Dia berbaju melayu lengkap. Pasti segak dan kemas di pandangan mata. Aku dapat membayangkan. Dia pasti tersenyum sahaja meleret-leret di hari bahagia. Itu yang aku harapkan.
Dia umpama seorang abang yang selalu memberi dan akan sedia menerima nasihat. Bersamanya, dapat di rasakan ketawa itu adalah penawar utama.
Namun kadangkala kehidupan ini tangisan juga adalah rencahnya. Namun syukur kerana anggaplah apa yang berlaku itu telah di rencanakan sedari azali. Sebagai hamba yang taat kita wajib menerimanya dengan redha.
Kehidupannya telah di tentukan. Seorang calon isteri pilihan ibu tercinta juga sudah tersedia. Namun sedikitpun aku tidak mengetahuinya kerana itu bukan kemahuannya. Hati terasa sedikit menjauh dan tercalar.
Ah hati. Mudah benar terasa. Bukankah aku dan dia hanya teman bicara.Teman menumpang teduh kala hati di simbahi percik hujan? Tidak perlu menggantung harapan di dahan yang bukan hak milik sebenar. Senyum sahaja menerima perkhabaran mereka bakal di satukan.
Restu orang tua yang utama. Bagi aku itulah kunci utama kebahagian rumahtangga. Jangan ingkar dan derhaka.
Buat kamu. Aku tahu kamu baca ini.
Selamat Hari Lahir yang ke -38 pada 09 Oktober 2009. Cerita kita hanya sejarah di zaman dahulukala. Tiada apa yang perlu di ungkitkan. Aku sekadar menzahirkan kewujudan kamu suatu ketika dulu yang penuh cerita indah.
Terima kasih kerana sehingga kini kamu masih sudi bertanya khabar dan mengambil berat seadanya. Aku memang tidak tahu tentang keluarga kamu kerana sememangnya aku tidak ingin tahu. Namun aku berdoa semoga kamu setiasa bahagia di samping mereka.
Walaupun sehingga ke saat terakhir sebelum kamu di ijabkabulkan, kamu masih penuh dengan kekeliruan namun kini, lebih sedekad berlalu aku bangga kerana kamu menjadi seorang anak yang soleh akur pada perintah ibu ayah.
Peliharalah batas-batas persahabatan ini.
Nota kakitanganku : Restu orang tua yang utama.

58 kUs-kUs:
restu ibubapa membawa kita ke syurga walaupun pahit utk diterima
redhalah menerima ketentuanNya
kita hanya hamba, manusia biasa
WAdUh~ . . . sADIS METoL. . sYabO YeP! ..
sedey nya..sob sob sob... sabar lah.. tulang rusuk kamo pasti hadir jua nanti...
huhuhu sob sob sob
huhu...smoga ko jgk bertemu yg baik2 saja...
fuhh.. syahdu gila beb bila baca entry ni sambil dengar lagu spring.. jiwang seyhh..
macam citer ko ngan mat tiarap tu je ted???
semua ketentuan Tuhan...
mcm cinta terhalang je bunyi nyer ni..
np ek??
sape si lelaki berbaju itam tu??
restu ibubapa bakal menjamin keberkatan hidup~
bersabar la yer ke kak tedi...
baiknye lelaki tueee ted...
sabar ye..
kite hanya merancang, tapi Tuhan yang menentukan segalanya..
mungkin ada perancangan yang lebih baik untuk kita yang telah ditentukan oleh ALLAH SWT..
berdoalah selalu..:p
aku pong lelaki berbaju melayu jugak...tapi seminggu sekali je la.
tak tahan airmata...bla baca entry ini
hidup mesti diteruskan..
ganbate!!
salam...ala naper ni tedi....sabaq la no....tuhan tau apa dia buat...
sedihnya..ni cerita benar yer??
semoga ketemu jodoh yg baik.. tuk kamu tedi... amin.
huhu kita hanya merancang tapi tuhan yg tentukan, aku pon diambang yg sama,, sedang menghadapinya..huuu
aku faham apa kamu rasa.. walaupun usia kita jauh berbeza tapi 1 ketika kita akan ditempat yg sama..
cuma bezanya aku masih boleh memilih untuk membuat keputusan.
tapi kamu sudah memutuskan keputusan itu.. huuuu sedey.. sob sob..
"aku berdoa semoga kamu setiasa bahagia di samping mereka."..
terima kasih kerana mendoakan pakcik... ehhh pakcik ke lelaki itu... huhuhuhu macam ye je... huhuhu mmg tak manahan...
insyaAllah...ade yg tbaek buat kamu..~
salam...ukhwah.
restui ibu bapa menjamin kebahagiaan yg hakiki..banyak contoh yg saya lihat..tanpa restui ibu bapa, cinta akan kecundang jua akhirnya.
untung sesiapa yg ada ibu, ..
jgn emo2 tw makcik tedi...tw..
kakak.. adik..
er, tedi cmey. kenangan sesungguhnya mematangkan. yg penting jaga perbatasan selalu, cinta kan ALLAH tetap no.1:)
Salam cik Tedi..
betul tu dik...dalam apapun perbuatan, restu org tua paling utama, apalagi soal jodoh...
ada yang lebih baik utk kak tedi...
walaupun aper yg berlaku
persahabatan itu lebih membahagia kan....dari terputus begitu saja...
=]
napa aku jadi sedih ni..sop sop sop..
Tapi....ingat!Aku juga dah byk jumpa kes...pilihan ibu bapa membawa kesengsaraan....dan akhirnya penceraian...
Ibu bapa juga kadg2 silap membuat perhitungan...
Ohhh
baru ku faham
betul tu nur TQ
mintang : yup! mmgs entiasa bersabar!
sayu=pilu : InsyaALlah :)
mimie : doakan!! :)
dak ayus : mat tiarap mana? ekekekekke
dak ashie : tuhan menentukan semuanya
neisz : dia seorang insan di zman silam :)
betul tu dak zara :)
TQ qief :)
sueanne : lelaki yg baiks elalunya untuk perempuan yg baik juga :)
onezaba : hari jumaat kan?
TQ ibu_umairah :)
manusia : yup! Betul!
Betul tu alimaz..
tinie : ekekekekke.. cerita zaman kanak2 :)
InsyaAllah kak zana :)
aina : harus berani membuat keputusan dan jgn menyesal dgn keputusan yg di buat!
pakcik ??? he he he.. AMin..
miera : harap2nya.. :)
AL : betul.. tiada ibu yg mendoakan perkra tidak baik untuk anak mereka :)
TQ sha :P
arnamem : betul tu!> Dia yang Esa selalu di hati :)
kakita : alhamdulillah. Sy buat keputusan yg betul :)
yanie : itu lebih bermakna :)
Anna : yuP! mmg ada juga begitu. tapi lebih baik ambil langkah selamat :)
FCC : Tq
apakah ini?
jeng jeng jeng..
hehe..
restu paling penting..
kalu tak.tak senang hidup..
betul, restu tu paling penting..semua ibu n bapa nak yg terbaik utk anak dia wpun kdg2 pilihan mereka ade yg xbetul...yg penting berdoa pada Allah
semoga ada lelaki berbaju melayu lain utk tedi dan direstui oleh org2 tua..
betul tu messy... :)
hanim.. yg penting jgn jd anak derhaka :)
aduhai sara : insyaAllah
Post a Comment