Pagi-pagi lagi aku sudah kena tadah telinga. Bukan untuk di tarik tetapi untuk mendengar. Kalau dengar lagu keroncong ke hip hop ke aku boleh tahan lagi. Tapi perlu mendengar bebelan di pagi-pagi hari. Aduhai!!
Sejak sudah jadi 'akrab' dengan Bos ini, asyik mahu berbual sahaja. Sampaikan dia di bilik dia, aku di bilik aku masih juga di mahu ber'pot pet pot pet'. Aku layan kan sahaja.
Pagi ini dia membebel pasal satu surat yang kami terima. Lebih kepada surat arahan untuk menjimatkan kos KPM dan JPM. Dia mempertikaikan tuntutan perjalanan yang tidak boleh lagi dia buat.
Contohnya untuk ke bank. Pegawai di bawah seliaannya yang perlu pergi bukan dia jika melibatkan amaun yang kecil. Bagi aku senang sahaja. Kalau kau mahu pergi, pergilah. Tetapi tidak boleh tuntut perjalanan.
Tuntutan perjalanan bagi aku hanya 'bonus'. Yang penting kerja. Bila akhir tahun lepas tuntutan perjalanan sudah tidak boleh di hantar untuk bulan Disember, aku tetap keluar jika perlu.
Bos mempertikaikannya. 'Mengapa awak mahu ke AG. Jauh. Tuntutan perjalanan tidak boleh buat lagi?'
Bagi aku, jika apa-apa yang ingin aku hantar itu penting. Perlu berjumpa dengan pegawai dan beri sedikit penerangan, aku suka pergi sendiri tanpa minta Pakcik PRA tolong hantarkan surat. Tidak dapat tuntut pun tidak apa. 'small matter' orang kata.
Petang ini aku mahu ke PPD, dia sudah pesan ' Tolong tanya Unit Kewangan pasal ini ya? Betul ke GB sudah tidak boleh keluar langsung ke bank?'
Aduhai... Satu kerja 'puleekkk'....
Nota kakitanganku : Mata duitan!
19 kUs-kUs:
boss ko mesti slalu tipu surat..amik surat cikgu, pahtu buat claim untuk dier, pahtu mula ah cikgu yang sepatutnye buat claim..sangkut..aku slalu gak ni kene dolu masa skolah..
pehal boss ko ni bising bebeno ..dier x reti ke tahun ni tahun perjimatan..aigooo..
ooo dia merungut sbb dah xboleh claim lah yer..yelah kalu xboleh claim xdptlah dia buat 'jahat' kan..he he he..
kdg2 ade yg claim bnda yg xmunasaabh n claim benda yg xde, dia ada2kan...
tuntutan menghantar borang tuntutan... sampai bila pun tak habis tuntut!!!
heeeeeee
semua jabatan2 kerajaan kena cut cost dowww...
mesyuarat2 kami hanya boleh ada makan minum kalau bersama2 pengarah sahaja, kalau tidak, sila suruh pengerusi itu belanja, ekekkeek...
bos i selalu belanja pun, kuikui..
nak out station pun, kena kurang2kan orang. jangan lebih 2 orang dan macam2 lagi arahan dah keluar.
so, kerja sahaja di makmal2 dan bilik masing2. cari info dalam tenet sudah, grrrrrrrrr
Salam Tedi....biarlah...selagi boleh tadah..tadah jer lah...ni dah habis sebulan..ada 6 bulan lagi....dah tak lama dah tu....nanti rindu2an pulak!!
sabar je la tedi oii
bgos la sis nih..tak berkira sgt..ptot la leh kamceng ngn bos..hehehe
napalah GB ko sibuk nk jd despes? ko tukar jelah jawatan dia tedi..despes jd GB..dia jd despes..
hai la hidup...entah la tedi oiii.akak tak penahnya buat klaim perjalanan...susah..lambat nak dapat balik duit kita......
3 tahun keje sini..stiap akhir bulan, kite kena g store..tapi tak pernah claim pun..malas..sbb nek motor je..minyak pun tak luak..hehehe
bos..bos..gaji besar pun, bising psl claim gak ke..huhuh..
sabar je la kak tedi
:)
smoge hepi slalu
kekadang dalam pekerjaan kita perlu ada redha skit.. tak perlu berkira kan baru rezeki dapat lagiii banyakk..
ishhhh
sabaq tedi,,,,,,,,,,,
ko potostat duit kertas
pastuh bagi dia..
Hari selasa depan mailage keluar.yeaho0oo!..
ape kate lepas ni ko pulak cari point membebel kat dia.mesti dia serik nak bebel ko lagi pasni.hehehe
haishhh cian kamu dapat bos mata duitan.
keja maho ikhlas.
baru seronok aite?
selamat bekerja si tedi!
cis bos mu itu
mata duitan
kerja maladuit nak lebih
hai kak tedi ^^
sabau je la...anggap je orang tu tengah nyanyi hi3
sabar je la..adei
Post a Comment