Hari ini buat kerja amal di sekitar tempat letak kereta di Bandar Baru Jasin. Aku hantar 5 set Penyata Kewangan PATSKOM untuk di 'biding'. Sementara tunggu mamat itu lapang dan siapkan kerja, mata aku melilau melihat keadaan di luar. Sebabnya? Aku tidak goreskan kupon untuk meletak kereta. Terbanglah RM 30.00 atau lebih jika staff Majlis Perbandaran Jasin saman aku. He he he...
Nampak 2 ekor kucing berkeliaran. Aku ke kereta mengambil makanan kucing lalu dengan selamba kodok aku taburkan atas simen. Bersungguh-sungguh kucing itu makan. Seorang apek lingkungan umur 70-an menyapa.
'Lu suka kucing ka? Bawa baliklah...'
Aku sengeh sahaja. Malas mahu menjawab.
' Sini banyak kucing woo. Selalu kena langgar kereta.'
Aku diam. Senyum lagi. Tidak mahu bersoal jawab.
Aku taburkan lagi makanan kucing atas simen di hadapan sebuah kedai gunting rambut. Suka hati mak saudara aku je kan? He he he..
'Lapar tu'. Apek itu masih bermonolog bila melihat kucing-kucing itu makan dengan begitu berselera. Ha ha ha..
Tiba-tiba seorang perempuan Melayu keluar dari kedai gunting rambut.
'Jangan buang kat sini. Bersepah nanti. Kotor koridor saya.'
Aku memandang ke mukanya.
'Saya buang apa?'
'Itu'. Perempuan itu menunjuk makanan kucing di atas lantai yang hampir habis.
'Saya bukan buang. Saya beri makan kucing. Jika tidak habis nanti saya akan kutip satu-satu masukkan semula dalam bekas saya. Saya akan bersihkan tempat ini.'
Perempuan itu merengus dan masuk semula.
' Aiiyaaa.. banyak berkira itu orang. Mahu buat baik pun lagi mahu marah-marah.'
Aku tarik nafas panjang. Silap aku bagi makan di tempat orang. Tapi aku bukan bagi benda basah. Aku bagi makanan kering. SmartHeart. Aku pun bukan budak kecil yang akan sepah-sepahkan tempat orang. Sementara aku membalas jawapan perempuan yang berlagak lebih itu, kucing-kucing itu pun sudah habis makan. Tiada sebiji pun yang tinggal. Bersih!
'Tak mahu bawa balik ka?' Apek itu menyoal.
Aku memandang dengan senyum.
'Di rumah saya sudah banyak. Saya suka kucing, tetapi tiada tempat mahu letak.'
Aku berlalu penuh hormat dan penuh kepuasan.
'Tidak banyak sebenarnya Apek. 4 ekor sahaja. Tapi emak saya kurang sukakan kucing! He he he. Saya ini macam bercinta tapi tiada restu orang tua.' Hanya terucap dalam hati.
Aku tidak kisah jika kamu tidak mahu beramal, tapi bertolak ansur itu penting! Atau memang silap aku mengganggu tempat orang?
Kamu boleh jawab?
Nota kakitanganku : Rasa mahu suruh kucing itu cakar perempuan rambut perang itu!!

32 kUs-kUs:
sumbat la makanan miauww tu kat molot perempuan yang merengus tu...
cik tedi..
ada sekor kucing slalu masuk dlm kelas nur mengajar..
dan tiap kali tu la nur mengelak sambil ditertawakan kanak ribena bila melihat teacher diaorg takut kucing..huhuhu
tak bertimbang rasa betul..
huish geram pulak ...
kucing kesayangan nabi..
pompuan rmbt perang tu tau pe..
grrr~
Sebenarnya...lepas tu ada cerita tau....seekor ular telah datang ke kedai tersebut...tetapi kucing2 tersebut telah menolong perempuan tesebut....sebagai membalas jasa nya membiarkan Tedi beri mereka makan didepan kedai beliau...walaupun ada bunyi rungusan....perempuan itu terselamat daripada serangan ular.....tak percaya ka??? Gi cari apek tu tanya dia..betul tak lepas tu ada ular datang kat kedai tu!...
hehe teringat cerita yg Reena baca semalam dia kata sedih oo Mama...cerita kucing ni...!!
Moga Allah limpahkan rahmat atas segala kebaikan kamu Dik!..yg kat atas tu gi la tanya Apek tu kalau nak tahu betul ke tidak!
i like kucinggg h0h0.
tapi xdapat pelihara kucing sob3
hahaha..
kelako..
brcinta tnpa restu..
tp ngn kucing..
heheheh...
Wa...baeknye tEDI...
kite pon suke kucing tau..sanggup beli makanan utk kucing..tp tuk kucing jiran jela..huhuhu
baiknye tedi~
kenape ko tak suh dier jerk makan makanan kucing tu...emo aku dengan pempuan tu!
aku terkesan baca n3 ko yang nih...dek kerana aku kurang suke kucing, aku slalu shuh shuh ajer..nak bagi makan, aku akan kate "bukan kucing aku..."
kadang2 bile datang angin kesian, aku bagi gak.......
baikkan aku?
salam tedi~
hehehe...biasa ar tedi... kalo kat cnie pun dorg akn mrh kita bg kucing makan.. nak2 kalo kat grai mkn, laie ar dorg mrh..alasannya, nnti tmpat dorg kotor.. (pdhal dah mmg kotor, kucing gak nak d slahkan) :)
tedi,truskn lg bgi mkn kt kucing.biar la org nk mrh pn.bukan kita wt mksiat pn kt stu...
two thumbs up!
apa lah salah bertolak ansur kit.. haii manusia
bagus sayang kat kucing..nanti kucing2 akan mendoakan kita..
bandar baru jasin???
waa dah maju jasin skrg ni ek?
zaman CP belajar kat jasin dulu, mmg pekan koboi jer.. dah lama x menjengah..
ho... menyakitkan hati betul perempuan tuh.. itulah.. maiza pun klu mkn kt gerai.. tengok kucing jalan2 lapar kasi gak.. ada gak tokei kedai siap tendang2 kucing xbg masuk kedai dorng.. dia lapar la tuh.. tue sbb dia cm tue.. silap org la tokei tue buat dpn aku.. siap kt g.. cik kak bungkus nasi kosong 5 letak ikan goreng (maklum la kucing kesayangn dh mati, friskies dh lam xbeli) tokei tue ikut gak arahan.. maiza gaul.. ya la dia ikot la arahan.. masuk duit kan.. dia xtau bg mkn kucing rezki.. ehh!! aku trlebih emo lak.. bab2 kucing mmng sensitif la..
kamoo sangat baik..
alamak lain kali gores jangan tak gores.. tak pasal2 RM30 kan...
Dapat 1st Class, Tak Boleh Buat Kerja????
Yes, Dah Cancelled Credit Card
Siapa Nak Promo Blog???
geram jgk perempuan itu...eeeee...
meh sini aku siat2 kulit org tu pastu letak lada sulah
cm nak melempang je org tu
hehehehe
nama kucin mila adalah teddy. dan beliau juga amat suka mam smartheart dgn pelahap sekali.. huuu~
La.. kucing betul rupanya ..
aku ingat Ku Cing.. ala macam KuLi tu.. hrmmmm
I put selalu kena tegur! Hahahaha ... I buat "dunno" aje ....
Kalau dia cakap lebih, I will say "Buat baik Tuhan nampak ... kalau marah orang buat baik, Tuhan lagi ingat ..."
P:S: Thx for your words of support!
daripda suruh kucing
lebih baik anda yang mencakar wanita tu sendiri
baru brutal
erk888
ya
cakar wanita itu sendiri
erkk
Bodo pompuan tu. Sabor lah ye tedi? Nanti mana tahu ada rezeki kamu, boleh lah buat yayasan khas untuk kucing terbiar ni kan?
nanti duit nuff byk, buatlah pertubuhan , hahah...
tampo je ponpuan tue!
Aku teringat ada sorang kawan nie.... dia tak minat kucing... tapi kawannya minat kucing... ari2 gaduh... sebabnya kucing.....
cita tak direstui..
mieoww..mieoww...
sabar ...
ada gak org yg mcm tue ehh..tak prihatin lgsg..tue makanan bukan sampah pun..huh..
asal ko tak cakar sendiri?
hahaha
Post a Comment