Ini adalah lanjutan daripada 'entry' Bos! Kau Boleh Pergi Mati! . Tajuk seolah-olah aku sudah insaf! Oh Tidak!! Tidak sesekali aku membenarkan diri aku di tindas membabi buta. (Babi? Perlu samak blog ini!!)
Hasil perbincangan dengan Pegawai Kanan Bos (PKB) aku telah membatalkan hasrat untuk bersemuka dengan Bos. Kenapa?
PKB : Tedi, saya kenal Bos sudah lama. Jika kamu teruskan hasrat untuk bersemuka dengan dia, dia akan kenakan kamu sebagaimana dia kenakan Pn MY! Ingat lagi pasal Pn MY?
Aku terkesima. Ya! Pn MY. Beliau telah bersemuka dengan Bos sebab tidak berpuas hati tentang pembahagian tugas. Staff kesayangan Bos akan mendapat kerja yang sedikit sebaliknya mana yang tidak berkenan di hati Bos akan berganda-ganda tugas dan kerja.
Bos mencanang kepada seluruh pegawai di pejabat tentang ketidakpuasan Pn MY. Memperlekehkan kerja Pn MY. Mengungkit-ungkit kesilapan lepas yang Pn MY pernah lakukan.
Pn MY adalah pegawai yang mendapat markah paling rendah sekali. Markahnya di jadikan bahan sendaan dan bahan ugutan. Permohonan Pn MY untuk menjadi penanda kertas tidak di sokong. Pengesahan dari bank untuk pinjaman kenderaan Pn MY di sabotaj oleh Bos! Katanya Pn MY ada hutang keliling pinggang. Tidak mampu bayar.
Banyak lagi yang menjadi bahan Bos untuk membalas dendam. Jangan sesekali cari gaduh dengannya.
PKB : Sabarlah sedikit sahaja lagi Tedi. Lagi 7 bulan sahaja lagi.
Aku : 7 bulan rasa macam 7 tahun PKB! Pasti macam-maca perkara yang akan terjadi nanti.
PKB : Staff kita tidak ramai. Mereka yang lain tahu menilai kerja kamu bagaimana. Mereka semua sudah lama bekerja di sini. Sudah tahu Bos itu jenis yang macam mana.
Aku : Saya cuma gusar pegawai lain pandang serong pada saya.
PKB : Tedi, walaupun kamu baru di sini. Kamu baik dengan semua orang. Buat kerja kamu. Tiada masalah. Saya takut jika kamu bersemuka dengan dia perkara ini tidak akan selesai malah jadi rumit. Mengalah tidak semestinya kalah. Tapi kamu menang melawan nafsu amarah kamu. Fikir untuk jangka masa panjang! Kita hanya orang 'kecil-kecil' sahaja. Dia ada pangkat, ada kawan-kawan, takut nanti di bawanya hal ini ke atas, cerita A boleh jadi B. Versi yang lain akan timbul. Dia akan sentiasa mencari salah kita. Jika tiada pun akan di adakan!
Aku diam. Jauh di sudut hati aku setuju hujah-hujahnya. Aku mahu kerja lama di sini. Mahu kerja dengan hati yang tenang dan tiada tekanan. Aku perlu fikir positif.
AKu akui. Bila dapat tahu apa yang diaperkatakan tentang aku dalam mesyuarat itu, aku amat marah sekali. Aku rasa mahu tumbuk dia. Aku hilang kawalan dan pertimbangan. Gagal berfikir secara positif. Tapi, bila seorang demi seorang pegawai di sini datang dan bercerita perkara yang sama, aku tahu aku di pihak benar. Mereka semua tahu cerita yang sebenarnya. Tahu siapa aku. Siapa Bos!
Aku mengambil keputusan untuk terus bersabar. Tidak lama 7 bulan sahaja lagi. Anggaplah macam 7 hari, 7 minggu.
Betulkah keputusan dan tindakan aku ini?
A - Betul Tedi. Kau harus sabar.
B- Apalah kau ni Tedi. Entry lepas bukan main berapi-api lagi.
C - Jumpa dia juga Tedi. Tidak kiralah apa yang akan berlaku selepas itu.
D - Untuk jangkamasa panjang, keputusan kau ini tepat.
E - Malas aku mahu layan kau Tedi.
Nota kakitanganku : Pengorbanan!

41 kUs-kUs:
kalo wa la tedi kan, wa blasah je dia..hahahha.manusia cenggini tokleh idop lame2..ekkekek...(amarah menguasai diri)..
Sbg seorang kawan,
aku nasehatkan ko pilih la D...
Sbg seorang kwn baek,
ko belasah je die pastu carik keje laen!
Huhu :P
sabaq tedi..
aku pun rasa D
sabaq2...
tedi..pilih A dan D..mengalah bukan erti kalah..dan sabar kan separuh daripada iman..jd jgn kita masuk golongan jahat depa..
aku tak pernah takut bergaduh dengan bos....prinsip aku senang yang benar tetap benar yang salah tetap salah
Akak pilih A dan D.....biar lah dia dengan keangkuhannya...dan yang pasti...ramai berpihak di pihak yg benar....IBLIS sentiasa mahu memecah belahkan anak ADAM...biarkanlah IBLIS Menangis....kerana apalah sangat untuk tempoh 7 bulan tu....oooo sama masanya dengan usia blog akak aja...pejam celik dah 7 bulan akak berblog Dik!!!
Kat situ takde org HR ke tedi? kalau mcm tu gayanya kene rujuk Employment Act 1955. Tgk pembahagian kerja. Bos mcm tu perlu ajar.... Master kan diri dgn subjek IR. comfem dia kalah hahahaha!
sabar la kak....layan dlu
A
F. kau dtg bangi.
G. bom office tu
hohohohohoho..
teeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeet~
Betul Tedi. Kau harus sabar.Entry lepas bukan main berapi-api lagi.Jumpa dia juga Tedi. Tidak kiralah apa yang akan berlaku selepas itu.tapi difikir balik, Untuk jangkamasa panjang, keputusan kau ini tepat;)
aku tekan "F"..bubuh racun tikus!!!
wakakakaka!!!!
A - Betul Tedi. Kau harus sabar.
D - Untuk jangkamasa panjang, keputusan kau ini tepat.
erm....tedi..iva faham perasaan tedi..sebab kdg2 iva pon rasa ape tedi rasa...memang kalau ikutkan kita patut jumpa dia..tapi betul kata PKB tuh...beralah xbeerti kalah..just lawan psycology jek...lawan depan2 kita yg penat n bertambah marah...
so xsalah beralah utk menang dikemudian hari..biasalah hero kalah dulu kan..hehehehe
saya vote utk A dan D...
kata2 PKB tu ada benarnya..time ko tulis entry yang lepas tu memang la ko tgh marah..apa sahaja boleh keluar kan..
tapi apa pun nak buat..kene timbal balik...
skang terserah pada kau. tapi tak semestinya berapi2 pada entry lepas tu ko bawak ke dunia realiti. Org yang kuat tu kan org yang sabar. Bukan senang nak sabar tau!...
Sabar ya!..
p/s : tapi kalau ko nak aku tolong belasah dia aku boleh jer..ehehhehehe
sebagai bekas kekasih kaoo... aku pilih jawapan E.... boleh gitu... huhuhuhu memang tak menahan....
ish..xbaik tul mcm tu..mane ley berat sebelah..berdosa tau..hihi..mmg patut bersemuke..br die tau..
niesz pilih C!
yeah, D adalah yg terbaek.
ikut hati mati~
ikut rase binase~
bos mmg lagu begitu ka !
Jawapannya A
A n D...tapi E pon bleh jeee...heheheheee gurau ok?
sabar..agree to disagree..
D~
penyakit wabak jgn dicari~
nnti susah nk diubati...
kak tedi
sabar ya,..
biasalah banyak org banyak lah ragam
Kalau I kan Tedi...buat surat berantai kat dier..bukan dier tahu pun. Hantar emel kat KSN cakap perangai buruk dier kat opis ker...guna cc dan emel lain, biar dia merana...huhu.
Lagipun ramai yang tidak puas ati kat dier Tedi..bukan ko sorang jer..so, dia x leh nk salahkan ko sorang jer.
Nasihat aku..erm!jgnlan ko ikut cakap aku...ngeee..aku berangan jer. Sabar lebih baik. Buat bisnes lagi baik..pastu ko beli kete besar skit, ko tayang depan dier biar lidah dier terjelir cam serigala lapor...huhuhu. Staff mampu pakai kete besow dari die kan...hehe. Pastu gunalah cara sychology yang lain...hehe.
sabar kak tedi
huhu
T.T (tumpang sedih)
pendapat aku ko harus pilih A dan D...sabar erk...
Kalau ikut akaklah...yang A & D itulah yang terbaik....
tiada jawapan di situ tapi kalau kamu nak upah CC langgar dia ngn lori vavi boleh.
jawpan aku D...
]ahaaha..aduyai..
aku pilih A dan D..mmg ko kena sabar tedi..adat kita mencari rezeki..mmg x suka dipijak kepala..tp kalo dia mmg begitu..lebih baik ko biarkan sahaja..sabar tedi..setahun pun x rasa lama kan? inikan pula 7 bulan..doa byk2 ye tedi..moga ko terus sabar n tabah..
adoiiyyaaaii..
sabaq na tedi..
org giler cenggitu jangan dilayan sgt..
x pasal2, kita join team "tanjung rambutan" nnt!!
sabar tedi..
mmg x lama bos kamu tu..
nape kena tunggu 7 bulan??
A dan D
Dari apa yg ko citerkan A dan D adalah pilihan terbaik.
syg keje berjaga2,
syg maruah berpada2...
plihan A & D...
watla istikharah kak...mintak petunjuk dr NYA...
ak pon rase g2 gak..
die org besar tedi..kite ni sapo la...
so ko sabar ye...7bulan ko ibaratkan 7saat..
1 2 3 4 5 6 7 ok...finish!=p
saya pilih jawapan A..
cik tedi.. hidup ni tak lama..
biarkan bos itu..
lambat laun dia pasti akan tersedar juga itu pun jika dia mahu muhasabahkan diri..
cik tedi.. bila bos tu marah atau mengata apa2 aje.. time tu cik tedi pk lah benda lain.. buat2 tak dengau aje ape yg dia dok mencecehkan tu..bak kata pepatah.. masuk telinga kanan kuar tlinga kiri..
sekian..pesanan dari alien untuk cik tedi.. huhuhu.. (^__^)
D
bumi nih macam roda...kejup kt atas..kejup kat bawh...sbr bnyk2
A, definitely A>
ok.,
sabar itu iman.
Tedi..
Kt plih A dan D..
Yup..ko xleh bmain dgn api..
cuz..dia leh mburukan reputasi ko..nnti dia leh reka2 citer..cuz..dia bos..bos is always right..hoho..
sabar bnyk2 ye tedi..lg 7 bln je lg.. ;)
Post a Comment