Sunday, January 24, 2010

Cara PenuL|san BLog YanG T|Dak MeruG|kan Dan T|Dak MemBuanG MasA!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:00 PM
Ada ke cara penulisan blog yang merugikan dan membuang masa? Ada? Boleh tunjuk yang mana satu? Atau... siapa punya blog sila angkat tangan? \0/.

Aku mengamalkan konsep 'Aku punya blog. aku punya suka!!' Jadi tiada istilah penulisan yang merugikan dan membuang masa. Berbalik kepada niat berblog. Untuk diri kita. Kita menulis. Jika ada orang lain baca. Itu satu kelebihan. Jika ada pendapatan melalui penulisan, itu satu bonus.

Jangan meletakkan D.U.I.T adalah segala-galanya. Jangan meletakkan P.E.N.D.A.P.T.A.N topik utama sehingga terpaksa menggadaikan kehendak dan kemahuan diri lantas mengambil keputusan mengikut kata 'orang' 100%!

Jadi kamu boleh ikut atau jadikan panduan dengan apa yang aku akan tulis dan kamu juga boleh mengabaikannya jika kamu selesa dengan cara sekarang.

Aku tidak suka menggunakan perkataan 'R.U.G.I' dan B.U.A.N.G. M.A.S.A'. Lebih molek perkataan K.U.R.A.N.G S.E.S.U.A.I. ( Apa kejadahnya aku mengeja??) Boleh?

Kurang sesuai di sini apabila kita mahu orang lain membaca penulisan kita, tetapi cara kita kurang sesuai.

Sebagai contoh : Penggunaanan perkataan.

Terlalu banyak singkatan perkataan yang kita taip sehingga mengelirukan pembaca. Contoh ayat : 'Dia sdh blk. Ada dlm blk.' Terjemahkannya?? Kelirukan?

Kadang-kadang kita mahu cepat. Atau mahu 'up to date' dalam menggunakan singkatan perkataan sehingga kita terlupa, tidak semua orang faham apa yang cuba kita sampaikan.

Praktikkan apa yang kita belajar dulu. Paling 'koman' pun subjek Penulisan masa ambil UPSR dahulu. Okey! Kalau mahu maju sedikit masa ambil subjek Bahasa Melayu 2 SPM. Bila lagi kita mahu penggunaan Bahasa Melayu kita sentiasa tajam! Jika mahu harapkan semasa penggunaan SMS di telefon bimbit, kirim salam sahajalah!

Jadi sedikit demi sedikit had penggunaan singkatan perkataan. Jika sebelum ini kamu gunakannya 100% apakata cuba jadikannya 70%. Jika berjaya, kurangkan peratusan itu sedikit demi sedikit. InsyaAllah kamu boleh.

Selamat mencuba!

Nota kakitanganku : Kalau tidak mahu ubah pun tidak mengapa!






29 kUs-kUs:

ILA HonEyBuNNy on January 24, 2010 at 1:45 PM said...

hheheh..ila selalu gak guna shortform...dah terbiasa..nak amalkan guna ejaan yg betul la..ngeh3


setuju dengan konsep yang di amalkan "aku punya blog,aku punya suka" ;-)

white rose on January 24, 2010 at 1:50 PM said...

iye kak...btul tuh...bile kita xpaham ape yg dia tulis, trus terang saya xnk baca dah...

hahahaha...sadiskan perbuatan sy itu...

kawie2020 on January 24, 2010 at 2:17 PM said...

kawie tulis pun ikut suka kawie... ade yg marah dan ade yang suka...

dan kawie akan terus menulis selagi ade jodoh... hehhehehehhe...

jodoh? ape aku tulis nih? huh!!...

:)

Ibu Ammar on January 24, 2010 at 2:20 PM said...

aku pun dah kurangkan guna shortform. hehe

Miss CrYingAnGeL on January 24, 2010 at 2:23 PM said...

saya pun selalu guna singkatan yang tah ape2x memang cuba ubah tapi saya taip secara pantas dan ianya menjadi 1 kebiasaan bagi saya nak tulis.cuba jugak nak ubah tulis betul2x...huhu...cm sms pulak semua nak short...

saya menulis blog sekadar mengisi amsa terluang dan sabagi kenangan shj..jika ada yang membaca saya sgt hargai mereka...

wanita mutalib on January 24, 2010 at 2:28 PM said...

sy sgt stj....amt skr mbc blog2 sbegitew..

pnggg..

:p

Anonymous said...

aku tgh bace blog cikgu BM ke ni??

Anonymous said...

hehehe tiada bantahan!
setju 200%

ZUE SMILEYX5 on January 24, 2010 at 2:41 PM said...

betul tue..aku pya blog aku pya suka..even sumtym zue rasa apa yg zue tulis cam ala2 merapu jer lebih...apa2 pown kita minum dolu..hheeh

Maiyah on January 24, 2010 at 2:43 PM said...

slalu gak guna bahasa merapu kat blog heee hnya utk suka2 cam sitedi kata aku punya suka le

Unknown on January 24, 2010 at 2:51 PM said...

