Oh! Tips ini aku dapat dari sepupu aku ketika dia berucap semalam. Ekekekeke.. Saat di ceritakan tentang anak-anak. Tentang mengapa dia namakan anak-anaknya bermula dengan huruf yang berada di tengah-tengah iaitu M.
Sebagai contoh :
Jika si anak bernama A menghadiri temuduga dia akan berasa agak gelabah dan gemuruh kerana dia merupakan calon pertama. Manakala si calon yang bernama L akan lebih tenang. L juga berkesempatan bertanyakan kepada si A, B atauC tentang pengalaman mereka semasa di temuduga. Tetapi sayangnya calon yang bernama Z hampir terlelap sementara menunggu gilirannya di panggil kerana namanya yang di akhir sekali.
Wah! Logik jugakan?
Macam nama aku mula dengan huruf Z. Kalau dekat sekolah dulu, masa peperiksaan memang kena duduk paling belakang. Apa-apa pun aku yang paling akhir. Masa temuduga juga. Dalam surat pukul 9.00 pagi. Tapi pukul 11.00 tengahhari belum tentu lagi! He he he.
Jadi mana-mana ibu bapa yang mahukan anak itu, fikir-fikirkanlah berkenaan dengan positif dan negatifnya tips ini okey?
Ekekkekekeke..
Nota kakitanganku : Tapi kalau mahu namakan anak kucing tiada masalah. Ha ha ha ha..
20 kUs-kUs:
nama kite mula huruf F..
depan2 gak bile pekse..
duk blkang lelaki..
heheheheh..
aily sokong yang ini!
betul sangat2.
nama start W,
memang slalu duduk belakang~
xbest~~
Ambil sedikit nama ayah. Ambil sedikit nama ibu. Gabungjalinkan...sebagai tanda buah cinta...
Contoh;
Ayah nama Arshad =ambil 'Ar'
Ibu nama Zainab =ambil 'Nab'
Gabungkan = Arnab.
:)
itu sebab akak ubuh nama anak mula ngan huruf M.. ramai yang tanya kenapa sebab nama akak dan suami huruf lain.. semua anak akak mula dengan huruf M.. adil gitu
lau mcm tu letak perkataan yg tgh2..hehe
aku periksa mesti duk barisan depan skali...sebab dah lama camtu, keadaan makin selesa skrg...cuma tulah, kalu ape2 mesti panggil org yang mula huruf A dolu..owh..
tedi.. best gak tip ni.. hehe.. karang liza nak letak nama anak huruf N lah..
hahaha.betul gak tu.. logik2. mcm name aku kan I.. bila sampai india.takde dah orang nak name I.. jadi aku sorang je pompuan yg nama I.. bile bahagi batch.. aku juge sorang perempuan dikalangan lelaki.hoho.
M??
kami 5 beradik sume mula huruf M...tp paling tak best sbb kalo peksa dok tengah2 jantan...time konvo pun tgh jantan gak...haihhhh...mana taknya nama sebelah2 nama mohd :p
haha btol2 nama aku mula s selalu lmbt je tggu ekeke tp anak buah aku A abes la dia nanti hehehe
logik2...di terima akal lah...hahaha
nama aku mula ngan a..alhamdulillah banyak bagi kebaikan dari keburukan..tapi en.fika mula dgn z..mmg banyak tertinggai..haha..( jahat aku..)
sama la kita tedi..
huruf Z..
memang sesak bila mai time interview..tak pun time exam..memang duk paling belakang..
T_T
sitedi...
amat setuju!!! sebab tu kami memulakan nama anak2 kami dengan huruf L utk Luthfil dan L untuk Lutfiah...duk kat tgh2...supaya x menggelabah...hehehehe
hehehe.. btl gak tu ted...
aku setuju... :)
aku mula dr huruf H, so, xbelakang sgt n xdpn sgt... :p
my name mula dari N...wah wah..ok gak kan..ngeh ngeh..
anak kucing bermula huruf z???
zizi???
zira???
zitu???
zini???
muehehehehe...
hahaha.. bagus..bagus.. logik.. logik..!
hehe...tapi aku mmg berkenan nak letak nama anak start ngan Z.=)
Duduk belakang pun xpe, jangan result no paling belakang sudah..hehhehe
Post a Comment