Aku tidak marah. Aku tidak kecil hati. Aku sendiri tidak tahu kenapa. Hati terasa menjauh. Hati seakan-akan tidak peduli. Biarlah aku begini.
Mungkin kerana terlalu penat memikir atau menunggu. Mungkin tiap kalinya, sesuatu itu bukan seperti apa yang aku harapkan. Jangan selalu minta aku buat keputusan. Jangan selalu serahkan kepada aku bulat-bulat. Kadang-kadang aku jadi bosan. Bila soalan aku di balas dengan soalan juga. Bila soalan aku di balas dengan 'Entah!'
Mungkin apa yang aku harapkan tidak sama dengan apa yang aku dapat. Mungkin juga aku terlalu murah pada kamu. Itu yang selalu buat aku menangis. Di mata kamu aku tiada harga? Kasih sayang pada kamu adakah dengan buat aku merasa terhina?
Ya! Aku bukan perempuan yang baik-baik. Aku kesali itu. Aku tangisi itu bila tiap kalinya dosa-dosa itu aku ingat. Aku menyesal.
Tapi aku ingin di hargai. Aku tidak mahu merasa aku di perguna-gunakan untuk kepuasan diri kamu. Tidak kisahlah kamu tidak ingat apa-apa pun tentang aku. Aku tidak kisah. Aku sudah biasa. Tapi hormatilah aku sebagai seorang wanita. Jangan hina aku dengan setiap perbuatan kamu. Aku tidak ingin begitu lagi.
Aku hanya ingin ruang untuk tenang. Untuk kamu juga fikirkan. Ke manakah arah kita sebenarnya? Aku sudah jadi tidak kisah. Tidak mengapalah. Aku insan hina di sisi-Nya. Aku tidak mahu hina pula di sisi manusia.
Hormati aku. Hormati apa yang aku tidak suka. Hormati apa yang aku tidak ingin ulangi.
Aku insan berdosa.
Nota kakitanganku : Airmata darah sekalipun tidak akan dapat membasuhnya...

26 kUs-kUs:
takpe.. aku paham.. huhuh
salam sygkue^_^
ini dugaan utk kamu.
tiada yg insan yg kekurangan di dunia ini,
kerana tu ada keluarga dan sahabat untuk
saling melengkapi.
yg penting kamu tak sedaerah dgn dia yg belum sempat belajar menghormati.
la tahzan,inallah maa'na:)
babe~
relax keh...
=)
kenapa ni?? kenapa ni??? aku sedih ko gmbira, aku gembira, ko lak sedih...
bykkan berdoa kpd Allah yer dear.. insyaAllah semua akan selesai//
aduhai ayus..
TQ arnamee ..
a'a miss siv.. tgh releks.. mmg perlu ruang untuk releks..
TQ CC :)
ambe pun tak tahu nak cakap apa tedi...cuma mungkin masa akan menentukan segalanya....moga cool2 sentiasa
kita ad hak untuk dihormati..jgn ingt kita wanita..sng2 je nak di tindas..huhuhu
hormat kalanya kitatak boleh dipinta tapi diberi....mungkin ada sesuatu i sebalik itu
hormat kalanya kitatak boleh dipinta tapi diberi....mungkin ada sesuatu i sebalik itu
sabarlah yer
ambe berharap yang baik-baik saja untuk tedi...
sabar ye tedi...
yg lepas biar lepas...
dmna tempat kita disisiNya..biar Dia yg tentukn... yg pnting ikhlas utk brubah ke jalanNya.... moga segala dosa diampunkan....insyaAllah...
chillax k..
die mmg bkn sorang yg cukup baik utk kamu klu die tatau nk hormati kamu..
ko kenapa nie tedi?
jangan sedih2 ya.
Ingatilah Allah. Hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.
sob sob sob..
sedih tp tertanya2..
biar dipandang hina insan.. yg pntg jgn hina di sisi Tuhan..
harap tabah k...
kite ni juz mahkluk kecil jer kat muka bumi ni..
tak ada apa yang salah utk minta diri dihargai kerana dengan dihargai dan dihormati kita tau diri kita masih diperlukan.
tp ramai org tak percaya dengan motivasi, dear. cara sebaiknya, motivate diri sendiri k! sbb mereka tidak kenal kita...kita kenal diri sendiri...
Salam Tedi....biar apa pun kesalahan yang kamu telah lakukan...Akak juga manusia berdosa...sama-samalah kita panjatkan doa kepada Ilahi agar diampunkan segala dosa yang telah kita lakukan...Amin!!!
maaf yer tedi akak nak tegur sikit jangan marah....bagi akak biar hina disisi manusia jangan hina disisi Allah.....kerana kalau kita hina disisi Allah itu bermakna kita juga akan terhina disisi manusia.....maaf yer tedi...akak suka berkawan dengan tedi....anggap ler teguran saya sebagai teguran seorang kakak....Ingat kalau manusia membenci....Dekatkanlah diri kepada Allah...supaya Allah menyayangi.....kerana kasih sayang Allah itu adalah lebih baik daripada kasih sayang manusia.....sekian...
ala jgnlah sedih2...bila tedi sedih effect tau blog nie...
setiap manusia ade dosanya...sy punya dosa lg banyak tau tedi...sama2 lah kita minta keampunan dr NYA.
TQ hencek nakamura
zack : TQ
mamai : TQ juga
samaira : InsyaALlah
dak ashie : TQ. InsyaAllah
miera : InsyaAllah
Koyuki : mungkin
farah : TQ. InsyaALlah
Tirana : aku setuju. TQ
Norul : TQ. yup!
ries lee : TQ
Cheryna pires : TQ atas nasihat!
kakwatie : TQ. Sama2 berdoa kak
alimaz : TQ atas teguran. Yup! aku terima
Hanim : TQ!
Post a Comment