'Entry ini panjang'. Baca sampai habis jika kamu ingin selami perasaan aku!!
Okey! Ini serius! Walau tajuk nampak macam main-main. Tapi aku serius. Ini soal hidup dan mati. Soal yang tidak boleh silap untuk di buat perhitungan. Aku harus memilih! Membuat satu keputusan yang melibatkan beberapa nyawa! Terasa begitu membebankan. Sebab itulah mata amat payah untuk lelap apabila otak asyik berfikir. Kusut!!
Ibu Si Oyen dan adiknya yang tiga ekor itulah puncanya. Aku tidak mahu salahkah sesiapa. Aku salahkan diri aku sendiri kerana membiarkan terlalu lama Ibu Si Oyen kucing yang aku pungut itu bermaharajalela di rumah sehingga sempat mengalami 3 kali proses kehamilan.
Yang sulung Oyen, aku akan jaga. Dari kehamilan kedua Choko dan Choki telah aku serahkan kepada jiran sekampung. Dari kehamilan ketiga, ada tiga ekor dan Ibu Si Oyen inilah membuatkan aku berperang dengan perasaan sendiri.
Selepas Isya' malam tadi aku sudah mengurung 4 beranak itu di dalam sangkar. Yup! Katalah aku gila!! Tersedu sedan bercakap dengan 4 beranak itu macam orang bodoh.
"Kamu mahu kemana Ibu SI Oyen? Ke pasarkah? Ke kedai makankah? Atau ke SPCA?"
Ada forumer tidak menggalakkan aku menghantar ke SPCA. Mereka mencadangkan aku membuangnya di kedai-kedai. Hati aku kuat ingin menghantar ke SPCA. Aku sudah melawat tempat itu. Jauh dari jalanraya. Ada penjaga. Ada makanan. Ada tempat tinggal.
Aku tidak sanggup menghantar selain dari SPCA. Hujan nanti macam mana? Kalau lapar 4 beranak ini mahu makan apa? Kalau anak-anak main tepi jalan dan kena langgar macam mana? Kalau mereka terpisah pula? Ya Allah!! Aku betul-betul tiada daya.
Tengah hari ini aku akan hantar 4 beranak ini ke SPCA! Muktamad. Tidak boleh bertangguh. Aku tidak mahu sebab binatang aku jadi anak derhaka. Aku jadi kurang ajar. Jadi anak yang suka menjawab. Aku tidak mahu itu. Aku masih tetap mahu mati dalam redha seorang ibu! Walaupun aku terpaksa korbankan sesuatu yang paling aku suka!
Maafkan aku Ibu Si Oyen! Maafkan aku dunia dan akhirat. Aku tiada daya untuk menjaga kamu 4 beranak. Fahamilah keadaan aku yang juga menumpang ini. Aku doakan kamu 4 beranak selamat dah hidup gembira. Maafkan aku. Aku yang memungut kamu tapi tiada daya menjaga.
Kamu jaga anak kamu elok-elok. Mereka memang comel! Amat comel. Aku janji aku akan jaga Oyen selagi yang aku terdaya. Tiada niat aku untuk memisahkan kamu anak beranak. Tapi aku terpaksa. Ini yang terbaik. Aku harap kamu faham!! Jangan marah aku. Jangan sumpah seranah aku juga. Aku sudah cuba buat yang terbaik. Tapi apakan daya. Aku hanya merancang!
Di tulis pada : 02.15 pagi
01 Oktober 2009
Nota kakitanganku : Mata sudah bengkak dan sukar bernafas kerana hidung juga tersumbat!!

56 kUs-kUs:
Salam Adik ku Tedi...Akak sangat2 tersentuh(dah basah..pipi ni)...kehidupan mesti diteruskan...buatlah keputusan yang bijak...Ibu sendiri WAJIB diutamakan...jadilah anak yang mendapat restu dari bonda....Insyaallah segala urusan akan dipermudahkannya...Buat Dak Oyen anak beranak...mungkin akan mendapat kehidupan yang lebih baik diluar sana....banyakkan beristigfar...dan bertawakal kepadanya...penuhi masa Tedi semasa ke sana nanti dengan Zikir kepadanya....Moga segala Urusan dipermudahkan Olehnya....Akak sentiasa mendoakan yang terbaik buat Kamu Sekeluarga...Sayang dari Akak!!!
pastikan kuncing2 kamu itu selamat walaupun kamu hantar kemana sahaja....
jangan kerana kucing sekor kamu akan di siksa dikubur nanti....
biarlah kerana kucing sekor.. kamu dapat sesuatu yg baik ...
itu yg pakcik susah nak perliahra kucing... bila dah byk...emmm penin pala den mikio nye....
susah nak wat keputusan tue...hurmm...
salam tedi cute...
sian tucen2 tu kan, bebaskan dia kemana yg rasa ada makanan.
tedi mesti cayang banget sama somi n anak2 nanti nih, ekekekek
take care dear..
kak....
harap tabah menghadapi nyer
memang susah....aku juga dalam dilema nie tapi tadi ada call doc mungkin dia nak tengok keadaan bob
ted- ni la slh n3 yg btl2 buat haku sedih.. sebak la.. kalulah kita byk duit, leh bina satu taman utk kucing, kan bgs, kan...
Dear ted...
kite paham perasaan ted tue..
sebab kite pun sukakan kucing ..sebelum ni, dah banyak kali gak kite bela kucing2 ni..tapi at d end, ada yang di buang, ada yg di bagi kt pakcik kite, n lelain lagi..sedih memang sedih sesangat..
tapikan, bila dipikirkan, sian gak kt mak kite yg kena handle kucing2 yg ada kalau kite xde..nak basuh tahi die la, muntah lagi la, n macam2 lagi..dorang pun penat ted..tenaga dorang pun dh xmacam dulu lagi..
tue sebab sampai skang ni, kite xmau bela kucing dah..takut kite sedih bila benda2 camni berlaku..lain la kalau ada umah sendiri..senang sikit..
jangan risau pasal dak oyen anak beranak..kite sama2 doa k..agar meka2 sume dapat perlindungan yg baik di sana..Serahkan segalanye kepada Allah SWT..Dia yg menentukan segalanya k..:p
kucing tu pun makhluk Allah gak. sure ada rezekinya di mana2 pun kita letakkan dia. tedi takyah sedih2 ye. kucing tu pun faham yang tedi bukan saje2 nak buang dia.
kucing tu pun makhluk Allah gak. sure ada rezekinya di mana2 pun kita letakkan dia. tedi takyah sedih2 ye. kucing tu pun faham yang tedi bukan saje2 nak buang dia.
serius aku tersentuh dgn entri ko ni...syg giler la ko dgn kucen2 tu.. insyaAllah diorg pun paham la kot dgn tindakan ko tu.. aku pun sokong jgn hantar ke pasar.. bukan apa aku kesian tgk kucen2 kat pasar yg aku selalu pegi tu... jap2 kena sepak dgn org ni, jap2 kena sepak dgn org tu.. tu tak termasuk yg kena lenyet dgn keta lg tu...
xpe..mungkin rezeki dier lebih baik lepas nih..don't worry too much..ko dah jalankan tanggungjawab ngan baik..yang selebihnye terserahlah kepada Allah S.W.T..
Society for the Prevention of Cruelty to Animals nama organisasi tu pown dah menunjukkan dimana tempat tu mmg selamat untuk ibu oyen berserta anaknye ditempatkan....
pilihan dan tindakan akak tu mmg dah betul....so jgn la runsingkan diri....kang klu ader masa free boleh la gak jnguk2 ibu oyen serta anak mereka kat SPCA tu....
chill ur life k....
Tedi, insyaAllah..semuanya akan selamat..semoga kebaikan kamu menjaga mereka selama ini, diberi ganjaran drp yg Esa. kadang-kadang kita juga x punya kuasa untuk buat semua benda sempurna..
sebaknye rasa..berat mata membaca berat lagi bahu yg memikulnya..s
kuatkan semngt ea tedi..
tedi dah lakukan yg terbaik utk si comel2 itu..Tuhan maha mengetahui apa yg tedi lakukan..pedulikn apa yg org nak kata..
cenyum2 ek tedi ;)
ted| ~
kalu ko dekat, mmg kiter sanggup jaga kucing2 tu ngn mak dia sekali.
tp ko jauh...
sowi eh,tak dapat tolong pape...
syg~
tak mau sedih2~
kalau buang merata-rata,
lagi lah kita risau akan keselamatannya.
jangan sedih2 ya.
asalkan tak buang merata tak apalah
saya sedih tedi bila bc nie...kesian tedi..tedi nape tedi xnak 'kasi' kan si oyen tu..sunat..berdosa tak kalu kita 'kasi' dia?
nape xdgalakkan ke SPCA?sbb nnti ade yg dia inject bagi 'tido' yer?
yelah tedi, dah mak ckp xboleh kan..bkn tedi sngaja..tedi jgn sedih2 ok....
bagus le kamu sayang kucing..tdk sy..sy tdk suke krn tahap ketakutan yg tinggi..hikkss..teruskan perjuangan.cewahhh
siannyer ko...
lepas nie kucing yang ader tu bagi beranak sekali jer...
dah mak tu tak kasi bela banyak2..
aku dulu kena terima jer..
sebab mak yang suak bela..
suka pungut..
dan suka kucing dia beranak pinak..
yelah sayang kucing kan ikut sunnah nabi..
harap ko tabahkan hati..
antar arr kat tempat yang selamat.
sayangnya kamu kat kucing2 itu..aku pun keluar hingus membaca n3 mu ini..aku juga penggemar kucing..sangat suka dan sayangkan kucing..aku faham perasaan kamu..tapi apakan daya..mungkin rumah kamu bukan tempat untuk kucing2 mu itu..
sob sob
sabar lah ted. aku pernah mengalami perasaan seperti tu. waktu aku terpaksa berpisah dgn nemo.. aku smpai solat taubat. mana lah tau..kalau2 aku berdosa buat bgitu..
insyaallah.. kalau aku ada rezeki..aku nak bela kucing lg..tapi bukan sekarang..
sbr ted.. kuatkan hati.. ko jaga je budak 2 ekor yg bujang tu.. harap mereka tak susah kan ko.
ermm...
sabarlah tedi.
anggaplah itu satu ujian utk tedi.
utk puaskan hati semua orang mmg susah...
kdg2 pengorbanan harus dilakukan
untuk yg tersayang
walaupun diri sndiri akan terluka.
dilema tedi ni sama ngn dilema yg sy sdg alami skrang..
tp tiada kaitan ngn kucing la..
fikiran jd buntu...nak berblogging pun jd x de mood.
x pe tedi...bukan niat tedi utk membiarkan kucing2 tu jd kucing jalanan. keadaan yg memaksa.
mungkin suatu hari nnti...
tedi akan ada peluang utk mengambil balik kucing2 tu nnti..
sabar k....=)
huhuhuhu...dulu masa sekolah saya jugak ada bela kucing...tapi terpaksa buang jugak sebab beranak pinak...tak larat bela.....saya jugak suka dgn kucing.....sedih nya kalau terlaksa buat keputusan cenggini....sabar jela yer....kucing tu kan binatang kesayangan nabi...nabi sanggup potong serban yang ditidur kucing....(ustaz cerita masa kat sekolah dulu)
kakwatie : terima kasih atas nasihat dan kata semangat. Alhamdulillah. walaus esekali hati masih sayu. tapi itu jalan yg terbaik buat mereka.
terima kasih pakcik. aku sudah membuat keputusan. InsyaAllah...
~0~ alhamdulillah. aku telah dapat buat keputusan
biru : mmg aku mahu yg terbaik buat mereka.
biru : mmg aku mahu yg terbaik buat mereka.
terima kasih yanie
mamai : buat yg terbaik untuk kucing yg seekor itu
mamai : buat yg terbaik untuk kucing yg seekor itu
betul tu anis.. tapi kita kena berpijak di bumi yg nyata!
terima kasih sueanne ... aku harap mereka anak beranak akan faham!
terima kasih asilah. aku harap mereka faham.
betul tu CC : aku dah hantar ke SPCA
terima kasih dak ashie
terima kasih qief.
betul tu solehah. kita tiada kuasa ajaib..
sara : terima kasih!
its ok te : terima kasih
tQ zara
yup farah. aku sudah hantar ke SPCA
yup FCC
emak si oyen hanim. panjang ceritanya.
:)
Tq putribonda
terima kasih hasni..
yup tinie. terima kasih. mungkin bukan dalam kuantiti yg banyak
mrs giggle : terima kasih. aku harap aku sudah buatyg terbaik
flygurl : terima kasih.
yup alimaz. terima kasih.
DIA mendengar, DIA melihat, DIA mengetahui...
dylla.. InsyaAllah..
huhu.. insyaAllah, semua nya akan sedia kala
Post a Comment