Kemaskini : Isu penghinaan tentang Kemangkatan Almarhum Sultan Johor
Membaca ini dari banyak blog malam tadi. Ke blog beliau, 'entry' yang sungguh kontroversi itu sudah di padam. Permohonan maaf lantas di buat. Dari blog beliau aku merayau ke blog-blog yang menulis tentang ini. Dapat juga aku baca 'entry' yang telah di padam itu. Masya-Allah. Hanya itu yang mampu aku lafaz.
Dia tiba-tiba jadi terkenal. Siapa Aduka Teruna? Aku sendiri tidak mengenalinya sebelum ini. Masuk sahaja blog beliau, 110 orang sedang 'online'. 46oo telah melawat hari ini (semalam). Wow! Popular.
Susulan dari 'entry' kontroversi itu, satu 'entry' permohonan maaf telah beliau buat. Tapi sayangnya sudah terlambat.
Oh! Ini adalah salah satu laman web yang menentang tentang 'entry' biadap itu. Satu laporan polis telah di buat. Inilah yang di namakan, 'Terlajak perahu boleh di undur.......'
Kita tunggu sahajalah apa tindakan seterusnya. Tapi yang aku pelik bin ajaib orang yang meninggalkan komen di blog kontroversi itu hampir 95% nya menggunakan nama samaran 'anonymous'. He he he.. Cakap dan komen berapi-api tapi masih takut mahu dedah identiti.
Berhati-hatilah ketika meluahkan ketidakpuasan hati kita tentang apa-apa sahaja yang menyentuh mengenai aib dan maruah orang lain. Walau kita benci macam mana sekalipun berwaspadalah. Kerana mulut badan binasa.
Nota kakitanganku : Takut mahu tulis pasal politik!!
31 kUs-kUs:
ape isunye??
tetibe rasa tertinggal kete api plak..
memang takut sentuh bab politik dlm blog
cuba elak.
hmm
sebelum bertindak tak berfikir
lepas tu baru nak kaver dengan maaf..
apa ceritanya tu?
owhhh.. dah delete rupanya.. smalam singgah gak blog dia.. bc komen dia yg tak ble blah... bagus arr sape yg buat laporan polis tue.. kalu kna tangkap mmg patot pon.. ade ke patot hina kemangkatan sultan.
hm, bagi lah link nyer, nak tengok
hoh biar beno..apsal la x tau psl mende nih..dah delete ekk adeh
nk baca2 huhu
terlajak menaip, haaa, bleh masuk lokap jawabnya.
adehhh...ape la nak jadi bebudak zaman skng ni
isu apa tedi weh?
politk ke agama?
ko jangan tualis pasal kak mah akak ahkak pink tau, nanti kena bom!!
ekekkek
aku tak suka politik huhu
ala...dah delete ke, tak dapek nan membaca nyer
bende2 politik camni..x payahlah nak cite kat internet..aku sarankan bukak kedai kopi..sila ke sana...
eh..tp terlambat plak aku nak baca dier kata ape,..aigooo....
Sedekah Alfatihah buat yg dah pergi aminn
aku pon nak elak dari tulis psl politik.. kang kne thn ISA, naye owhwhhh
This comment has been removed by ANAK JOHOR
=)
bhaye kan!
hueh ?
BAHAYA BETUL.
jgn libatkn diri dgn masalah...hehe...u jg je kucing u tu...
siap ade group hate this blog lg..
adoi~
kenapa erkk leh telepas lak
Kalau boleh elakkan laa kan sbarang isu yg blh timbulkan kontroversi.. Tmbah2 lagi politik.. Jgn cari msalah.. Hoho..
xpe la makcik...makcik tulis je pasal kucing...heeee..
bnyk mende lain lgi yg kita leh tulis...jgn dek kerana mahukan popular, kita sengaja wat kontroversi...
kerana nila setitik, rosak susu sebelanga...
dia tulis pasal kemangkatan sulta johor kan?
org ada baca kalo x silap..
rude gila
dalam blog memang lah bebas tetapi tolong lah jaga ketenteraman awam...
peace..
isu kemangkatan ni,
cik ian tak berani nak ckp.
as org Johor, takut ouh.
Al-Fatihah buat Almarhum.
dan takziah buat seluruh keluarga diraja Negeri Johor
betul tu tedi. CN sbg rakyat jhr sedih sgt dgn tindakan aduka tu. boleh mintak maaf pulak. masalah nya bahasa yg digunakan melampau sgt. sementelah yg dihina tu sultan bkn org kebanyakan. isk. sedih CN. tak psl2 dia glamer.
ish22.,
gilak lah blogger tu
memang brani sial..
hemm..
kna tangkp bru tauuu:
xda adab
Tiba2 je 'Adeke Teruna' ni terkenal...
Walau x suka pn kat si mati,xyh la nk kutuk2 org yg dh xde...
saya tak tau citer ni.. ala.. kenapa sejak akhir2 ni saya tak tau cite2 panas ni.. aduhai.. lambat betul tau.. hmmm..
Post a Comment