Wednesday, January 27, 2010

HaJaTnya TerTuna|....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:30 AM
Petang Jumaat itu dia duduk bersandar di kerusi mengadap televisyen. Dia masih boleh berbual-bual. Ingatannya seolah-olah kembali seperti biasa. Hari Selasa sebelum itu dia di hantar pulang ke rumah aku. 'Aku mahu balik rumah Bang Ngah'. Itu yang di ulang berkali-kali. Dari Hospital Besar Kuala Lumpur yang di diaminya selama sebulan beliau terus di hantar ke rumahku. Sebelum ini hampir setahun kami menjaganya di sini.

Dia rancak berbual. Keadaannya yang kurus dan cengkung berlainan sungguh dengan sebulan sebelum itu. Aku jadi sebak melihatnya.

Maghrib. Semua ke surau kecuali aku dan adik. Dia berbaring di atas katil. Menutup mata hanya desiran nafas sahaja. Aku menjengah untuk memanggilnya makan. Dia hanya diam. Tiada tindak balas. Selepas Isya' dia masih tidur. Aku jadi hairan. Dia tidak bangun. Hanya desiran nafas perlahan.

Balik sahaja abah dari surau aku adukan perkara itu. Bila di kejutkan. Dia masih diam. Hanya desiran nafas . Kami semua berkumpul di sisi katilnya di ruang tamu. Abah memanggil imam yang berdekatan. Kata imam itu dia dalam keadaan nazak. Di sampaikan kalimah syahadah di hujung telinganya.

Kami semua bangun mengambil air sembahyang untuk membaca ayat Al-Quran. Dua langkah bergerak. Dia menghembuskan nafas yang terakhir. Innalillah.... Pukul 11.30 malam hari Jumaat.

Jenazahnya di bawa pulang untuk di kebumikan di Tanjung Bidara. Perjalanannya terhenti di situ. Di hari Jumaat penghulu segala hari.

Dia sukakan kucing. Banyak kucing di rumahnya. Kucing yang singgah di kedainya semuanya di bawa balik. Dan aku mewarisi sikap itu.

Al-Fatihah Buat Allahyarham Hj Talip Bin Hj Salleh.
Arwah datukku yang menghembuskan nafas terakhirnya pada 27 Januari 2006 di hadapan kami sekeluarga. Itulah permintaan terakhirnya. 'Bawa aku balik ke rumah Bang Ngah!' Dan ianya tertunai. Alhamdulillah.....

Nota kakitanganku : Abah anak kedua dari lapan orang adik beradik.






19 kUs-kUs:

CITY® on January 27, 2010 at 10:46 AM said...

salam dak tedi,

sedih lak baca n3 ni

alfatihah..
buat arwah datuk tedi..
semoga arwahnya dicucuri rahmat.

ape2 jer on January 27, 2010 at 10:59 AM said...

salam takziah tedi
moga roh nye di cucuri rahmat amin..
al fatihah..

sueanne on January 27, 2010 at 11:02 AM said...

alfatihah..semoga arwah berada dikalangan orang-org yg beriman..sekejap je masa berlalukan..

ted,
esok 28 jan, 2 benda penting dlm hidup kite..sempena besday alang n genap 3 tahun pemergian nenek tercinta..terasa cam baru je smlm die tinggalkan kitorang..

Dee on January 27, 2010 at 11:33 AM said...

Al-Fatihah..moga rohnya dicucuri rahmat..

takziah buat keluarga tedi..

fara on January 27, 2010 at 11:35 AM said...

Al-Fatihah buat datuk Si Tedi...

Unknown on January 27, 2010 at 11:35 AM said...

salam takziah wat kamu n kuarga tedi..
mga2 rohnya d cucuri rahmat serta d tempatkan d kalangan org2 yg beriman..

al-fathihah wat arwah datuk kamu~

ps: tringat akan arwah datuk ku yg dah pergi menghadap Ilahi 7 taun yang lpas juga d hari jumaat pd bulan syawal..
al-fatihah jua wat arwah atuk ku...

zella y on January 27, 2010 at 11:41 AM said...

sedih plak..teringat arwah nenek ngan atuk... sedih...

A-Fatihah...

Softtouch [Hanim] on January 27, 2010 at 11:47 AM said...

al fatihah utk arwah datuk tedi...haah arwah atuk sama ngan tedi suka kucing..

suka gaya bahasa n olahan cerita tedi...

U-Nie_sYa on January 27, 2010 at 11:49 AM said...

salam tazkirah tedi..
semogo roh atuk tedi ditempatkan di tempat org2 yg beriman..amin..

Watierman on January 27, 2010 at 12:15 PM said...

Al Fatihah buat arwah Datuk Tedi...moga rohnya dicucuri rahmat...Amin!

wanita mutalib on January 27, 2010 at 12:19 PM said...

innalillah..

Salam Takziah buat kamu sahabat..

sabar ya..semoga arwah atuk mu ditempatkan bersama orang2 beriman..Amin..

Al-Fatihah..

Yuki Yusuf on January 27, 2010 at 12:35 PM said...

alfatihah
semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat nya

kak anie on January 27, 2010 at 12:39 PM said...

Al-Fatihah buat atok tEDl...begitu juga dengan arwah mak akak dia memang sayangkan kucing...jumpa kucing ditengah jalan akan dibawa pulang...pernah rumah kami ada lebih dari 10 ekor kucing...

Unknown on January 27, 2010 at 1:05 PM said...

takziah untuk kamu sekeluarga

Cik Cookie on January 27, 2010 at 1:47 PM said...

teringat nenek.

Al-Fatihah

a.z.r.i.n.a.03.07 on January 27, 2010 at 1:55 PM said...

walaupun dah 4 tahun berlalu kenangan masih terpahat di ingatan ...


Al-fatihah buat datuk Ted.

Didi Nadhirah on January 27, 2010 at 2:36 PM said...

al-fatihah untuk atok tedi

she_mah on January 27, 2010 at 5:12 PM said...

salam takziah.
al-fatihah..

Faarihin on January 28, 2010 at 6:33 PM said...

salam takziah buat keluarga cik tedi.. semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang yang beriman.. sebak bila tengok nama arwah atuk cik tedi..

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting