Aku jenis yang pendiam. Okey! Pemalu juga! Serius! Ini amat ketara. Kalau jalan tunduk sahaja. Macam pengantin perempuan yang sedang berjalan untuk mendapatkan pengantin lelaki! Ceh! Sila percaya dengan sepenuh hati!
Okey! Ini sebetulnya. Pendiam dan pemalu! Tapi aku tidak hipokrit. Bukan bererti aku berhuha lebih dalam blog di luar pijak semut pun tidak mati. Kata orang ' Kau dalam blog bolehlah! Cakap macam bertih jagung!!' Cakap? Menaiplah!!
Tidak! Secara semulajadinya aku memang pendiam. Susah untuk memulakan bicara. Kenal atau tidak memang aku akan senyum lebih. Cakap tidak. Macam ada berlian dalam mulut. Takut nanti bila cakap, tersembur keluar.
Aku lebih suka duduk memerhatikan orang. Melihat gelagat manusia. Mungkin sebab aku tiada sahabat karib yang boleh aku bercakap tanpa henti setiap hari. Hidup aku adalah definisi sunyi. Definisi ringkas dan tidak padat. Tidak perlu terkejar-kejar atau gelabah.
Ada perkara aku bercakap. Ada perkara aku diam seribu bahasa.
Mungkin nampak munafik kerana di sini aku rajin menaip. Rajin bercerita dan rajin berkongsi rasa dengan kamu semua. Namun di luar aku sebaliknya.
Tapi itu kenyataan hidup aku!
Aku memang payah untuk berjumpa kawan yang baru aku kenali. Maafkan aku andai ada yang terasa dengan sikap ini. Payah untuk memberi nama. Payah untuk memberi nombor telefon. Payah untuk berYM. Ber'fesbuk' segala.
Jika ada yang pernah berYM itu tahulah. Aku tidak akan lama berborak. Maaf! Kadang-kadang aku akan jadi mati kutu. Aku memang bukan jenis yang 'mesra' alam. He he he...
Kamu macam akukah? Atau sebaliknya?
Di dunia blog sama seperti luarnya, atau menjadikan blog sebagai medium seperti aku untuk belajar berkawan dan bercerita?
Nota kakitanganku : Yang penting jujur!

28 kUs-kUs:
malu malu kucinh eh???
:)
takper berdiam itu lebih baik daripada suka bercakap sampai tak perasan telah menyakitkan hati orang kankankankan
Betul..yang penting jujur - radja :D . Diam x bermakna kita sombong kan Tedi?... Kadangkala, kita diam hanyalah untuk menjaga hati orang lain atau jugak kita x ader modal..ngee. Tapi manusia skrg ni...kalo kite x tegur atau ape ker..in 1 minute they judged us with sumbonk...hish! aku memang benci betul orang camtu.
biasanya orang yang pendiam nie merbahaya hahahaha
hhuuhuh.
tape tedi,,
aku pun diam apa.
hehehehhee
pendiam ke??Waaaa..x serupa ngan gaya penaipan..siyes
kadangkala diam itu adalah lebih baik
:)
aik..
tak pernah sarapan?
aku dlu pn pendiam gak tedi.... pastu tah cmne kena pnyakit apatah, skrg ni aku jenis byk bercakap... pesal tah.. aku dh cuba kwal bg jgn bnyak berckp, tp still nk bercakap juga... ishhh tak paham btul aku... haha
sana la kita...
diam x bermakna kita sombong..
kdg2 org salah tafsir ngan personaliti kita dan x pernah cuba memahami kita.
sama mcm sayelah!
yuki pendiam, pemalu yang amat, tak bercakap banyak,ntah..hehe. Macam tedi jugak
menulis jer la satu cara yang buat yuki rasa dapat bercakap sikit..huhu
T.T
T.T
yezza! jujur itu penting! sama r ngan along, if ada orang yg along baru krnal, nak jumpe agak payah sikit [malu i :]
Salam Tedi....Blog is better dari YM, mukabuku...and other OL contact...sebab walau pun Akak ni peramah juga...in person..yet I need the space and time...to chat is not my kind of agenda...in mind!...sejak kenal Tedi...Akak rasa serasi maybe sebab malu2 Jello & Tomei campur Malu2 Dak Utih...kita ada keserasian tu ...the rest..just be ourself...and respect each other!!!
oh..pemalu ye tedi ni..dee lak ramah tamah..org gemini..mmglah talkative..
mcm mana dee kt blog..gitulah dee di luar..sama je..xde beza..
Akak,
JB mali pun talak sombong munye...
mcm xcaye aje!
macam kucen la ea kak? hoohoho
hihi,,tul ke nie..tp niesz tgk cik tedi cam riang ria je..ehe..xpe2..pemalu tu bgus tau..but jgn malu sgt..kang org pelik lak..
sbb niesz pnh ade kwn..die ni nk kate pemalu xsgt la..sbb ngn laki ley lak die borak2..nk kate gedik tu boley la..hahhaa..jaht tul niesz nie..ye la..manjesemacam je ngn laki..geli tul..kan berdosa memanjakan suare bile berckp ngn laki..tul x???
aku itu bukan sombong...
aku skrg YM sebab ader mende penting nak tunggu..kekadang nak tunggu file send ikut YM..tp kalu ada member ngah online, kalu bz sgt aku akan tulis , Busy...
kita pown sebenarnya pendiam dan pemalu...tapi itu bagi mereka yang baru QIef kenal...klu yang dah lama kenal tu mmg tahu akan telatah Qief berceloteh....lagi satu pendiam akak adalah lebih baik berbanding dgn orang yang suka berkata2 kosong....
saya ni banyak cakap tp sy sbnrnya pendiam....
ha mcm mn tu???
hehe
hohohoho;)
malu2 kucing eh..
diam2 ubi berisi la ni;)
alam flora.
ehhh.
aku pun pendiam.
sile percye!
tedi iva masa sanding dok kat pelamin...xdapat nak tunduk sebab muka kena tutp ngan kipas pengapit...atas pelamin senyum+sengih..gatai..hahahaha...
xkesah yang mane2 pon..yg penting hati mau bersih sudey...
ted}..kiter bagi email pada kamoo..kamoo tak baca ker??? :(
hehe tgk pada keadaan..kdg2 mulut aku non stop x henti2 bercakap..
kdg2 senyap seribu bahasa..tp aku suka ketawa ehe
hakhak...dlm ke luar blog ke mmg dh sah2 sy nih bnyk ckp...hahaha
Emm..tedi.
raseY kt pn mcm ko kot..
tp if da kenal n jadi kawan baru la ramah..
cuz..even kat cni..ckgu2 klo berym dgn kt pn..dia ckp bkn main lg..ble ym..mcm bertih jgung..
tp ble bsmuka..senyap n xbkata ape2..
maybe sama ckit2 kot.. ;)
Post a Comment