Sunday, October 18, 2009

muFF|nku GununG Berap|....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:50 PM
Photobucket

Maaflah ya kawan-kawan. Hari ini cakap pasal muffin sahaja. He he he.. Okey! Inilah bentuknya. Mungkin betul kata kakwatie. Tahap kepanasan yang berbeza. Maklumlah, oven lama jangkasuhu pun sudah rosak. Tidak guna 'mixer' kak. Godeh-godeh pakai garfu sahaja. Ekekekeke...

Tapi rasa dia sedap. Ala-ala 'Brownies'. (ayat sedapkan hati) Ha ha ha...

Okey!! Hari ini memang sibuk gila. Bangun lepas sahaja habis mengemas, ajarkan kawan sebelah rumah buat Akaun Sekolah. Kasihan juga tengok dia. Pindah ke sekolah yang bermasalah. Aku tengok akaun itu pun 'hangin' satu badan.

Sepatutnya kerja orang yang hampir berpencen tahun hadapan sempurna, ini tidak. Setiap tahun di kenakan audit bersyarat. Jadi, Pembantu Tadbir bermasalah itu di tukarkan ke sekolah lama aku dan kawan aku ini pula terpaksa di pindahkan ke sekolah bermasalah tersebut. Jadi dari pukul 11.30 pagi sampai 3.30 petang aku duduk bersila di rumahnya. He he he..

Photobucket

Semalam aku ada sebut tentang 'Keluargaku'. Inilah dia. Gedung membeli belah yang baru berpindah ke Bukit Palah. Berhadapan dengan Masjid Al-Azim. Memang banyak pilihan baju di sini. Cuma semalam tiada yang sesuai untuk emak.

Jadi hari ini membawa emak, along, adik dan anak-anak saudara ke Tesco Melaka. Nasib baik ada baju yang emak berkenan.

Adik pula membeli telefon bimbit yang baru. Aku? Hanya jadi 'pemandu pelancong' sahaja. Ekekekeke...

Nota kakitanganku : Penat belum hilang!






21 kUs-kUs:

Unknown on October 18, 2009 at 8:29 PM said...

HAHAHA..ok lah tuh..aku kalu buat nih, harus jadik lempeng,..muehehe

cam terer ah ko buat muffin..bak si ni resepi..(mintak2 ayam je tu)

en_me on October 18, 2009 at 8:34 PM said...

siannyerr penat ghitewww.. ehehe

cheryna zamrinor on October 18, 2009 at 8:37 PM said...

oohhh..inilah muffin tuh. aku baru je letak komen tadi, nak letak lagi ke? ehehe...takpe...takpe...janji sedap. karipap, kalau kelimnya tercabut pon...tapi sedap..tetap sedap!

* best tak perumpamaan aku?

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) on October 18, 2009 at 8:38 PM said...

wah cik tedi
nmpk pun sedap...
mcm penuh berkrim dgn coklat..
huhu...
pos sini satu ekk..

Nakamura Kazuki on October 18, 2009 at 8:41 PM said...

tedi..ambe memang ske makan kek coklat..nampak sedap walaupun rupamu cam gunung merapi..hehehe..tedi nanti kalau buat kuiz..hadiahkan mende makan.. ye.hehehe

xXrucciXx on October 18, 2009 at 9:00 PM said...

kadang2 kuih yg tak berapa nak menjadi tu pun sedap jugak...kalo aku la...asal sedap aku makan je..huhu

umi_e on October 18, 2009 at 9:16 PM said...

oklah tu... yang penting boleh makan :p

PuanPepel on October 18, 2009 at 9:38 PM said...

apa ada pada rupa... jajni rasa besttttt!!

Amal on October 18, 2009 at 9:56 PM said...

mane utk aku ted|??
lapor nih.
hahaha

best sopink!
;p

Samaira on October 18, 2009 at 10:03 PM said...

waaa syoknyer beli hp baru ekk hehe

al-lavendari on October 18, 2009 at 11:20 PM said...

"Jadi dari pukul 11.30 pagi sampai 3.30 petang aku duduk bersila di rumahnya."

apasal tak duduk atas kerusi. bersila lama2 ni letih dan kebas dibuatnya.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ on October 18, 2009 at 11:50 PM said...

alahai~
takpe2~

masih nampak sedap~

Unknown on October 19, 2009 at 12:36 AM said...

kak...saya nak kak...;eh kasi x??

Anonymous said...

pandai memilih nama tuan kedai tu

Watierman on October 19, 2009 at 7:49 AM said...

Salam Tedi..akak rasa maybe...Maybe yer....oven tu terlalu panas..or kepanasan tak sekata...berapa usia oven itu?...but I have tried buat guna oven butterfly yang hitam...guna dapur gas tu pun...tak pulak meletup...usia electric oven akak pun not that young anymore...almost 11 years old dah..I did it again pagi ni...will post in the blog step by step...Sorry..but do try again..reduce the heat...lower down the temperature...

alia on October 19, 2009 at 8:37 AM said...

1st time dengar pasaraya keluarga ku.....byk ke pilihan dlm tu

[z@ck] on October 19, 2009 at 9:12 AM said...

teringin la plak nak mkn muffin..
adess..lum bfast lg ni..

Alimaz-Kembara Terasing on October 19, 2009 at 10:03 AM said...

adik saya pernah buat kek coklat...tapi naik sebelah...heheehh salah bikin kot...

farah, s. on October 19, 2009 at 10:45 AM said...

ha.ade pun gmbr muffin dia. aku duk terbayang mcm manalah ade kawah seme tu. rupenya mcm tu jadiknye. takpe, cube lagi :D

a.z.r.i.n.a.03.07 on October 19, 2009 at 11:19 AM said...

xpe nama dia pon dah gempak.. janji boley ditelan...hehehe..


kita serupa lah ted...sumer nak cuba.. omputeh punya, tak pandai lah... kalau tedisonal ok gak...hehehe...

white rose on October 20, 2009 at 3:47 PM said...

tuk sy ade???

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting