Rungutan dan keluhan aku terima tentang pendapatan Nuffnang. Sebenarnya tidak mahu tulis sebab aku sendiri pendapatan sudah jadi tidak seberapa. He he he.. Tetapi bila ada yang bertanya aku gagahkan diri yang pemalas di tengah-tengah hari Jumaat menaip entry ini.
Siapa yang betul-betul mahu belajar bacalah. Yang malas mahu baca tapi mahu pendapatan berlipat kali ganda, kirim salam sajalah.
Pertama :
Pasang iklan di tempat yang betul dan strategik. Ada 3 jenis iklan. Itu kamu sudah tahu. Tempatkan mereka di tempat yang sepatutnya. Pasang ketiga-tiganya sekali. Pasang di tempat yang mudah pengunjung dan pengiklan nampak.
Antara tutorial pemasangan iklan boleh di baca di sini dan di sini .
Kedua :
Set iklan dengan betul. Ada beberapa kategori iklan. Sila pastikan kamu meng'set'nya dengan betul iaitu iklan berbayar sila set 'Papar Iklan Globar CPC'.
Untuk tutorial mengset iklan sila baca di sini.
Ketiga :
Kemaskini tinjauan.
Tinjaun ini hendaklah di isi dan di kemaskini serta di jawab sebaik mungkin. Pihak pengiklan akan melihat ini untuk mensasarkan iklan mereka.
Sila baca di sini untuk maklumat bergambar.
Keempat :
Kemaskini blog selalu sekurang-kurangnya 1 atau 2 paparan baru dalam sehari. Jangan tinggalkan blog terlalu lama. Tetapi janganlah pula kamu kemaskini 5 hingga 6 'entry' dalam satu jam okey?
Link tentang ini kamu boleh baca di sini.
Kelima :
Penggunaan bahasa.
Gunakan bahasa yang mudah di baca dan di fahami. Jangan terlalu banyak singkatan. Jika kamu mahu semua pelawat membaca blog kamu guna bahasa yang biasa. Jangan guna bahasa atau perkataan pelat, jangan jadikan loghat negeri sebagai bahasa rasmi blog kamu. Tidak semua orang faham loghat negeri orang lain. Macam aku orang Melaka, aku tidak faham jika kamu menaip dalam loghat Kelantan.
Tulisan mengenai penggunaan bahasa boleh kamu baca di sini dan tentang penggunaan loghat negeri boleh di baca di sini.
Ini antaranya. Tidak sempat mahu cari yang lain.
Nota kakitanganku : Perlu rajin membaca juga!
10 kUs-kUs:
baca tapi tak buat aci tak??? haha..
loghat utara tak pa tak???
ada org paham kan?
hak3..
=P
tutorial yang amat menarik... :)
than ya ted~
mekasih kak tedi...~
rasanya semua dah buat kot
he he he
walaupun duit nuff tak byk at least nampak perubahan
tenkiup. berminat jugak. tapi sangat tak reti dengan benda alah iklan ni. dah penah register tapi tak menjadi pun miahaha..
aku dapat 25sen..seronok giler..hahahahaha
trimaseh tedi... kau sungguh baik hati kongsi info ini..
:))
Terimakasihh.. Sangat bagus info itu. Sungguh bermakna buat saya yg baru nak belajar nih...
Thanks.!
dpt duit nuffnang nak beli basikal untuk fatin la. ekekekeke
Post a Comment