Nur. Aku mahu turut serta pertandingan kamu. Maafkan aku sebab terlalu lewat. Namun sebagai tanda sokongan aku cuba lakukan yang terbaik. Aku harap, pertandingan itu masih menerima penyertaan walaupun hari terakhirnya hari ini.
Nombor 1
Mengimbas kenangan lama semasa menjadi kanak2 ribena atau remaja ribena. Ceritakan pengalaman atau kenangan yg tak dpt dilupakan hingga kini. Kenapa ia memberi kesan pada hati anda. Boleh dlm mood sedih huhuhu atau mood gembira lalala. format: lebih kurang mcm essay..
- Zaman kecilku begitu indah. Dunia kami adalah laut. Kata orang, pagi petang siang malam, laut... laut.. laut...
Laut bagaikan aur dengan tebing. Aku tebing dan laut aurnya. Mainanku adalah pepasir putih di gigi pantai. Mainanku adalah karangan dan siput-siput kecil laut. Mainanku adalah perahu dan bot nelayan. Bermain batu seremban di bawah hembusan angin laut. Bermain sorok-sorok dan berlindung di sebalik hamparan batu besar.
Pernah satu ketika, kami menaiki bot laju tanpa pengetahuan emak dan abah. Kebetulan pakcik bot mahu melihat jala yang di tebar. Mengajak kami turut serta. Seronok. Gayat! Terjerit-jerit gembira suara melawan bunyi enjin bot.
Tanpa kami sedar usai sahaja menarik jala, naik ke darat, emak sudah menunggu dengan rotan. Ranting pokok yang halus. Aku sudah mula menjerit menangis. Walhal belum apa-apa lagi. Pakcik Bot memujuk. Katanya dengan emak , dia yang mempelawa kami. Kami tidak bersalah. Kami tahu emak risau bila kami terlalu leka dengan laut.
Kini aku dan laut sudah jauh terpisah. Namun laut Teluk Kemang, hembusan anginnya tetap aku rasa.
Nombor 2
Pengalaman anda bersama guru. Mesti ada memori yg tak dpt dilupakan. Tul tak? Namakan gelaran utk guru tersebut dan kenapa bagi gelaran tu..
- Beliau merupakan guru sejarahku di SMA Merlimau. Orangnya tinggi lampai. Berkulit hitam manis kesan dari dialisis yang di jalaninya 3 kali seminggu. Beliau mudah tersenyum. Suka bergaya dan begitu anggun. Beliau juga merupakan warden di asrama tempat aku menginap.
Hubungan aku dengan beliau tidak berapa baik. Sering berselisih pendapat dan sering bercakaran. Pelbagai tragedi yang terjadi antara aku dengan beliau. Namun jauh di sudut hatiku, rasa kasih sayang itu tetap ada. Tidak kisahlah apapun kata-kata yang sering kami lemparkan.
Kini beliau sedang bahagia. Sedang berada di sisi Sang Pencipta. Mungkin sudah berkira-kira menuju ke syurga. Beliau kembali ke sisi-Nya akibat dari penyakit buah pinggang kronik yang di hadapi.
Beliau aku gelar BONDA. Kini sudah pergi selama-lamanya.... Al-Fatihah .
Lanjut boleh di baca di sini.
Nombor 3
Tolong yakinkan saya kenapa saya perlu pilih anda sebagai pemenang?? format: dlm bentuk pantun 2 kerat, 4 kerat pun ok. nak buat byk rangkap pun saya tak kisah :
- Aduhai Nur. Tidak tahu mahu susun kata mengapa aku perlu menang. Apa yang mahu aku katakan. Maaf! Saat-saat akhir baru aku turut pertandingan kamu. Mungkin aku patut menang kerana aku ikut pertandingan ini. He he he he...
Nombor 4
Lengkapkan slogan.
Kanak-kanak ribena sgt cumel kerana.....
format: tidak melebihi 25 patah perkataan.
- kanak-kanak Ribena sangan comel kerana Aku pernah jadi Kanak-Kanak Ribena.. Jadinya akulah kanak-kanak comel itu bukan hanya sewaktu kanak-kanak tetapi sehingga kini!!
Nota kakitanganku : Selamat berjaya untuk diri sendiri.

13 kUs-kUs:
bestnya kenangan...saya tak dak kenangan tepi pantai....
rindu zaman kanak-kanak
bestnye kengn kt laut tu..nsb baik tak jd pape kann...
ahahhahahahha...aku klako kat banner dier...'cumelnye lebah ni'.hehhehe..lawak2...
uh..pertandingan ke?semoga berjaya Tedi..
selamat berjaya juga, sudah baca entry tentang nufnang tu sangat berguna untuk menaikan semnagat menulis entry baru
selamat berjaya utk tedi
Gud Luck n all d'best gak k?
gud luck tedi..=)
gud luck tedi..=)
ye, selamat berjaya untuk diri kamo...;-)
banyaknya kenangan masa kecik2 dulu... best
Everything Beautiful
zAmAn kAnAk2 AdaLah sGt2 seLonOp. . .hihiP~
semoga berjayalah walaupun last minit... hehehe..
Post a Comment