi ;)
cayalah syg ko sbb ko syg kucing sgt2 :)
InsyAllah...rezeki kucing tu...
teliur kucing tgk..hehehhe
semoga kak tedi menang
:)
seratus hengget untuk kucing aje ke?
tak boleh untuk benda lain?
impian yang cute.. suka2 :D
wahhhhhhhh ko tedi
huwaaaaaaaaaaaa...
dak itam kenyang ni
huhuhu...
x leh banjer u makan cendol la weh
hahhahaha
kenduri kpd kucing...bagus jugak idea tu...teringat pulak kwn sorang nie... lulus ptk kenduri pisang kepada monyet...dapat naik gaji kenduri pisang kpd monyet... apa pun kejayaan yg dia dapat.... monyet yg kat tepi hutan tu yang kenyang....
mak aih, dah macam duta whiskas la plak..btw nice one.. ;D
tQ for joining & good luck ;p
amin.. semoga berjaya..
Post a Comment