Situasi Satu :
Aku, adik dan emak ke rumah makcik berhari raya. (Makcik yang hidang air panas itu) hehehehhe.. Tiba untuk pulang kebetulan sahabat makcik yang sama-sama belajar di Rusia puluhan tahun dulu turut ada. Aku dan adik agak teruja melihat kereta mereka yang mana bahagian pemandunya berada di sebelah kiri.
Rancak berbual dengan adik aku menekan alarm dan membuka pintu terus masuk ke dalam kereta. Tiba-tiba adik bertanya "Habis tu siapa yang mahu bawa kereta?' Opss! Aku begitu teruja melihat kereta dari Rusia itu sehingga tidak sedar aku duduk di bahagian penumpang hadapan sebelah kiri. Aku keluar dari situ dan kami adik beradik gelak macam tidak sedar diri.
Situasi Dua.
Hari raya ke tujuh kami membantu sepupu berpindah rumah. Berpindah macam di halau sebab pindah waktu hari raya. ha ha ha. Abah dan adik lelaki menaiki lori bersama tuan lori. He he he.. Selesai memunggah barang waktu untuk minum di gerai berdekatan. Tiba-tiba abah berkata 'Bawa kereta abah je'. Sambil meraba-raba kunci di poket seluar dan baju. "Eh! Mana cicirnya kunci ni?'
Adik lantas berkata. "Bukan ke abah naik lori tadi. Mana datangnya kereta abah?" Ekekekekekke.. Gelak lagi!!
Situasi Tiga.
Sepupu aku datang beraya membawa 3 orang anak. Dua lelaki berusia dalam linkungan 19tahun dan 7 tahun dan seorang perempuan dalam darjah 6 duduk di ruang tamu utama.
Abang sedang menonton televisyen di ruang tamu ke dua sambil memakan kerepek di dalam balang plastik bersaiz besar. Abang ke dapur sebentar mengambil minuman dan ke depan semula. Tiba-tiba abang ke dapur semula tercari-cari balang plastik berisi kerepek. Tiada.
Aku menjengah ke depan. Tanpa segan silu anak sepupu aku itu sedang mengadap kerepek yang abang makan tadi. Memang muka tembok. Kalau yang kecil aku tidak kisah sangat, ini yang abangnya itu.
Adik beradik ini memang ada rekod yang tidak makan saman sedikit. Kata orang kurang asam. Bukan di rumah aku sahaja. Mana-mana rumah yang mereka pergi mereka betul-betul buat macam rumah sendiri.
Aku dan adik mengekek-ngekek ketawakan abang yang terkulat-kulat memandang mereka melahap kerepek keladi itu.
Nota kakitanganku : Tidak lawak manapun. He he he he...
62 kUs-kUs:
hahahhaa
sengal okehhhh
haha..masalah gak if jumpe orng muka tembok camtue..
salam pekenln..
ted..aku ske yg no 2 tu..yg abah ko lupa datang naik lori tu...wakakaka.. meti harubiru lepas tu...balik umah cemana eh? ko tak citer pon..
situasi dua ko pnh letak dlm entry kan..?? kat yahoo 360 ke kat blog ni agaknya.. sama mcm citer minah perasan ko tuh.. aku rasa mcm pnh terbaca kat entry ko jugak...
hehhe.. tajam x ingatan aku.. huhuhu..
situasi 1 tu feeling nya tak bleh blah ahahaha...
adoi...adakah lemang bersalah dalam hal di atas???
ekekekeke....
hahahaha...klakar... :D
lori tu ala2 transformer la ley tuko jdik keta...
jgn drive kete oto.. kaki kanan minyak.. kaki kiri btekan brek.. mau ribut jadi nyee....
part makan kerepek tuh takleh blah.
ramai tul yg macam tuh skang nieh. tah kenapa aritu pernah caramel ku dipecahkan dengan suka hatinya oleh seorang budak2 pompuan. katanya geram. dah abeh semua tetamu takleh makan. adoiii...
