Friday, October 23, 2009

AkU CuBa yanG TerBa|k bUat KamU. MaaF anDa| aDa kUranGnya...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:29 PM
Photobucket

Klinik Haiwan Vally di Semabok.

Aku membawa Dak Itam ke sini petang tadi. Kebetulan hari ini aku harus ke AG. Jadi aku mengambil keputusan membawa Dak Itam terus sebab searah. Jadi pukul 3.30 petang aku keluar dari pejabat.

Photobucket

Oleh kerana beliau jarang menaiki kereta, beliau nampak gementar dengan helaan nafas yang laju.

Photobucket

Sebelah kiri adalah Klinik dan sebelah kanan adalah kedai barangan haiwan.

Photobucket

Aku ingatkan mahu buat x-ray hari ini. Kata Doktor Chan Dak Itam tidak patah di mana-mana bahagian. Sebab jika patah di bahagian yang sakit beliau tidak akan dapat berjalan. Nasihat doktor, hari ini dapatkan rawatan dan ubat. Jika aku ingin juga lakukan x-ray, datang semula pada hari Isnin.

Ada kesan benjolan di kaki yang sakit. Doktor memberi satu suntikan tahan sakit.

Photobucket

Ubat tahan sakit dan urat saraf. Aku memilih jenis cecair. Senang aku beri dia dengan picagari.

Aku berasa hairan bin ajaib kerana Jabatan Veterinar Melaka tiada mesin X-ray. Amat pelik. Menurut yang mengambil panggilan aku pagi tadi, 'Kamu pergi sahaja ke Klinik Vally. Di situ semua ada." Dia fikir semua orang kaya macam dia. Boleh pergi klinik swasta. Aku 'gugel' tadi, di Jabatan Veterinar Selangor jika tidak silap, kos untuk X-Ray kucing adalah dari RM 30.00 dan seterusnya.

Di Klinik Vally untuk X-ray kosnya ialah RM 120.00 . Untuk rawatan hari ini kosnya RM 40.00 Bagi aku berpatutan bagi klinik swasta.

Kerana masih ada urusan yang belum selesai di AG, aku 'mengupah' seorang 'babybrother' untuk menjaga Dak Itam sementara aku menyelesaikan tugas. Terima kasih. Jasamu di kenang!

Photobucket

Sampai di rumah. Aku terlupa mahu beli pasir tandas. Esok kami semua tiada di rumah. Jadi tiada siapa yang mahu mendukung Dak Itam 'membuang' di luar rumah. Okey! Jom pergi Family Store!!

Nota kakitanganku : Terima kasih untuk kamu semua yang mengambil berat dan prihatin tentang kesihatan Dak Itam. Mamai, sekarang aku dapat rasa kerisauan kamu tentang Bob bila sekarang aku mengalami situasi yang hampir sama.Terima kasih semua. Aku juga harapkan doa kamu!!






50 kUs-kUs:

umi_e on October 23, 2009 at 7:48 PM said...

semoga dak itam akan cepat sembuh... kalau ada antibiotik, jangan lupa untuk berikan padanya.

*bayaran yang berpatutan untuk klinik swasta :)

** KeraJaan tidak prihatin terhadap keperluan rakyat! Malah di Pej Haiwan Kajang tiada veteriner yang boleh melakukan surgery! Veteriner yang boleh lakukannya telah pencen tengah tahun lalu... sampai sekarang tiada penggantinya... tak faham sungguh kenapa KeraJaan payah nak ambil veteriner yang berlambak dari UPM tu untuk berkhidmat kepada rakyat!

zhrhtoodem on October 23, 2009 at 7:51 PM said...

susah betul kerajaan nih.
haish.
get well soon itam!!
jgn lupa makan ubat!

Nadiene on October 23, 2009 at 7:53 PM said...

bagus kamu ni eh.. besar pahale tue.. mmm, 1mlysia, rakyat d ketepikan, hohohoh

Watierman on October 23, 2009 at 8:01 PM said...

Syukurlah Dak Itam cuma perlu habiskan ubat2 itu..Akak doakan semoga Tedi diberi pahala yang berlipat ganda...dan ganjaran dalam hidup dunia dan akhirat...yang tidak putus2....Amin!!!

khasyikelvin_ on October 23, 2009 at 8:17 PM said...

dak itam rindu daku tuh.
hahaha dak utih mane?

ASYIQ on October 23, 2009 at 8:37 PM said...

Moga cepat sembuh dak itam...

Cian dia menanggung sakit.

Samaira on October 23, 2009 at 8:41 PM said...

huhu sentiasa doakn dak itam
sayang cik tedi sbb sayang kucing2 sobss
sgt terharu..

Ms.Lilies on October 23, 2009 at 8:52 PM said...

aku miss byk entry ko...kuar berhoyeh2 dgn member2 lama arini...alhamdulillah dak itam dah nampak ok tu..bertuah dia sbb ada ko as tuannya...

Amal on October 23, 2009 at 8:53 PM said...

kesian dak itam!!
muge2 die cepat sembuh!

amie on October 23, 2009 at 8:55 PM said...

hope dak itam baek cepat..
nnt ley die panjat2 men2 cam salu..
tak risokan bos die..
kekeke

:: eyeNa :: on October 23, 2009 at 9:08 PM said...

semoga dak itam ceat sembuh.. amin

sharamli on October 23, 2009 at 9:08 PM said...

dak utih je la dukung dak itam....
heeee

Solehah on October 23, 2009 at 9:18 PM said...

ni kali ke 3 aku cuba comment dlm blog kamu..dari tadi aku cuba masih tak berjaya jgk...semoga dak itam cepat sembuh..

leadleedeea on October 23, 2009 at 10:29 PM said...

yeay...dak itam da ok...legaaaaaa...heheheee~!!!

Papa meow on October 23, 2009 at 11:26 PM said...

kesian dia...
ingat sakit apa tadi, kes pukul ya, nanti pukul kaki orang tu balik ya... biar dia rasa jalan tempang... tumpang geram, huhu...

Maiyah on October 24, 2009 at 12:54 AM said...

moga dak hitam baik nanti, sy plak hilang si puteh.. slalu letak kat cage tapi pas dah bg makan lepaskan jap utk dia main2 kat luar tapi dia terus kuar ke jln dan tak balik2 lagi huhu :(

Anonymous said...

mcm ni ler tuan yg baik

Tirana on October 24, 2009 at 6:07 AM said...

Kak Tirana pernah bela kucing masa di Adelaide dulu. Memang tinggi kos dia lebih2 lagi rawatan kesihatan. Kucing di Malaysia ni boleh termasuk dalam kategori murah lagi..hehehe

Relevan on October 24, 2009 at 7:30 AM said...

^
<<-- anti kucing

mamai on October 24, 2009 at 11:23 AM said...

kau kena bagi dak itma makan ubat tu sampai habis tau...

farish izaryl @izreez on October 24, 2009 at 2:32 PM said...

ciannya saket lakk

Faarihin on October 24, 2009 at 9:34 PM said...

salam.. semoga dak itam cepat sembuh.. jaga diri bebaik yer dak itam.. slalu makan ubat.. (^__^)

azianierdawati on October 24, 2009 at 10:17 PM said...

ooo sian dak itam... tp mahal jugak perubatan utk cat ye... dah buat tabung utk budak2 tu?

myQza on October 24, 2009 at 11:21 PM said...

kak e : susah betul dgn klinik veterinar kerajaan ni. mahu atau tidak.. antar swasta juga!

myQza on October 24, 2009 at 11:22 PM said...

zaradgreat : InsyaAllah. TQ

myQza on October 24, 2009 at 11:23 PM said...

fid : benda2 terpencil macam ni selalu di abaikan!

myQza on October 24, 2009 at 11:24 PM said...

kakwatie : Terima kasih!!> InsyaAllah kak..

myQza on October 24, 2009 at 11:25 PM said...

cikgu ian : perhatian sekarang tertumpu pd dak itam. dak utih bawa diri :P

myQza on October 24, 2009 at 11:25 PM said...

cikgu asyiq : InsyaAllah. doa ye..

myQza on October 24, 2009 at 11:25 PM said...

samaira : TQ.

myQza on October 24, 2009 at 11:26 PM said...

ms lilies : sesiapun kalau sayang kucing akan buat mcm mana yg aku buat! TQ

myQza on October 24, 2009 at 11:26 PM said...

miss siv : InsyaALlah. TQ

myQza on October 24, 2009 at 11:27 PM said...

capri : InsyaAllah. aku harap macam tu juga!

myQza on October 24, 2009 at 11:27 PM said...

aina : TQ

myQza on October 24, 2009 at 11:27 PM said...

sharamli : Dak kecik tu mana larat!

myQza on October 24, 2009 at 11:28 PM said...

solehah : Terima kasih!

myQza on October 24, 2009 at 11:28 PM said...

lead : tiada banyak perubahan sebenarnya..

myQza on October 24, 2009 at 11:28 PM said...

papa meow : aduhai.. jangan di balas kejahatan org

myQza on October 24, 2009 at 11:29 PM said...

kak maiyah : puteh dah balik?

myQza on October 24, 2009 at 11:29 PM said...

FCC : terima kasih!

myQza on October 24, 2009 at 11:30 PM said...

tirana : yup! Tapi bagi yg kurang mampu masih mahal lagi kak

myQza on October 24, 2009 at 11:30 PM said...

relevan : kenapa apakah?

myQza on October 24, 2009 at 11:30 PM said...

mamai : Ok! aku bg antibiotik sekali!

myQza on October 24, 2009 at 11:31 PM said...

rizz : apakan daya!

myQza on October 24, 2009 at 11:31 PM said...

faarihin : TQ.. InsyaAllah..

myQza on October 24, 2009 at 11:31 PM said...

anis : tabung apa tu yek? tabung duit aku je yg kuo ni. he he he

niaharaf on October 25, 2009 at 6:59 AM said...

kesiaanya dak itam...nasib lah ade dak utih jaga...xray sekarang memang sangta mahal!

DramaQueen on October 25, 2009 at 8:33 PM said...

ted,
dak itam pasti berterima kasih dan bersyukur dpt tuan mcm ko.. aku rasa baik ko beli cage yg paling besar tu..ko tambat sme kucing2 ko dlm tu..biar dorang berjoget2 dlm cage tu je... risau aku ngan jiran arnab gila yg ko citer tu... jahat la sape yg buat dak itam cenggini..

OK dak itam! syabas bette[pinjam ayat dak ielah] dak itam adalah celibriti of d month..ekekek

myQza on October 25, 2009 at 8:39 PM said...

farae : aku terkilan sbb vet gomen x de mesin x-ray!

myQza on October 25, 2009 at 8:40 PM said...

mrs giggle : InsyaAllah... kalau ada rezeki lebih sket..

tp kucing aku ni mmg bebas. jd aku yg over kesian kat derang..

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting