Kredit gambar 'Gugel!'
Siapa tidak kenal Nobita sila angkat tangan? \0/. Aku akan belanja makan Aiskrim Conneto! Nobita terkenal dengan apa? Cengeng? Kuat menangis? Mengada-ngada? Terlebih-lebih? Aku mengenali Nobita atas dasar kebergantungan dia dengan Doraemon. Sedikit-sedikit Doraemon. Doraemon itu. Doraemon ini. Mempergunakan Doraemon untuk kepentingan diri sendiri.
Aku sedang mengira jumlah pendapatan setiap pegawai di sini menggunakan kalkulator bagi tujuan mengisi Borang EC untuk Cukai . Tap tup tap tup aku menekan. Bos datang.
Bos : Memang kira macam ini ke?
Aku : Di Pejabat lama dahulu kami menggunakan perisian cukai berbentuk CD yang di beli. 'Key in' sahaja angka, automatik jumlah semua telah di setkan dan akan di kira sendiri.
Bos : Pinjamlah perisian itu, pasang di komputer kita.
Aku : Perisian itu di beli dan telah di letakkan kata laluan. Tidak boleh di gunakan oleh orang lain. Lagipun pejabat kita hanya mempunyai 15 orang staff sahaja. Di pejabat lama lebih 100 orang.
Maksudnya di sini Bos aku mahu kerja mudah. Satu lagi contoh bila dia nampak aku menaip dia akan tanya.
Bos : Kamu taip borang apa?
Aku : Semua borang-borang cuti, surat rawatan hospital, surat pindah keluar, semualah! Saya mahu letak dalam 'pen drive'. Tidak perlulah bila tiap kali mahu, kita buat salinan dan tulis tangan. Tulisan dari komputer lebih kemas.
Bos : Pejabat lama kamu dahulu macam itu ya?
Aku : Semua dalam komputer. Mahu guna, taip dan salin keluar.
Bos : Kalau macam itu pergilah sekejap ke pejabat lama. Bawa 'pen drive' simpan sahaja. Tidak perlu taip lagi.
Aku tidak suka bergantung kepada orang untuk kesenangan sendiri. Kalau boleh buat, kita buat. Usaha sedikit. Mungkin bila kita minta tolong orang ianya nampak mudah dan cepat. Tapi ianya bergantung kepada keperluan. Jika tidak perlu usah meminta.
Ianya macam peminta sedekah. Punya kudrat dan tenaga. Masih boleh berjalan ke hulu ke hilir tetapi hanya membawa mangkuk dan sedikit ekspresi muka sedih mengharapkan ada sumbangan yang melimpah ruah.
Aku bukan Nobita. InsyaAllah tidak mahu jadi seperti Nobita yang terlalu bergantung kepada orang lain dan tidak mahu berdikari. Bukan tidak pandai tetapi tidak mahu!
Kamu Nobita?
Nota kakitanganku : Tapi Nobita juga comel!
40 kUs-kUs:
hmm comel ker nobita tu? lagi comel upin n ipin.. ngeh ngeh ngeh..
mana2 borang yg aku create masa kt opis lama mmg aku simpan salinan dlm pen drive..sekadar rujukan sekiranya company baru x ada borang2 tersebut..
bos ko tu yg nobita tedi..ke dia giant? hahaha..
saya DORAEMON...mcm2 ada...
hehehheheh
ang ang ang
doraeeeeeeeeeeemom....
heeeeeeee
of cos i bukan nobita, doremom pun bukan, hehheheh..
yang pasti, kamu telah ingatkan i tentang income tax
huwaaaaaaaaaaa..
naper slip gaji i bulan ni rm72 untuk pcb?
ishhhhhhhhh...
tak leh pakai city lagi la weh
huh!!
doraemon lagi comel hehehhe
fuhh..dahsyat la cik tedi ni bila berkata2..btl tu cik tedi saya sokong..
kadang2 dalam x sedar bila kita nak sesuatu dengan cepat pasti kita akan sebut...bestnya kalau de doraemon..
doraemon tu katun...sakit hati bila nobita selalu harapkan doraemon :p
bukAN nobita, bukan doraemon juga
x mau..
nobita selalu kena buli..
nobita asyik x pikir panjang..
x mau jadi nobita..~!!
gituu lah nobita kan?? nak senang jerp-sabo byk2 yep.be fab! ;D
saye minat anime naruto!
Aku suka tengok Giant..
sy GIANT...
tmpt yg NOBITA slalu takut nk g...
hahaha
nobita xde, cite doraemon jd xbest.hehe
huhu..
memang nobita comey..
kiuut..
akak memang saya salute.
klu sy da lama kowt p amek..
ada masalah skit belakang klu lama2 kat lappy..
muahah
huhu..
memang nobita comey..
kiuut..
akak memang saya salute.
klu sy da lama kowt p amek..
ada masalah skit belakang klu lama2 kat lappy..
muahah
amboi nk keje sennag je yer..semua nak minta kat org..tedi sangat bagus..buat sendiri jer..
dah lama xlayan cite doraemon...
x mo jadi nobitaaaaaaaaa
Jadilaa Sizuka.
sabar je la kak tedi
:)
nobita mmg comel
aku adalah giant yang suka buli orang hahahahhaa
taknak taknak aku nak jadi sizuka yang chomellll
ya betul tu;)
kalau dalam private sector we call it lean manufacturing what ever work yang kita boleh reduce masa dan improve the process kita buat. dalam kamu punya kes if ada system yang boleh memudahkan kerja dan menjimatkan masa ianya harus di gunakan. dan masa yang di jimatkan itu bolehla di gunakan untuk buat benda lain.
dalam erti kata lain, kebiasan mereka dalam private sector amat pentingkan keberkesanan dan masa. sebab tu ramai mereka yang dalam private sector membuat lebih dari satu kerja dalam satu masa.
pada pandangan aku bos kamu ingin memudahkan kerja kamu.
Tedi jadilah GIANT! die kuat! hehehehehehhe kuat menyakat .... along tau tedi boleh, ignore kan jer ape c bosss tu... kita bagi dia mudah, dia nak remeh² plak
saya tak kenal nobita (smbil angkat tgn ni).........sy kenal shizuka jer..hahah
bagus.. Macam ni baru bleh maju.. bukan nak harap orang je kan.. =)
klu ada doraemon kan best..hehehe..
opis kite ada manager yg dh senior citizen..umur dah 68 cmtue kut..tak pernah buat keje gune komp2x ni..sume done by die nye tulisan manually..slmt tulisan die cantik..so boleh dimaafkan..hehehe..
kRina ni cam Doraemon. Suka buat sendiri. Apa nak sumer mintak kat kita..tangan2 tak main..hehe
kita dah create pastu jadi harta.. kita buat bersengkang mata..dah siap jd& byk info ;orang ambik cam mak-bapak dorang punya...eh..sensitif lak..
tak salah nak guna utk kepentingan co.tp orang kata ambil bahasa sikit ..ye tak?
yang penting tedi, aku bukan sunio.
eheh...
Hmm... eloklah fikir gitu. Setengah orang memang suka cari kesempatan. Nak senang je....
tEDl...Nobita takpe...comei...kalau Doraemon...kepala besau...hahaha
xske nobita..ske mtk tolong doremon.xnk usaha sendiri lgsg.pastu ske wat masalah ;P
jd la doraemon.. comel jg
aku ibarat doremon!
hahaha ye kerk?
Kita pn suka taip simpan... lepas tu org kemudian senang.... copy je... tahun depan ringan sikit keja....
saya juga tak mahu jadi macam nobita.. huwaaaa.. (TT__TT)
tapi ending cerita, nobita jadi pandai ouh.
;p
hmmm... tak tengok ag ending nobita.. huhu
Hmm is anyone else experiencing problems with the images on this blog loading?
I'm trying to determine if its a problem on my end
or if it's the blog. Any feed-back would be greatly appreciated.
My weblog - nba
Post a Comment