Thursday, April 22, 2010

TahNIah aJai. DaPaT anAk PereMPUan LaGi. MenGaPa IBu BaPa seLaLu Di TanYa TenTang JanTina anaK yanG MeReKa MahU aTau BeraPa JumLahnyA?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:50 PM
Photobucket
Sumber gambar dari Kosmo.

Ajai mesti bangga sebab meriah sungguh aku hias gambar anak dia. Oh! Nama anak dia adalah Danisha. Nanti bila dapat lelaki pula mesti dia mahu letak nama Danish. Ha ha ha ha.. Tahniahlah buat mereka. Pinjam gambar anak untuk hiasan.

Suka tengok bayi yang comel-comel ini. Macam anak kucingkan, aku harap mereka tidak perlu besar-besar. Kau kecil sahajalah sebab rasa mahu picit-picit.Sebab bila sudah besar kecomelan semakin berkurangan. Contohnya seperti Dak Itam aku yang sudah 'berkarat' itu.

Selalunya artislah suka di tanya wartawan 'Kamu mahu anak apa? Lelaki atau perempuan? Mahu anak berapa orang?' Mengapa soalan itu begitu popular? Soalan 'Mahu anak berapa orang' selalunya di tanya selepas selesai sahaja mereka melangsungkan pernikahan. Aduhai! Pelik. Belum apa-apa lagi sudah tanya tentang bilangan anak.

Bukankah anak itu anugerah dari Allah. Anak umpama rezeki pemberian dari Yang Esa. Bagi aku lelaki atau perempuan terima dengan syukur. Janganlah ada ayat 'Oh! Anak saya yang sulung lelaki. Harap-harap yang ini perempuan. Tapi kalau lelaki pun tidak mengapa.' Berbelit-belit kemahuan diakan?

Jiran aku, Pakcik Arnab itu anak dia ke enam-enamnya perempuan. Cucu dia pula dua-dua lelaki. Tengok. Setiap yang Allah beri itu ada hikmah di sebaliknya. Mungkin Allah tidak beri untuk semalam, tapi Allah gantikan untuk esok. Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Adil.

Wah! Terlebih sudah si Tedi ini. Belum kahwin mahu cakap lebih 'pulekkk'.

Apa yang penting? Syukur atas anugerahnya.

Nota kakitanganku : Ada orang sudah dapat buang. Bunuh. ada yang mahu belum rezeki lagi.


19 kUs-kUs:

nIsYa on April 22, 2010 at 7:56 PM said...

baby memang cute. hope dah besa nanti jadi orang yang berguna :) terima je walau pe pun jantina anak kita nant

MyaFiza on April 22, 2010 at 8:00 PM said...

comey comey... baby memang comey sokmo.. hehe... besar tanggungjawab ibu bapa nak mendidik anak. amanah tu.. tapi sayang ada jugak yang mensia-siakan amanah Allah tu..

Watierman on April 22, 2010 at 8:13 PM said...

Ooo Ajai tu dah kawin semula ya....hahaha...nampak sgt tak pernah kesah bab2 artis ni...bila tanya pada abg...dia kata entah....hehehe sama jer kami dua org ni kan!

Apa2 pun Tahniah Ajai...baby memang comei!

Cahaya Yang Riang Gembira on April 22, 2010 at 8:13 PM said...

Tak sabar ku mahu menimang anak dan cucu.. Erk!! Hehehe.. ;p

Chenta on April 22, 2010 at 8:15 PM said...

Ala... itu hanyalah cakap-cakap basi . Sebab dah takde apa nak tanya .

Betul . Anak anugerah Allah tidak ternilai .

Didi Nadhirah on April 22, 2010 at 8:16 PM said...

yg hendak anak tp tak dpt lg mesti kutuk betul2 sape yg buang anak tu

Abd Rahim on April 22, 2010 at 8:19 PM said...

comelnya baby Ajai tu...tambah lg la rezeki Ajai...tahnia buat Ajai...

Hafiz Yusof on April 22, 2010 at 8:22 PM said...

comel jer dia

NARDtheNERD on April 22, 2010 at 8:25 PM said...

comell nya baby ajai ni..teehee~..=))

Qib on April 22, 2010 at 8:32 PM said...

danisha... geram33//
\
\memang semua jenis 'anak' comey jek'
klu jdik bapak, mesti hodoh.. ngeh33

:-: LilacMessy :-: on April 22, 2010 at 8:33 PM said...

coommeeelllnnyyyaaa!!!

^_^

KiFli MaLLy on April 22, 2010 at 9:02 PM said...

btol tu kak tedi....napa orang yang nak zuriat sendiri tak dapat...sedangkan orang lain siap buang mcm sampah jer...."orang seperti itu binatang )&^%^&* arghhhh"

e.t.t.y on April 22, 2010 at 9:12 PM said...

*Contohnya seperti Dak Itam aku yang sudah 'berkarat' itu.*

erk. sampai hatimu tedi. =)

CITY® on April 22, 2010 at 9:15 PM said...

wife ajai yg ni liza nampak cam baik n sopan gitu..

Solehah on April 22, 2010 at 9:24 PM said...

comelnya anak dia..

ape2 jer on April 22, 2010 at 9:26 PM said...

anak dia putih melepakkk !!!

Anonymous said...

nama nk glemer..danish/danisha erk...

danish tu makna per erk...orang german ker denmark ker cmtu la....

ciK LyndaWawa on April 23, 2010 at 3:57 AM said...

comelnya anak ajai.hehehe...tu nape panggil jiran pak arnab??hehe

Anonymous said...

tiber2 teringin mau dapat baby lagi..awwwwwwwww

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting