Nama kamu Mohd. Hairi. Tapi aku suka panggil kamu dengan nama lain. Oh! Biarlah rahsia. Nama pena kamu itu banyak meninggalkan kenangan.
Hari ini hari lahir kamu. 03 Januari 2010. Sudah 29 tahun kamu bernafas di mukabumi ini. Tahniah. Syukur.
Aku sedar tahun 2009 ini persahabatan kita seolah-olah ada jurang pemisah. Kita seolah-olah membawa haluan sendiri. Kita sudah menjadi renggang. Kamu perasan? Aku dapat merasakannya. Aku juga tahu kamu sedar itu. Maafkan aku. Mungkin tanpa sedar kita semakin menjauh antara satu sama lain.
Tapi kamu jangan gusar. Selamanya kamu tetap aku ingat. Selamanya kamu tetap ada dalam hati. Kamu sahabat aku. Tempat aku menangis dan ketawa. Kamu penghibur aku kala duka. Kamu sentiasa ada saat aku memerlukan. Kamu sentiasa tahu dan sedar bila mana aku sedang ketawa atau menangis.
Kamu umpama disket yang banyak menyimpan cerita luka aku. Ya! Disket. Sebab sedekad dulu belum wujud lagi 'pendrive' dan kawan-kawan. Kamu sentiasa cuba menghiburkan. Aku ketawa, walau tanpa kamu sedar dalam masa yang sama, airmata aku menitis laju.
Aku pernah abadikan kamu di sini. Hari ini sekali lagi aku ingin ingat tentang kamu. Tentang persahabatan kita yang hampir sedekad ini. Lama. Terlalu lama bagi aku. Terlalu lama juga bagi kamu.
Aku ingin menangis saat ini tatkala mengingatkan pengorbanan dan jasa kamu kepada aku. Terlalu banyak. Bila aku sedih, kamu biarkan aku menangis sepuas hati. Bila aku gembira, kamu biarkan aku ketawa sesungguhnya. Kamu tidak pernah merungut. Kamu tidak pernah mengeluh walaupun saat tidur kamu aku ganggu dengan aduan perkara yang remeh temeh.
Kamu tidak pernah membentak. Walaupun hati kamu sendiri sebenarnya sedang cedera parah kerana cinta. Kamu masih setia menjadi seorang sahabat yang meminjamkan telinga untuk mendengar.
Walau adakalanya, aku terlalu rindu untuk mendengar kamu memetik gitar dan menyanyi, namun itu semua pasti hanya tinggal kenangan. Melodi-melodi itu akan tetap bermain dalam kotak ingatan dan tidak akan pernah padam. Aku akan sentiasa ingat. Tidak akan lupa.
Aku ingin kamu sentiasa ingat. Dengan sesiapapun kamu bersama, aku tetap sahabat kamu. Dunia dan akhirat. Jangan pernah lupa itu. Jangan pernah menafikan.
Selamat Hari Lahir,
Semoga di penghujungnya kamu bertemu dengan perngakhiran yang membahagiakan. InsyaAllah.
-Q-
4.46 a.m
3 Januari 2010
Bandaraya Melaka Bersejarah
Nota kakitanganku : Suatu Masa ....
16 kUs-kUs:
happy birthday...
selamat hari lahir untuknya
happy b'day gak utk hairi..:)
Selamat Hari Lahir buat sahabat tEDl...semoga doa2 yang terbaik untuknya dimakbulkan...
ehem3 saper tue?
btw happy besday!
selamat hari lahir buat sahabat tedi..
selamat ulang tahun buat mr hairi
untungnya beliau ada kawan cam kak tedi kan
sanggup buat ucapan macam ni sekali
jelessssssssss
huhu
(>.<)
hepi birthday buat hairi..
bertuah dia dpt kwn spt kamo;)
heppy besdat tuk die ek..
jgn sedey2 ek cik tedi..
happy birthday to kwn kamo ;-)
semoga kenangan itu akan terus bersemadi dlm diri kamu dan juga dia....
hepy befday to him
Happy Birthday..
Great Teacher Onizuka
selamat hari jadi.. happy2 selalu...
Pakai Glasses??
Azam 2010, Boleh Capai Ke??
Selamat hari jadi juga dari kawan kepada beliau..
owh...sdh jauh alam ini...selamat hari lahir buat dia...
good friendship..=)
Post a Comment