Saturday, January 30, 2010

' NuFFnanG BuFFereD EarN|ngs ': B|La aKu MahU BerPaTah aRanG BerkeraT rOTan, KamU DaTang MemuJuk.....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:30 PM
Photobucket

Ini pasal 'buffered earnings'. Aku bukan mata duitan! Tapi aku cakap pasal keadilan dan saksama. Wah! Macam ahli politik. Ha ha ha... Aku pernah terbaca di beberapa blog tentang ketiadaan 'buffered earnings' dalam akaun Nuffnang mereka. Ada yang sudah berpatah arang berkerat rotan. Pelawat ke blog mereka sungguh konsisten sekali. Namun sayangnya, mereka tiada 'buffered earnings'. Mengapa? Hanya blog yang terpilih sahaja yang dapat? Why?? Why?? Kata orang putih!!

Aku sudah berkira-kira mahu beralih arah. Melihatkan jumlah pengujung perunik dan paparan yang sudah lebih dari mencukupi syarat , aku sudah nekad. Jika sebelum ini aku boleh mendapat sehingga 10 'buffered' dalam satu-satu masa, kini sudah hampir sebulan hanya 3 'buffered' yang muncul, aku sudah kecewa.

Namun seakan-akan terdengar keluh kesah aku, Nuffnang telah meng'hadiahkan' 2 lagi 'buffered earnings' hari ini. Aduhai! Hati yang panas sudah menjadi reda sedikit. Proton Persona dan Celcom Broadband. ErhMmm.. Tangguhkan dahulu hasrat untuk berpatah arang berkerat rotan.

Tapi bagi aku, adil itu perlu. Jika sesebuah blog itu begitu konsisten dengan jumlah pengunjung dan kemasukan 'entry' baru, hargailah ia. Nanti bila sudah berpaling tadah, susah ingin di pujuk lagi.

Mahu tunggu semua 'buffered' ke 'metered' baru fikir semula untuk berubah arah.

Nota kakitanganku : Terima kasih kepada kamu yang rajin singgah !





28 kUs-kUs:

Jard The Great on January 30, 2010 at 2:09 PM said...

hehe.. nk beralih arah ke mana lak?

AJ on January 30, 2010 at 2:12 PM said...

mesti ke innity ni..aku pun tgh berfikir juga..

zool on January 30, 2010 at 2:12 PM said...

Tahniahlah tu...
Boleh je beralih arah kalau berani..


FIrst time singgah sini kot

lieya orange M.I. on January 30, 2010 at 2:23 PM said...

...bestlaa ada bufferd earnings...saya takpernah ada...=(

Cahaya Yang Riang Gembira on January 30, 2010 at 2:45 PM said...

Teruskan dgn usaha anda tedi.. Chaiyok!!! Heehee.

adie on January 30, 2010 at 2:53 PM said...

ramai yang dah beralih arah. pilihan ditangan masing². pastikan pilihan itu nanti satu pilihan yang berbaloi².

[biru][pink] on January 30, 2010 at 2:54 PM said...

wah.tahniah2!

Anonymous said...

akulah yg patah hati tu. kuciwa.

Didi Nadhirah on January 30, 2010 at 3:35 PM said...

tahniah

Relevan on January 30, 2010 at 3:36 PM said...

Kini hasil jualan labu kawan makin konsisten..mula bercita nak menjadi jutawan blogger tapi semakin sukar nampaknya..lagi 6 bulan pula pisang pula akan mengeluarkan hasil..

Jika ini berjaya kawan akan iklankan labu cap pisang kawan dalam syarikat pengiklan nuffnang..

Yuki Yusuf on January 30, 2010 at 3:45 PM said...

yuki tak faham apa benda semua tu
hahaha~

Ibu Ammar on January 30, 2010 at 5:12 PM said...

hehe, ramai dah yg cakap pasal ni, dan ramai juga yg dah bertukar..hehe

Anonymous said...

ala relax aa klu dh rezki tak x kemane

sharamli on January 30, 2010 at 6:05 PM said...

kal0 nak beralih jugak..pastikan arah tu tepat..

Tie on January 30, 2010 at 6:12 PM said...

Kak tie ni blur bab-bab ni. Tak pe laa.. apa yang Tedi buat kak tie tetap sokong ! :)

FaTiN on January 30, 2010 at 6:13 PM said...

beralih ke mana? innity kah?

Watierman on January 30, 2010 at 6:47 PM said...

Salam Tedi...Akak tak kesah itu semua...mmg tak faham pun....nak tengok kuih pau yg moncet hingga pecah perut tu....nak la....!!

hamzah on January 30, 2010 at 7:08 PM said...

saya tidak faham apa cerita ini. sungguh. tak apalah. tak usah susah nak fahamkan. blog saya ni sebenarnya anak saya sibuk2 suruh masukkan nuffnag tu..ikut sajalah lagi pun blog ini dia yang bangunkan.

MyaFiza on January 30, 2010 at 7:14 PM said...

saya pun tak faham...

JMR on January 30, 2010 at 7:21 PM said...

apa kaitan proton persona ngn celcom broadband????

*confuse nih...............

Anisa on January 30, 2010 at 7:32 PM said...

blog kak tedi best
:)

niny on January 30, 2010 at 8:07 PM said...

Jangan putus asa okei!!! go! go!! :) wink3

Amal on January 30, 2010 at 8:38 PM said...

buffered earnings tu ape?

s4m on January 30, 2010 at 9:29 PM said...

walopn ayat saudari dh ckup sdih..
tp ceq lg sdih..br 1 jer buffered earning :(

N on January 30, 2010 at 11:04 PM said...

Itu la,saja selalu je constant.

eh nak tanya lagi ni.hehe.

*dekat edit servey tu kena tulis yang terbaik baru iklan melekat.Begitu ke?

Solehah on January 31, 2010 at 3:16 AM said...

oo..nak join innity eh..haha..ajak aku sekali kalo jadi sbb aku tak tau apa beza dua tu..

yonna on January 31, 2010 at 5:04 AM said...

maaf menyampuk. saya mcm sedikit hairan lah. kenapa nak dikisahkan tentang buffered earning ni ye? rasanya mmg pihak NN sendiri takde buat diskriminasi terhadap certain2 blog.

rasanya 3 buffered earning tu lagi baik dari tiada langsung :)

kan?

Amieynna Amin on January 31, 2010 at 7:11 PM said...

cik tedi..
buffered earning tu ape eh?
ape maksudnya?

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting