Sunday, January 31, 2010

H|na NABI : MenGaPa T|aDa yanG MenuL|s? T|aDa sEraNGan? T|aDa kUTUkan? T|aDa PerBalaHan? T|aDa LapoRan PoL|s? D|am 1000 BahaSa!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:01 PM
Photobucket

Bila AdukaTaruna (AT) menulis di blognya mengenai kemangkatan Sultan Johor dengan menggunakan bahasa kesat dia di dakwa sebagai satu penghinaan dasyat. Di kecam begitu hina sekali bagaikan dia melakukan kesalahan murtad. Berpuluh-puluh laporan polis di buat. Beribu desakan agar dia di kenakan hukuman tidak kurang juga minta dia di sumbat ke ISA. Tidak perlu aku huraikan kerana kamu boleh melihat dan membacanya sendiri di blog beliau. Betul! Yang salah tetap salah dan yang benar tetap benar. Dia kini sudah menerima sebahagian kesan daripada tindakan penulisannya itu walaupun mahkamah belum membuktikan yang dia bersalah atas dakwaaan yang di kenakan.

Catatan Facebook di atas dan penulisannya aku baca di laman blog wartawan Mazidul Akmal Sidik. (MAS) Sudah juga meminta izinnya untuk menulis di sini. Kamu boleh membaca sepenuhnya di sini.

'Entry-entry' susulan pula kamu boleh baca di sini dan di sini.

Apa yang boleh kamu katakan tentang 'perbualan' dua budak-budak di atas? Ada yang mengomen 'Maafkan dia. Dia sudah cukup menderita'. Menderita? Ada yang mengomen, ' Maafkan dia, dia sudah memohon maaf dan menarik balik tulisannya'. Semudah itu. Sama pula dengan kes AT. Tetapi yang tidak samanya seorang lagi itu sudah di heret ke mahkamah.

Ada yang kata 'Dia bukan Islam. Kita perlu ajar mereka tentang ini'. WTH! Mereka bukan kanak-kanak berumur 6 tahun. Mereka sudah dewasa dan boleh berfikir. Mereka sudah tentu sedia maklum tentang kesan dan sensitiviti sesuatu perkataan yang bakal mereka taip.

Sayangnya tulisan mereka ini tidak mendapat perhatian seperti mana ratusan ribu manusia yang menghentam AT. Oh! AT lebih beruntung kerana mendapat publisiti yang amat meluas. Popular sekelip mata. Trafik ke blog melambung jadi luar biasa.

Ini bukan soal perkauman. Bukan soal perbezaan agama. Aku hormati agama kau, kau hormati agama aku. Jangan kerana nila setitik, jangan kerana marahkan gereja di bakar, rosak susu sebelanga, semua kau mahu amukkan sehingga Nabi Muhammad S.A.W junjungan kami, kau babitkan.

Aku juga marah bila gereja di bakar. Kerana tiada dalam Islam mengajar kami melakukan perkara itu walaupun kami berada dalam keadaan marah tentang penggunaan Nama Allah S.W.T di gereja. Tidak semua kami berfikiran melulu. Tidak semua kami mengambil jalan mudah untuk menunjukkan ketidakpuasan hati tentang sesuatu. Walaupun tindakan membaling atau meletakkan kepala babi di masjid kami, memang tidak dapat di terima dek akal tetapi kami masih percaya kepada Kedaulatan Undang-Undang negara.

Kamu dan aku memang berbeza pegangan agama. Namun apa yang kita dambakan untuk keharmonian dan kesejahteraan negara adalah perkara yang sama. Oleh itu, jangan sesekali kamu cuba menyalakan mancis untuk di cucuh ke daun kering!

Aku cuma tertanya-tanya kemanakah perginya ratusan ribu 'pejuang negara' yang mengutuk AT bila di bandingkan dengan kes hina Nabi Muhammad S.A.W ini?

Nota kakitanganku : Oh! Kamu berdua memang bernasib baik!






48 kUs-kUs:

1Malaysia Online 2014 on January 31, 2010 at 2:11 PM said...

Apa tindakan penulis blog pula, bila mengetahui perkara ini??

myQza on January 31, 2010 at 2:17 PM said...
This comment has been removed by the author.
myQza on January 31, 2010 at 2:18 PM said...

aku menulis nescafe ais. aku ambil salah satu pendekatan! kerana aku bukan salah seorang dari ratusan ribu yang mengecam AT!

Kamu pula? Sudah baca?

1Malaysia Online 2014 on January 31, 2010 at 2:28 PM said...

Pendekatan yang macam mana? Tolong beri pencerahan.

Ya, gua dah baca entri AT. Gua juga ada menulis berkenaan AT di blog gua. Tapi tak adalah sampai gua mengecam AT. Sekadar pendapat gua sahaja.

Adakah hanya kerana penulis blog tidak mengecam AT, maka penulis berhak bersuara memprovoke orang lain supaya mengecam pula mereka yang menghina nabi Muhammad.

Sekali lagi, apakah tindakan penulis setelah mengetahui perkara tersebut?

Kalau nak di ikutkan, banyak lagi benda-benda yang sama yang di tulis di Facebook. Dari hal hina nabi dan hina islam.

sharamli on January 31, 2010 at 2:43 PM said...

0rang2 kita cepat melatah sgt k0t..

myQza on January 31, 2010 at 2:44 PM said...

aku menulis untuk memberitahu orang lain bahawa berhati2 bila menulis. kamu perlu membaca entry aku sebelum memberi komen.

aku tidak aktif di Facebook dan aku tidak punya masa untuk membuka facebook untuk semata-mata mencari mereka yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. dan juga Islam.

Di sini 2 perkara yg berbeza. Hal AT dan hal Facebook ini.

Adakah tulisan aku berbentuk provokasi?

Okey!! Jom semua.. kita belasah budak2 orang ini. Kita buat laporang polis. Mari ramai-ramai!! Itu aalah ayat provok dan ajakan secara rombongan membuat laporan polis.

Aku cuma hairan, Sultan memang pantang di cabar, jika di cabar berpusu2 org membuat laporan polis. bagaimana pula dengan Nabi Muhammad?


Seperti soalan kamu tindakan aku, aku mengambil tindakan menulis tentang ini. MENULIS.Aku tidak mengambil semua pendekatan.

Kamu perlu baca entry aku dari huruf pertama hingga nokhtah terakhir. Aku cuma bertanya mengapa?

Mana perenggan ayat aku yang di katakan provokasi? Minta di buat laporan polis?? Minta kutukan? Minta perbalahan?

Aku tidak meminta. AKu cuma bertanya. Ada tanda soal di situ.Mengapa tiada semua itu.

Tie said...

Kerajaan kita ni, bila ada orang mempermainkan ugama kita (terutama oleh non-muslim), masih lagi takut-takut untuk ambil tindakan, takut dikatakan terlalu radikal..kononnya bersederhana.

Sebab tu makin menjadi-jadi kejadian menghina Islam dan nabi kita. Tapi bila bendera Malaysia atau Raja dihina, atau agama lain diganggu atau dihina.. laju je buat tangkapan.
Kerajaan terlalu sibuk mengambil hati orang lain, hingga tak sedar kepala kita dipijak. Kak tie dah lama sedar.. bila kes AT tu sibuk disiarkan... sedangkan entah berapa buah blog (termasuk facebook) telah lama menghina agama kita..

myQza on January 31, 2010 at 2:55 PM said...

kaktie,

itu yg cuba saya terangkan. mengapa ada jurang di situ. Mungkin ada yg silap mentafsir tulisan saya.

Mungkin semangat 1Malaysia terlalu tebal kaktie.

diden[+] on January 31, 2010 at 3:16 PM said...

huhu sedihnya ini pulak apa yang ak dapat kongsikan >> http://seniaku.blogspot.com/2010/01/jangan-menghina-islam.html lagi teruk dari apa yang disangka

Ben Ashaari on January 31, 2010 at 3:22 PM said...

itulah perbezaan umat islam dengan yang bukan islam...umat islam percaya pada hari akhirat....mereka ? mereka hina Nabi junjungan kita , biar saja Allah membalasnya..

Kena fikirkan kepentingan negara...bukan kerajaan takut tapi cuba fikir , perkara remeh sedemikian boleh mengundang malapetaka pada negara ...sanggupkah kita hidup macam di negara negara yagn sedang berperang ? hidup dalam ketakutan...kita tau mereka menghina nabi kita tapi sedarkah kita , sebenarnya ramai lagi umat islam secara terang terangan menghina agama mereka sendiri ? apa tindakan kita ??

Orang kafir sememangnya jahil bab islam....kita yang dilahirkan islam ni pula bagaimana ?

Kena ingat...AT tu hina sultan...tak kira sultan mana sekali pun ...bukan apa...kita ,orang melayu berpayung dibawah sultan....sebab ada sultanlah kita masih lagi hidup mewah di negara kita sendiri...cuba tengok singapura ...indonesia ....sapa yang hidup mewah ??

Sultan ketua agama dalam negara kita..kalau orng melayu sendiri yang kurang hajar pada sultan , cuba bayangkan bangsa lain ? apa yang bakal diorng boleh laku kan ?

Fikir fikirkan lah..

wanita mutalib on January 31, 2010 at 3:28 PM said...

susah sekarang kan..
salah tulis skit dah kena..
padahal msg yang ktier nak sampaikan mmg simple..
cuma mungkin cara pemahaman masing2 yang memutar belitkan keadaan..

ttg facebook tuh..
sejak te masuk te dah tgk mcm2 perkara...tuduh menuduh..kutuk mengutuk..

tapi isu yang ted| ketengahkan nih,..baru lagi..te tak pernah terbaca lagi dalam FB..

:)

myQza on January 31, 2010 at 3:34 PM said...

Ben Ashaari :

Kesimpulan yang dapat aku ambil dari komen kamu ini :

Bila orang bukan Islam menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W adalah perkara remeh yang perlu di biarkan dan Allah sahaja yang akan membalasnya.

Kepentingan negara di utamakan supaya tidak timbul malapetaka.

Saudara Ben..
Bila perkara remeh itu di pandang sepi... orang bukan Islam akan membuat kesimpulan.

'Oh! Tidak apa. Hinaan ini tidak memberi kesan apa2 kpd Orang Islam!!"

Aduhai! Makin rancaklah mereka menari dan berjoget mempersendakan kita!

MasyaAllah..

Orang Islam sendiri yg mempersendakan Islam itu adalah perkara berlainan dengan apa yg aku cuba tuliskan di sini.

Ichigo on January 31, 2010 at 3:41 PM said...

Ichi sangat setuju dengan perkara ni, mmg sepatutnya sensitiviti agama dielakkan sama sekali. Susah juga kalau dah pandai sangat menulis tp xpandai nak guna akal..

Unknown on January 31, 2010 at 3:42 PM said...

fesbuk kekadang dah macam2..

Ben Ashaari on January 31, 2010 at 3:52 PM said...

cuba rujuk balik sejarah nabi.. : )

bagaimana mereka nak hormat orang islam di malaysia sedangkan ada orang islam sendiri tak hormat agama mereka sendiri ! sapa kata berlainan ?? semua itu berpunca dari situ..mereka naik lemak disebabkan kelemahan kita sendiri ..kita sendiri tak nak bersatu..membangunkan maruah agama islam di malaysia...

Sila rujuk sejarah nabi....cari ..kaji....

JMR on January 31, 2010 at 3:59 PM said...

setuju sis..

nape dgn AT pelbagai kecaman dia dpt, tp bila statement mhina nabi, kita wat tak port je..

dunia sudah terbalik..;-(

Unknown on January 31, 2010 at 4:06 PM said...

salam tedi~

aku xnak beri komen apa mngenai hal2 yg brkaian ini.. bkan brmkna aku sokong d seblah phak n d sblah pihak lg aku bntah.. tp mcm aku kta td, aku xnak komen apa2 mngenainya..
apa pun aku hrap smua bnda nie akn abis cpt... :)

Rara on January 31, 2010 at 4:07 PM said...

hey,kurg ajar gler..snsitiviti islam tu beb..jgn ckp ikut sdap mlut jer..otak ad pk..ble hal AT kcoh bukan main..tp kaitkn dgn islam,msing2 buta mata hati..! ptot amik tndkn dkt bdk2 tu..bg pngjaran..

rosnanie on January 31, 2010 at 4:09 PM said...

salam
tedi, teruskan perjuangan, masih ramai yang menyokong

berpesan2 lah ke arah kebenaran

myQza on January 31, 2010 at 4:11 PM said...

ben ashaari :

ye .. naik lemak kalau kita anggap perkara itu remeh juga!!

Terima kasih atas pandangan. InsyaAllah saya akan kaji Sejarah Islam.

Harapnya tidak berjumpa perenggan yang kata menghina Islam dan Nabi itu perkara remeh. InsyaAllah..

Terima kasih!

Ben Ashaari on January 31, 2010 at 4:15 PM said...

“Maka (fikirkanlah) adakah orang yang dihiaskan kepadanya amalan buruknya (oleh syaitan) lalu dia memandangnya baik, kerana sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan dia juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Oleh itu, janganlah kamu membinasakan dirimu (Wahai Muhammad) kerana menanggung dukacita terhadap kesesatan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka kerjakan” ( Surah al-Fatir, ayat 8).

myQza on January 31, 2010 at 4:17 PM said...

ben ashaari terima kasih.

Tetapi aku masih tidak setuju ini adalah perkara remeh seperti kata kamu.

maafkan aku!

ckLah @xiiinam on January 31, 2010 at 4:19 PM said...

Sebagai orang tua, pandangan saya adalah;

Penuhkan ilmu di dada.....
Agar tiada yang pincang bicara...



Saya juga ada mengulas tentang isu itu...
Bukan Sultan yang jadi fokus saya...

Tetapi 'sikap biadap' pemuda harapan bangsa itu....yang telah mulai hilang jati diri dan lupa akar umbi! Yang entah bila kali terakhir melafaz ikrar Rukun Negara dengan penghayatan....

Kenapa MAGERAN meletakkan 'Kepercayaan Kepada Tuhan' sebagai para pertama dalam Rukun Negara...?


Sekadar kecam mengecam...kita tidak akan ke mana-mana....Wallahu'alam.

Suraya I. on January 31, 2010 at 4:27 PM said...

i can never respect ppl yg x respect agae org laen even org tu muslim skali pun..
tp org yg ckp nabi muhammad as B*** muhammad tu mmg celaka.

sy x tau psl bnde nh..bile bc post kamu br tau hehe

Kak anie on January 31, 2010 at 4:53 PM said...

tEDl...memang sepatutnya kerajaan mengambil tindakan pada mereka yang menghina Rasulullah s.a.w....

Jangan biarkan perkara itu diperlekehkan...

tEDl...akak baru tau pasal ni bila membaca entry tEDl...

Okay...akak nak pi baca artikel2 yang tEDl link kan itu...

Unknown on January 31, 2010 at 5:02 PM said...

Salam tEDi. Allah pernah mengingatkan kita supaya jangan menghina tuhan orang lain (membakar gereja merupakan satu cabang penghinaan) kerana dikhuatiri mereka akan menghina Tuhan kamu. Dalam hal ini, orang yang membakar gereja tak semena-mena termasuk dalam golongan kita, meskipun orang-orang seperti ini sepatutnya dikerat kemaluan mereka kerana sikap pengecut "membaling batu sembunyi tangan". Siapakah mereka? Wallahualam.

mamai on January 31, 2010 at 5:09 PM said...

kerana pada mereka nabi tidak mendatangkan sebarang keuntungan dari segi politik

ONE ZABA on January 31, 2010 at 6:13 PM said...

sokong mamai....

Wanie-san on January 31, 2010 at 6:44 PM said...

Aku pon tidak sokong dengan ben ashaari tentang beliau mengatakn ini hal remah..beliau tidak takutkah islam kita dipijak?Kita perlu hormat agama laen..kristian marah apabila gereja di bakar..Kita pun marah apabila surau n masjid diletakkan kepala babi...Kalau bukan kita yg pertahankan Nabi dan Allah kita..sapa lgi..

Bagi aku..kita perlu hormat agama masing2..Ni perkara senstf..Kita pon marah kalau nama kita dipersendakan..
[Sori..t'pjg plak kome..]

kawie2020 on January 31, 2010 at 7:10 PM said...

kawie rasakan org kita mudah menyalahkan org lain... salahkan individu lah, kerajaan lah pembangkang lah....

org yg suka salahkan org lain sebenarnya tiada keberanian, x berani nak betulkan apa yg dilihat salah.. kalau dah ade unsur2 penghinaan pada nabi saw, terus je buat laporan polis supaya siasatan dijalan...

tedi agak berani kerana mendedahkan perkara ini walaupun diprovoke oleh nescafe ais...

yusuf mujahidin ™ on January 31, 2010 at 7:12 PM said...

bila nabi dihina...


=(

IntanBerlian on January 31, 2010 at 7:15 PM said...

itulah dia.pemimpin lagi berkuasa dari nabi? hanya kerana mereka masih didepan mata? ye kamu berdua bernasib baik.bende logik dek akal fikiran,agama len sama2 kita hormati.. dah besar,ada akal..cuba pikr baik ngn buruk sebelum berkata2..

myQza on January 31, 2010 at 7:15 PM said...

kawie : Kdg2 org tak baca entry.. tapi terus komen!

Ben Ashaari on January 31, 2010 at 7:16 PM said...

remeh sebab ada lagi besar dari tu ...tak nampak kah ?

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Seorang arab kampung kencing di dalam masjid menyebabkan orang ramai segera mengerumuninya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Biarkan dia, jangan kamu halanginya. Anas berkata: Sebaik sahaja orang tersebut berlalu, Nabi s.a.w meminta sebaldi air, lalu mencurah ke atasnya iaitu membasuhnya.

Ada nabi suh sapa sapa g pukul dia ? marah dia ?

http://www.benashaari.com/2010/01/blog-yang-cuba-pesongkan-akidah-umat.html

cuba baca tu..mana lagi besar sekarang ?

'remeh' tak semestinya tidak mengambil tahu !!!!

Ben Ashaari on January 31, 2010 at 7:22 PM said...

btw..aku tak nampak pun aku tulis 'remeh' ? aku buat sendirikah kesimpulan itu ? baca betul betul...dengan akal dan pemikiran yang bijak..bukan dengan nafsu !

Ben Ashaari on January 31, 2010 at 7:22 PM said...
This comment has been removed by the author.
Ben Ashaari on January 31, 2010 at 7:31 PM said...

mcm ni lah.....tak yah gaduh gaduh...apa kata kamu g buat repot polis memandangkan kamu yang keluarkan isu ini...satu tindakkan yang mulia yang kamu buat...ramai yang pasti menyokong kamu termasuk saya....repot polis ye...bising bising dalam blog..no...

myQza on January 31, 2010 at 7:33 PM said...

maaflah Ben,

Aku tidak punya pemikiran sebijak kamu untuk membaca perkataan 'remeh' yang kamu tulis pada komen pertama itu dan mentafsirkanya dengan perkataan lain.

Aku membacanya tanpa membuka lapisan-lapisan orang bijak seperti kamu.

aku baca perkataan 'remeh' kamu di perenggan kedua dan mentafsirkannya , ada perkara penting lain selain dari hal menghina Nabi tu.

Ben Ashaari on January 31, 2010 at 7:40 PM said...

aaa..ok ok..ada ..terlepas pandang..bagus bagus...sori..

so buat tindakan dengan segera agar tidak ada sesiapa lagi mencaci agama kita ...

bagus bagus..

[z@ck] on January 31, 2010 at 8:14 PM said...

sedih =(

Unknown on January 31, 2010 at 8:20 PM said...

apa nih??

Unknown on January 31, 2010 at 8:21 PM said...

aku dah baca 3 kali ni..entri tedi kali ni..mmm...

Unknown on January 31, 2010 at 8:27 PM said...

there's nothing wrong tedi..

Unknown on January 31, 2010 at 9:07 PM said...

Bro, selagi penulisan itu berbentuk fakta dan disertakan bukti, ok.

Pandangan manusia berbeza kerana fikiran mereka tidak sama.

Isu dibangkitkan jelas, 2 remaja terbabit menggelar 'babi Muhammad'. Mungkin kenyataan itu terbit dari pemikitan dangkal.

Apapun, pandangan berbeza dikomen ini tidak akan melemahkan semangat bro untuk menulis.

Rasanya jika tidak dimuatkan di sini, sebilangan mereka melontarkan komen juga tidak mengetahui langsung mengenai perkara terbabit.

Anggaplah apa ditulis sebagai ilmu pengetahuan, jangan kita menyalak semata-mata kerana ada orang menulis dan membangkitkan isu ini.

myQza on January 31, 2010 at 9:13 PM said...

TQ Bro MAS,

Alhamdulillah, kita menulis berdasarkan fakta dan bukti bukan macam tin kosong!!
Mungkin hanya kerana masing-masing punya pendapat dan hujah sendiri.

InsyaAllah.

Faarihin on February 1, 2010 at 3:23 AM said...

apa2 pun tak salah kalau kita nak bahaskan untuk kesedaran yang lain.. persoalan yang menarik cik tedi... saya juga tertanya-tanya akan hal itu..
teringat akan satu video klip yang menunjukkn sekumpulan remaja non-muslim merpemainkan cara solat agama kita.. memang sangat kurang ajar..

Softtouch [Hanim] on February 1, 2010 at 11:03 AM said...

batul kalu tedi xtulis pasal n3 nie sy xtau pun ade yg menghina nabi kita..betul lah nmpak ade jurang bila yang 2 org tu xkene ape2 pun..entahlah tedi..sedih..sy tau sy pun masih cetek pasal islam tapi xkanlah pasal menghina tu kita xtau n xfaham kan...biarlah Allah memba;as mereka..dah mmg kafir kan, kita sendiri faham2 lah..moga doorang pun dikenakan tindakan jugak...

Amal on February 1, 2010 at 11:11 PM said...

astaghfirullah al-azim.
teruknye diorg hina Rasulullah!
=(

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting