Friday, October 16, 2009

BonDa!! D|a Meng|ngaTkan akU Padamu...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:22 AM
Teringat kembali 16 tahun yang lalu.....

Aduhai... Kalau boleh aku tidak mahu ingat. Tidak mahu bercerita. Juga tidak mahu mengungkit. Tetapi rupa-rupanya 'entry' Jawapan Pada Persoalan telah menemukan aku dengan seorang senior aku di sekolah lama dahulu. Dunia ini memang bulat. Golek-golek ke situ juga kita berhenti.

Maafkan aku. Perhubungan aku dengan guru kesayangan kamu memang tidak begitu baik. Walau duduk dalam satu bumbung tapi kami selalu bercakaran. Aku dengan pendirian dan hujah-hujah aku. Dia dengan kata-kata tajam bisanya. Kami tidak sekepala. Memang! Aku memang selalu bersikap hipokrit terhadapnya.

Banyak yang ingin aku cerita. Biarlah aku simpan sebagai kenangan.

Ini buat kamu yang selalu menjadi seteruku satu ketika dulu.
Aku memanggilmu Bonda.
Panggilan agung untuk seseorang yang BUKAN ibuku. Kamu selalu buat aku menangis. Aku juga selalu buat kamu menangis. Kamu selalu buat aku terasa hati. Aku juga selalu buat kamu kecil hati. Aku selalu buat kamu hilang sabar.

Ampuni dosaku andai aku anak yang melukakan.

Bonda,
Kamu pasti tidak akan membaca ini. Pasti tidak akan dapat mendengar lagi aku berbalas jawapan. Pasti tidak akan pernah lagi menahan amarah padaku. Tidak akan pernah ada lagi Bonda. Sampai bila-bilapun kamu tidak akan terasa sakit lagi dengan aku.

Kamu tidak akan bertemu lagi denganku Bonda. Tidak akan lagi berdepan dengan anak biadap ini. Tidak akan lagi kamu sapu airmatamu atas keegoaan ini. Tidak akan. Selamanya tidak akan kita ketemu di alam ini lagi.

Kamu telah pergi jauh bersama derita dalam bahagia. Aku harapkan pergimu tinggalkan kemaafan untukku seperti yang kamu lafazkan.

Bonda,
Bawa janjiku hingga ke syurga.....

Mamai! Aku bukan pelajar yang baik buat guru kesayangan kamu.... Maafkan aku!

Nota kakitanganku : Al-Fatihah Untuk 'Bonda' Allahyarham Rokiah Haji Ahmad yang telah kembali ke sisi-Nya lebih 6 tahun yang lalu....






40 kUs-kUs:

Anonymous said...

tak tahu pe perasaan ku tika mmbaca ini kisah...

huhuhu~~

pepun, al fatihah utk beliau...amin:))

Cetusan on October 16, 2009 at 7:45 AM said...

,,alfatihah..

sesapa bonda, atau insan yang pernah berbakti kepada kita??

boleh balas??nak balas?
malas balas??

bonda sejati atau angkat..
balas sikit2 dgn doa atau rm1 tak perlu sebanyak rm1000 sedekah

Watierman on October 16, 2009 at 7:47 AM said...

Moga rohnya dicucuri rahmat...dia bonda pada ramai lagi...dan Tedi...luka melukai resam dunia...moga rohnya tenang di sana...dan moga kamu juga tenang disini....sedekahkanlah......Al-Fatihah.....moga ketenangan itu kamu miliki....

Cetusan on October 16, 2009 at 7:48 AM said...

niat nama/sedekahkan Alquran/buku tahlil/surat Yassin ke mesjid,,tanpa orang tau, letak je..

bila ada yang membacanya..
pahalanya mengalir sehingga hancur kertas.

cheryna zamrinor on October 16, 2009 at 7:48 AM said...

auuiiishhh...hari nieh ujan, guruh...pastu lagu fauziah latiff nieh dah buat aku syahdu pagi2...tibe2 masuk lagu yang lebuh kau cinta, aku baca posting nieh pulak...amik aku sekali!!!!

* Al-Fatihah...

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) on October 16, 2009 at 8:16 AM said...

huhu... sedey..

cik tedi belajar sama cikgu dgn bro mamai?

myQza on October 16, 2009 at 8:20 AM said...

Miss jane : terima kasih!! kita berkongsi perasaan :)

myQza on October 16, 2009 at 8:21 AM said...

zeqzeq : tidak sempat membalas!! :(
hanya membalas dengan al-fatihah

myQza on October 16, 2009 at 8:21 AM said...

teria kasih kakwatie : lama juga amkbil masa untuk tenang..

myQza on October 16, 2009 at 8:22 AM said...

zeqzaq : itu yang aku lakukan. terima kasih atas peringatan!

myQza on October 16, 2009 at 8:22 AM said...

cheryna pires : di melaka juga hujan.. syahdu yg mendinginkan!

myQza on October 16, 2009 at 8:23 AM said...

nur : yup! guru kesayangannya. :)

Beruwang on October 16, 2009 at 8:33 AM said...

bonda... aku rindu pada bonda..

myQza on October 16, 2009 at 8:38 AM said...

beruwang : sedekahkan Al-Fatihah

mamai on October 16, 2009 at 9:13 AM said...

tak mengapa kamu masih muda dan ada pandangan sendiri...begiru juga aku tapi yang penting kita tak membenci itu cuma cerita lalu

Syazni Rahim on October 16, 2009 at 9:25 AM said...

Al-Fatihah

Unknown on October 16, 2009 at 9:43 AM said...

Alfatihah...

Suriati Suhaimi on October 16, 2009 at 9:53 AM said...

al-fatihah utk beliau..

Relevan on October 16, 2009 at 10:04 AM said...

Rindu kpd yang telah pergi..ALfatihah buat bonda..

Unknown on October 16, 2009 at 10:10 AM said...

hargai setiap detik wlpun keseorgan...
rindu tetap ada..

Unknown on October 16, 2009 at 10:13 AM said...

ooo ko ngan pakcik mamai dh lama kenal la yer.. tedi, mmg selalunya kita yg muda ni selalu bertelagah ngan yg tua... mcm aku ngan opah aku la dlu.. mcm anjing ngan kucing.. gaduh je..

but once dia dh pergi, sometimes aku rs mnyesal... mnyesal yg utama sb tak smpat aku nk mnta maaf kat dia.. mnyesal yg kedua kenapa aku takleh nak baikkan hubungan kitorg dan mnyesal yg ketiga ialah bila aku tgk org lain bersuka ria ngan opah masing2 sedangkan aku dh xda opah...

apapun al fatihah utk bonda ko dan juga opah aku...

LuVidA^^ on October 16, 2009 at 10:57 AM said...

al-faatihah.
padaNYa kite kembali.

Unknown on October 16, 2009 at 11:01 AM said...

al fatihah buat bonda yang telah kembali kepada-Nya..semoga rohnya dicucuri rahmat..

Alimaz-Kembara Terasing on October 16, 2009 at 11:23 AM said...

al - fatihah...buat bonda tedi walaupun dia bukan bonda yg sebenar....

Softtouch [Hanim] on October 16, 2009 at 11:23 AM said...

alfatihah untuk arwah...biasalah cikgu, ade yg org tu suka, kita xsuka kan...adatlah tu...jgn sedih2 ok

Faarihin on October 16, 2009 at 2:38 PM said...

Al-Fatihah.. Semoga Bonda ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Amin

myQza on October 16, 2009 at 10:15 PM said...

mamai : cerita lalu saat belum matang tok berfikir..

myQza on October 16, 2009 at 10:15 PM said...

cik syazni : terima kasih

myQza on October 16, 2009 at 10:16 PM said...

naney : terima kasih

myQza on October 16, 2009 at 10:16 PM said...

sue pinky : terima kasih

myQza on October 16, 2009 at 10:16 PM said...

relevan : bila tiada terbayang-bayang

myQza on October 16, 2009 at 10:16 PM said...

fir : yup. walau telah lama berlalu

myQza on October 16, 2009 at 10:18 PM said...

CC : kenal tapi x pernah jumpa dan x pernah tahu. Bila kita kehilangan baru kita ingin menghargai

myQza on October 16, 2009 at 10:18 PM said...

luvida : TQ

myQza on October 16, 2009 at 10:18 PM said...

dak ashie :TQ al-fatihah

myQza on October 16, 2009 at 10:19 PM said...

alimaz :TQ.

myQza on October 16, 2009 at 10:19 PM said...

hanim : zaman sudah berlalu. tapi ingatan tetap ada.

myQza on October 16, 2009 at 10:19 PM said...

faarihin :TQ

white rose on October 17, 2009 at 7:46 PM said...

urm...

Unknown on October 17, 2009 at 9:50 PM said...

tedi:
BONDA tu.....warden aku..
Ya...bonda yg selalu buat aku menagis juga...

Tapi ak kagum dgn bonda....

Aku tak tahu..org lain...
Cukup hanya aku..

Aku syg dia...

p/s:betul ke kita takpernah bertemu???Kakak saudara ku juga senoir di sana?? Kamu kenal lailiana??? Kamu kenal Yat???Kamu kenal intan nur azrin?Kamu kenal eliana...dan saper2 lagi tah?

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting