Monday, January 11, 2010

C|kGu TanYa, 'Anak SuDah BeraPa?'

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:45 PM
'Eh! Kamu! Kenapa hantar surat sendiri?'

He he he.. Aku tersengeh. 'Siapa lagi mahu hantar cikgu?'

'PAP?'

'Saya 'lone ranger'. Mana ada PAP!! Saya PT yang terkontang kanting seorang!! Kalau boleh saya mahu juga minta PAP ke PTR ke. '

Dia ketawa.

'Eh! Kamu sudah berpindah?'
Di bertanya bila melihat alamat di kepala surat.

'Ya cikgu! Balik kampung!'

Cikgu Shafie ketawa. Selesai urusan cop mengecop, aku minta izin untuk beredar. Menolak pintu.

'Anak sudah berapa?'

Aku gelak.

'Cikgu mahu yang menguweek ke yang mengiaauww?'

Dia gelak.

'Belum bernikah?'

Aku sudah keluar dari pintu. Hanya menampakkan kepala sahaja.

'Sudah ke belum?

'Okey cikgu saya balik dulu. Terima kasih. Assalammualaikum!'

'Bertuah budak ini. Orang tanya tidak jawab!!'

'Belum!!!' Aku menjawab sambil ketawa!

Aku menutup pintu dan melangkah pantas. Cikgu Shafei ketawa terbahak-bahak!!

Aduhai!! Ingat sahaja kaunselor ini pada aku walhal aku sudah tinggalkan sekolah berbelas tahun lamanya. Pertama kali jumpa bila tamat persekolahan, aku ingatkan mahu buat tidak tahu sahaja. Dia yang menegur dulu bila nampak aku di SMK Serindit Mati Tersepit!

'Kenapa PT, bukan cikgu?"

Itu soalan pertama dia bila tahu aku hanya PT di situ.

'Rezeki saya dengan ini cikgu. InsyaAllah kalau ada rezeki lain'.

Sejak itu dia memang cam aku sebagai bekas anak murid dia. He he he..

Pernah kamu terserempak dengan bekas guru kamu? Apa reaksi beliau dan juga kamu sendiri?

Nota kakitanganku : Ulasan entry ini akan aku buat esok. Terima kasih pada semua yang mengomen dan prihatin.






32 kUs-kUs:

eeeda on January 11, 2010 at 7:58 PM said...

Jawapannya pernah.
Masa tu kat pasar raya.... esok nak raya memang ramai org...tiba2 aku dgr org panggil
"cikgu fa...."
Aku pandang belakang... malunya cikgu tegur kita dulu.....

pak long on January 11, 2010 at 8:12 PM said...

salam...
kalau anak murid yang popular..sah cikgu akan ingatnyer.....

Didi Nadhirah on January 11, 2010 at 8:34 PM said...

jumpa kat depan lrt siap panggil nama penuh lg hehehe

zack zukhairi on January 11, 2010 at 8:54 PM said...

'Cikgu mahu yang menguweek ke yang mengiaauww?'

ahah! i like this phrase :)

rosma on January 11, 2010 at 9:00 PM said...

rindu kt cikgu2..sume best..sgt best...

deus X machina on January 11, 2010 at 9:12 PM said...

ahha
dh lama xjumpa cikgu kt sekolah2
tapi kalau lecturer kt u selalu gak la jumpa

nice entry!!!

erk888.blogspot.com

white rose on January 11, 2010 at 9:16 PM said...

saban mggu jumpe...hahaha...dh selalu duk gi sek lama, ade kursus dicitu...so, jumpe laa...

masa dorg jumpe sy, dorg terkejut yg sy ni sdh seangkatan mereka...dorg ingt sy ni bakal jdi loyar...sbb sy ni loyar buruk...hahaha...

sape sangka, loyar buruk leh berguna kpd bangsa...

kan, kan, kan...duk utih...

Zuwairi on January 11, 2010 at 9:33 PM said...

owh..

erm..

pernah juga terserempak..

ayat yg ble diteka ketika bersapa
"maintain kamo ya"
kwang2;)

mukasurat17 on January 11, 2010 at 9:41 PM said...

ko mesti jahatkan kat skola. sbb tu cikgu igt. kaunselor lak tu. bahahaha... juz kidding.

Amal on January 11, 2010 at 9:44 PM said...

"lama lagi belajar?"
tu soklan wajib bile aku jumpe cekgu aku.

[z@ck] on January 11, 2010 at 9:49 PM said...

ckgu cakap aku sombong.
huhuhu

sharamli on January 11, 2010 at 9:50 PM said...

pernah...cekgu tu dtg time kenduri kawen sy makcik...

heee..x la..time akak kawen

Solehah on January 11, 2010 at 10:06 PM said...

rasa cam nak peluk2 cium2 tangan cikgu..yang ppuan la..yg lelaki plk nak uca terima kasih sgt2..

♫ ♥ farah ada ♫ ♥ on January 11, 2010 at 10:11 PM said...

soala pertama..

" kurusnya.. tak makan ke? "

hahahaha

Jard The Great on January 11, 2010 at 10:14 PM said...

cikgu tu single lagi tak? ehehe

aku tak pernah lagi terserempak dgn cikgu aku.. =p

mamai on January 11, 2010 at 10:14 PM said...

selalu jumpa cikgu yang ajar aku dulu tapi la nie dia berlagak sikit sejak dapat jadi YB

ape2 jer on January 11, 2010 at 10:31 PM said...

ada masa mengundi
x de pape respon sbb dia tgh bz wakaka

Faarihin on January 11, 2010 at 10:47 PM said...

cikgu shafei? macam nama cikgu kaunselor kat skolah sy dulu.. tap skang dia dh pndah ke mana ntah.. lupa dah.. aiseh.. masa pi skolah mggu lpas mmg jumpe aje ngan cikgu2 sy dlu tu.. sume dok tanye, uat ape skang? ahh.. soklan yang di copy cuma berbeza intonasi aje.. adeh..

myQza on January 11, 2010 at 10:51 PM said...

@Faarihin testing 1..2..3..

myQza on January 11, 2010 at 10:53 PM said...

@cik biol

testing 1..2..3..

Aida Lela on January 11, 2010 at 11:05 PM said...

betol ke nama sekolah cenggitu??

comey jerk entri nih :D

myQza on January 11, 2010 at 11:13 PM said...

@eeeda
testing 1..2..3..

myQza on January 11, 2010 at 11:14 PM said...

@Didi Nadhirah er

Unknown on January 11, 2010 at 11:49 PM said...

best jumpe cikgu yang penah ngajar dulu

Azuan on January 11, 2010 at 11:51 PM said...

pernah..aku duk sekampung je ngan cikgu sek rendah ak haha

Maiyah on January 12, 2010 at 12:55 AM said...

x pernh jmpa ckgu pun

myQza on January 12, 2010 at 4:25 AM said...

@Didi Nadhirah

testing 1..2..3..

Nadiene on January 12, 2010 at 7:56 AM said...

yup! cantik komen, hehehe

nie mesti dulu jd student feveret nie, hu

mama affan on January 12, 2010 at 8:17 AM said...

jumpa cikgu? penah2...tp kalau yg x suka ( ada jugak..) wat x tau jer..aku budak nakai..

Relevan on January 12, 2010 at 8:20 AM said...

Testing2..

Dina Zakaria on January 12, 2010 at 10:23 AM said...

penah jumpe..

tau je, aku dh jadik lecturer skang terus puji melambung2..padahal zaman sekolah dulu mampus aku asyek kena hantam sama dy..huhu

Qib on January 12, 2010 at 11:44 AM said...

huhu, hebat wooh.,
cikgu still leh kenal.,

mesti nakal ni taim sekolah2 dulu/
hehe..
len kali jawb jek,'klu ada rezki, ada lahhh'

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting