Sebelum ini Guru Agama di sini adalah yang jenis 'Beredar'. Maksudnya, 3 hari di sekolah sana 2 hari di sini. Masa mengajar adalah terbatas. Satu waktu terpaksa ajar 3-4 kelas sekaligus. Memang murid tidak ramai. Tidak sampai 20 orang tapi Ustazahnya memang terkejar-kejar juga. Sebabnya lain darjah lain modul pembelajaraanya.
Tahun ini Ustzah Wan dapat bertukar mengajar sepenuh masa di SK. KPM telah menghantar seorang guru lelaki lantikan baru. Mengajar sepenuh masa dari Isnin hingga Jumaat. Tetapi waktu mengajarnya tetap sama. Contohnya satu waktu mengajar darjah 4,5 dan 6 sekaligus. Murid anggaran dalan 11-13 orang. Mereka akan berkumpul di perpustakaan.
Aku pernah bertanya kepada GPK 1 tentang ini. Katanya murid tidak ramai, ajar sekali senang. Dapat singkatkan waktu. Guru agama ini boleh mengajar subjek lain pula. Aku diam. Aku hanya PT. Siapalah aku untuk bersuara.
Tetapi Allah itu Maha Mendengar.Semalam 2 pegawai dari Unit Pengurusan Pendidikan Islam datang. melihat jadual waktu mengajar guru agama. Mereka meminta jadual waktu di rombak dengan meletakkan setiap waktu bagi setiap darjah. Tidak boleh mengajar sekaligus. GB banyak alasan. Murid tidak ramailah. Itulah. Inilah. Walhal kalau di rombak bukan dia yang buat tetapi GPK 1. GPK 1 nampak lebih 'cool'.
Bagi aku walau seorangpun murid Islam di dalam kelas, dia tetap punya hak untuk mendapat waktu penuh pembelajaran. Bukan hanya 10 minit sahaja seperti sebelum ini.
Mungkin ini sekolah cina. Mereka semacam menganak tirikan subjek Agama dengan membuat jadual waktu begitu.
Aku tidak arif. Aku bukan guru. Aku hanya melihat dengan mata kasar sahaja.
Mungkin kamu punya pendapat sendiri.
Nota kakitanganku : Kalau subjek lain memang bermatian mereka pertahankan.
22 kUs-kUs:
memang tak patut dan tak adil..Budak2 tu bukan blajar free2 je..
MEMACAM HAL SEKARANG NI
em
nape jd cmni eyk
wal hal nak mengajar ilmu Tuhan
sekolah agama lak tu
:)
ko bukan cikgu?
Semua kes dan hal seperti inilah yang menjadikan KPM jg yg bermasalah...pokoknya peraturan telah ditetapkan, memandai aje GB tu..apa kata kita tukarkan dia...
p/s: Tedi, kalau ada isu/aduan yg hot-hot blh kemukakan...
pada pndangan beta la kan...
huiisshhh tak baik la buat lagu tu... kesian la kat cg tu sama, kat murid pun sama...
diorg bukan belajar syllibus yg sm..
no matter la SK ke, SJK cina ke..
hak tetap hak..
kan.. kan..
saya x suka.,
bca pun x suka.
x patut r.
sebab kita negara islam leh still bg kemudahan kt dorang,
napa boleh wat cmni kat kita orang islam?????
ALLLAHUAKBAR
Memang tak patut.... mereka juga ada hak!
SETUJU
belajar ramai2
macamana nak pastikan betol2
membuat penerapan
dan secara holistik
GB tu memandai-mandai plak buat camtu, pehal..???nyusahkan orang je..
aku setuju ramai atau tidak anak murid cara pembelajaran mesti sama
setuju ngan ko tedi..x baiklah dianaktirikan walau subjek tu bukan main subjek mcm english or maths..nak2 subjek agama kt sekolah cina..bagus gak GB tu kena sekali sekala..hehehe..
Salam Tedi...Akak pun setuju....! Nape lah GB tu teruk sangat!!!Nak Akak gantikan dia tak???guru tempelan....!ooo GT tak sama dgn GB kan!
PT tu apa erkk hehehe sorry tak tau
PT tu apa erkk hehehe sorry tak tau
jika kita berusaha seikhlasnya untuk Dia, Allah akan membantu kita semula. itu yg saya pegang
bgus la mcm 2...agama kita slalu dianak tirikan di mana2 pon...padahal kita duk dlam negara islam...
eiiiii....sy geram kalo jdi kt sy tau...mau sy report trus ke PPD...hak kta tuk mngajar subjek tuh dgn sepenuhnya...dh laaa xramai, pahtu nk sesuke je singkatkan waktu agama...
mcm dasar discriminasi lak
memang pelikkan.. subjek agama.. di pandang sebelah mata aje.. owh dunia makin tiba ujungnya..
diskriminasi betol.
sekolah cina memg begitu..
dulu mase aku sekolah rendah..
waktu kelas agama hanya ari isnin dan setengah jam sahaje..
memang tak patut bg kite org islam..
tapi bagi mereka??
Post a Comment