* sangat memahami perkataan muka tembok.
ade ke patut tak lawak..
lawak la..
hahahaha..
tersenyum bila baca cerita ni.. kelakar gak..
tedi..wah raya penuh kemeriahan ye....so bawak tak lori abah tu tedi....
dah lawak dah nie,
mampu buat aku tersenyum.
:)
ahahha..lawak nyelah abah ko...seb bek dier x amik kunci lori masuk poket dier...hahahha
ddlm situasi tiga...kalo lelaki memang elok la pangai cam tu...boleh bawak diri kemane saje..sng
ehehe..lawak..tersenyum2 ni kat ofice, nak gelak kang bos nampak..dr pagi mencuka buat keje..
hehe
macam2
kenagan ni la xley lupa ya
no 1....jap.... kena baca lagi sekali...
no. dua tu lawak...suke yang niy..
no tiga tu..memang sengal budak tuh.. hambat jer dia..
yg 19 tahun ke?
mach0 x?
hilang ngantuk ku..
hehehe..
no 2 paling bestt ted..:p
Hahah!
ske la yg situasi dua tu..
tgelak soraG2 time keje..
memG org ckp kT sewel..gelak soraG2..hihi
Hahah!
ske la yg situasi dua tu..
tgelak soraG2 time keje..
memG org ckp kT sewel..gelak soraG2..hihi
hehe..
*senyum*
hari raya ada bemacam-macam ragam
^___^
Senyum sorang2.
Lawak.
ganas lawak~
kih ki kih~
hahhaha
citer pasal abah yg kelakar..
sian abah....hehheh
suke situasi kedua tu...
mmg lawakkk!!
hahaha!
haha..
aku suka no 1...
ekekekek zaradgreat juga sengal. aku sengal2 badan.
TQ aleena singgah. Yup!! Ada gak org macam tu...
yoro akino : salam perkenalan. TQ singgah
Mrs giggle : balik rumah? ayah akuikut lori g umah sepupu.. tp kitorang on d way dalam kete gelak x habis lah..
dak ayus.. situasi ek dua tu x de dalam 30..
yg jonker walk tu ada. ekekekek
ms lilies : aku feeling ada kat rusia .. ekekekekek
~0~ lemang tiada kena mengena!
TQ queen!
ekekeke mimie... x dapek den nak tolong!
ye ke pakcik? ekekekke.. aduhaiii
cheryna pires : aku tak boleh lah tgk org macam tu.. aku rasa nak sound jek.. nasib baik ari raya..
okey! sila gelak azuan~
terima kasih kakzana
ekekekeke hencek nakamura... lori tu bukan abah den yg punya.. dia juin naik jek. ekekekeke
he he he terima kasih farah
ekekeeke dak ashie... sebbaik. kalau tak..?
atie : elok ke? amek tanpa kebenaran tuan rumah?
ekekekek solehah. terima kasih.
betul tu joe~
ekekekek kakrina.. boleh kejap2 lak. ekkeekkeke...
no 3 tu sy menyampah betul
sha : x de maknenye macho.. keypoh!!
ekekeek sueanne : kalau tgk muka cuak abah aku tu.. lg lawak.
ekekeke arelong. kadang2 x pe. jgn selalu :)
green : senyum juga
mamai : betul tu
cikgu asyiq.. jangan selalu senyum2 sorang2..
dak zara : ganas ek?
ekekke yanie.. situasi kedua pilihan ramai
ries lee : yup! kalau tgk live lg lawak. ekekekke
messy : no 1 tu aku feeling aku kat rusia. ekkekekeke
1. bolehkah kat malaysia bawak kereta pemanduan sebelah kiri? tak blh kan
2. aku pun sekali sekala lupa mcm tu... huhuh
3. hantar jer surat saman sama bapak diorang..
Post a Comment