Walaupun aku ni Sarjana BAHASA MELAYU...tapi hancus sungguh akunya bahasa dlm blog..ahahhahaha...

Itu ruangan santai dan suka suki aku...hehehhehe

Chenta on January 24, 2010 at 3:03 PM said...

saya pun dah nawaitu nak guna perkataan yang penuh . Tapi kekadang tuh terbabas gak .

hehee

azianierdawati on January 24, 2010 at 3:15 PM said...

anis pun suka guna shortform, english pun ghn short form jgk.. x biasa.. hahha bila taip sorat pun mcm lembab sbb dah biasa shortform...

agreed ng aku punyer blog, aku punya suka.. hehhe kalu x de menda nak taip, x update la blog... tu anisnyer konsep.

[z@ck] on January 24, 2010 at 3:37 PM said...

aku pun x boleh blah org tinggal short form pelik2 ni..
sgt annoying.

Anisa on January 24, 2010 at 3:59 PM said...

setuju dgn kak tedi
pemikiran yg bernas.
:)

Unknown on January 24, 2010 at 4:09 PM said...

salam tedi... :)
ahaks~ terasa aku tedi.. sebabnya aku suka gunakan short-form nie kat dalam entry aku mahupun dalam bab pengomenan aku..
apa pun akan aku cuba untuk mengeja dengan penuh selepas ini.. :)
anywhere thanx ok sebab kau telah menyedarkan aku yang selama ini hanyut tengelam ke dasar short-form.. :)

ps: tahniah buat diri aku kerana berjaya menulis dengan penuh sewaktu memberi komen kat en3 ini) :)

sharamli on January 24, 2010 at 4:21 PM said...

taknak angkat tangan..xnak..xnak....

ha3

Unknown on January 24, 2010 at 5:55 PM said...

terima kasih~terima kasih~

Qib on January 24, 2010 at 6:01 PM said...

tu la..
benci betul klu kena tulis dalam singkatan dalm en3..
dalam komen xpa ;)

ckLah @xiiinam on January 24, 2010 at 6:18 PM said...

Saya tetap cuba gunakan Bahasa Melayu yang betul dalam ber'blog'.....kerana saya seorang Melayu.

...dan Alhamdulillah, pembaca blog saya boleh terima....


Kalau bukan kita yang 'mendaulatkan' bahasa kita, siapa lagi kan, tedi!

Faarihin on January 24, 2010 at 6:38 PM said...

blog saya la tu.. bosan aje kan bila baca.. hahaha.. hmmm...

Unknown on January 24, 2010 at 7:09 PM said...

K.I.S.S..tp skrg ni shortform bebudak sekolah dah makin maju ke depan...ahahaha..
setakat ni ambe nye entri, aku agak dorang paham kecuali aku tulis bahasa negeri..dan xde subs..ahha..mesti dorang akan pening lalat(aku sengaja sebenarnya)..

Tedi cuba ko buat entri pasal tulis post guna slang negeri plak..what do u think about that??

Zuwairi on January 24, 2010 at 7:09 PM said...

akan cuba kurangkan;)

Dina Zakaria on January 24, 2010 at 7:13 PM said...

hehehe..terasa weh tedi..
aku pun suka gak tulis shortform tu...macam dah jadi habit rasanye..=D

insyaallah akan diimprovekan lepas ini..

KiFli MaLLy on January 24, 2010 at 7:37 PM said...

hurm....thanx to kak tedi....sentiasa ingtkan kat semua blogger2 nie...

Cahaya Yang Riang Gembira on January 24, 2010 at 7:41 PM said...

Walau mnulis ikut suka tapi tetap juge kene sesuaikan dgn cara dn org yg membaca.. Heehee.. ;)

Dak Wan® on January 24, 2010 at 7:48 PM said...

Teman ada buat satu entry yang tak semua orang boleh faham bahasanya. Saja jewr teman tulis camtu, tapi ramai gak yang tak paham lagi, maksud entry tu.....

pak long on January 24, 2010 at 9:44 PM said...

salam....
penulisan merupakan lahiran idea dari minda...tiada siapa yang boleh menidakkan idea seseorang..dan itu dinamakan kayra dan digarap dalam bentuk tulisan....
untuk garapkan idea perlu perkataan dan digabung jadi ayat....
oleh itu perkataan mesti tepat kontekas ejaannya supaya mesej yg disampaikan jelas walaupun catatannya simple..

eeeda on January 25, 2010 at 1:39 AM said...

Terasa beb...sebab selalu guna perkataan singkatan dalam penulisan.....

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting