Kita menegur orang tanpa melihat diri sendiri. Kamu mengata kepincangan orang lain tanpa melihat diri kamu di hadapan cermin.
Usah menasihati andai kamu sendiri tidak mampu melaksanakan. Usah berlagak alim jika diri sendiri masih perlu bimbingan. Memberi teguran tidak semudah menerima kritikan. Telan kutukan tidak sesenang menerima pujian.
Bila sudah terasa ilmu penuh di dada, usah leka dan alpa. Nikmat Allah hanya sementara. Bila-bila sahaja segala yang menjadi kebanggaan akan di regut sekelip mata.
Fikir sebelum bertindak. Fikir sebelum melakukan. Jangan bila sudah terhantuk, baru tergadah. Jangan bila sudah terlanggar bendul baru mengaduh sakit!
Hidup hanya sementara. Tidak salah saling ingat mengingati. Tidak salah saling tegur dan bersapa. Memperlihatkan, bukan hanya kita atas pentas dunia.
Menari jika kaki masih ampuh berdiri. Jangan bila sudah capek baru mahu mengingati Ilahi. Bersyukur dengan apa sahaja kurnian yang di beri. Usah tamak haloba di biar menguasai diri.
Kita selalu merasakan yang diri kita benar manakala orang lain salah. Berapa ramai yang mahu mengakui silap sendiri tanpa menunding jari pada orang lain?
ArghhH! Kamu bukan seorang di dunia berlari ke sana ke sini menghela nafas yang sementara. Bisik dalam hati hidup ini pinjaman Ilahi.
Andai sudah tahu bila helaan nafas terakhir, apa lagi yang mahu di nanti?
Nota kakitanganku : Bukan orang suci!

24 kUs-kUs:
tapi orang kan cermin kita...
Dunia ini tempat kita mengait pengalaman utk bekal di kemudian ...
tedi...zue like dis very2 d much...hehe
itu la ragam manusia...sentiasa menilai dan menghukum org lain...tanpa melihat siapa diri sendiri
ikutkan resmi padi - semakin berisi semakin menunduk.....
kak tedi.
entri kali ni mmg best
rasanya,kita semua pernah mengalami situasi mcm ni..
adusss..
terkesima seketika;)
semoga aku menjadi orang yang sentiasa sedar diri..
org len merupakan cermin pada diri kite..
sentiasa sedar akan diri sendiri sebelum melihat diri org len
i loike dis entri!
setiap manusia ada kekurangan masing2.bila kita dpt trime kekurangan org lain.org itu juga dpt terima kekurangan kita.insyaAllah.
musuh kita adalah cermin yang terbaik untuk kita.erk? aku cam pnah dgr ayat ni.hahaha..tp tak igt ktne.
Peringatan yg baik!!! cermin diri sebelum menilai org lain...
tegur diri sndri sblum tegur org len..
entri yg bagus utk dijadikan renungan bersama....
entri yang bagus untuk renungan bersama..betul pun, sbg manusia..kt selalu alpa
Ni yang buat aku malu nak tegur org nih.. pasal kat rumah aku tak de cermin...
selalu jumpa orang macam itu..
itulah yg dinamakan manusia
setuju sgt2...leh d jadikn renungan untk kta bersma dis entry..
yes tepat skali aku setuju dgn entry kau tedi
betul tu.. kita suma x sempurna.. jgn terlalu tinggi diri dgn meninjukkan diri tu bagus ;)
yup..sgt setuju dgn n3 ini:)
nobody perfect..sama2 kt tegur menegur:-)
aku suka lagu element tu!
manusia tetap manusia tedi... :)
susah nak sedar kesilapan sendiri tanpa orang lain menegur..=(
Post a Comment