Alhamdulillah Dak Utih menunjukkan perkembangan yang baik.
Jika dalam pukul 2.00 petang tadi dia tidak mahu turun dari katil untuk makan, dalam pukul 6.00 petang tadi dia sudah mengekor aku apabila aku mengangkat mangkuk makanannya. Dia sudah mula mengiaw. Sudah mula makan ikan rebus dalam kuantiti yang banyak, juga minum air. Sudah mula loncat atas katil yang tinggi hampir 1 meter dan melompat turun berulangkali. Aku nampak dia cergas.
Bila aku menekan tempat-tempat lukanya dengan tisu basah dia tidak mendengus. Aku simpulkan dia tidak berasa sakit. Cuma dapat aku lihat dia kelihatan sedikit trauma.
Aku tidak mahu membuat tuduhan melulu. Jika antara kamu yang bertanya adakah dia di cederakan orang atau pendapat aku mengatakan dia di langgar, aku tidak berani membuat rumusan. Ini kerana kejadian ini berlaku pada pukul 4.30 pagi.
Sewaktu dia balik darahnya masih basah. Siapa yang sudah bangun pada pukul 4.30 pagi? Siapa pula yang menunggang motosikal atau kereta di waktu pagi-pagi begitu. Ini kerana aku duduk di kawasan kampung. Jika dia bergaduh aku sudah pasti mendengarnya. Kerana kawasan rumah aku memang sunyi sepi jika di waktu siang apatah lagi malam atau awal pagi.
Aku cuma agak keliru melihat rantai locengnya. Jika kamu dapat lihat di sini , sila perhatikan gambar terakhir yang mana terdapat gambar locengnya. Bezakan pula dengan gambar loceng dalam entry sebelum ini yang mana lubangnya terbuka luas dan kemek. Itu yang betul-betul buat aku keliru.
Apapun hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Nota kakitanganku : Masih pakaikan dia loceng yang sama supaya aku dapat kesan di berada di mana.
24 kUs-kUs:
dekat kucing pn nak bt naya..
adess..tak paham btol la org zaman la ni..
yeay...get well soon ye utih:)
(macam dia paham, tp sha cakapkan kat tuan dia jelah ye)
tue la..
tang loceng tue yg confius sikit..
tapi xpela..
dak utih pun dah cergas sikit..okla tue..
dak utih..dah utih..
dahla..jangan kuar malam dah..
risau bos mu itu..huhuh
mungkin dia kemalangan kut tedi..firasat ambela
alhamdulillah dak utih dak sehat
sgt2 sedey klu tgk kucing2 disakiti
moga Allah lindungi setiap ekor kucing di dunia ni huhu
alhamdulillah.
get well soon dak utih!
alhamdulillah... dak utih da bley menaip x? ihik
dak utih dah kembali menghiasi hidupmu... hehe
Cute kucing tu..nama dia pun cute juga...hehehe...semoga dak utih cepat sembuh..
dah lompat2 tu kira okayle dak utih. Kena buat CSI le plak kes cenggini. Aci tak kalau kata dak utih tersepit di satu lubang atau celah yg sempit, dan dia usaha untuk keluarkan dirinya, maka calar dan luka badan...serta loceng jadi kemek...ishhhh mcm2 pulak andaian dan gambaran... jangan bagi dah dia keluar tgh malam ...
lepas niy harap Dak Utih cergas macam biasa...
tp pelik gak kann..camna loceng tu jadik camtu.. takyah pk bukan2..nasib baik tak serius..
sedangkan anak manusia pun leh buang2 zack :)
TQ sha :)
samalah macam firasat aku hencek nakamura :)
InsyAllah samaira : terima kasih atas doa
balid biru pink : TQ
TQ sueanne : kdg2 mmg x bg dia kuo malam. to bila di anak yak2 segala.. dia kena kuo gak.. itu yg kdg2 melencong ke tempat lain tu
ekekekek miera : buat masa ni lom lg.. :P
FCC : Selalu :)
TQ Tirana :)
he he he kak NJ.. boleh juga di terima.. sbb kening dia kuku kaki dia.. pip dia.. semua luka2..
betul tu kakrina .. itu yg kompius.. loceng boleh kemek
mungkin sang anjing sedang cuba menecle
ted,
cemana dak utih ni? update ye keadaan dia.. hopefully dak utih sihat..
aku terkenangkan citom.. sedih.. huwaaa... harap2 dak utih tak apape..
Post a Comment