Friday, April 23, 2010

TiDak PeNaH LaGi akU JumPa CikGu YanG BanYak MasA TerLuanG MahU CarI, reKa Dan KaranG MasaLah DiSiPLin PeLaJar...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:13 PM
Ini ikut pengalaman kerja aku dengan guru. Aku bukan cikgu.

Mereka pun banyak kerja lain. Tidak akan mahu hadap pelajar bermasalah dari pagi sampai mereka balik petangnya. Bila aku baca senarai-senarai kesalahan yang pelajar tersebut lakukan, aku rasa cikgu disiplin dia banyak kerja lain lagi kalau mahu reka dan karang begitu banyak salah laku disiplin yang dia buat. Banyak lagi kerja lain kalau asyik mahu keluarkan surat peringatan kepada ibu dan bapa sahaja.

Kalau anak kamu baik, mustahil cikgu tiba-tiba hantar surat peringatan tentang sesuatu yang tidak pernah di lakukan. Guru pun ada etika dalam melakukan kerja. Mahu rotan pelajar pun kena ada surat kuasa merotan.

Masa aku di sekolah lama dahulu, Guru HEM seorang perempuan. Berbadan agak berisi. 'Boleh kurus saya kalau hari-hari pelajar ini buat masalah. Sekejap mahu ke sana sebab bergaduh, mahu ke sini ibu bapa mahu berjumpa. Makan pun tidak sempat.'

Cikgu Sonata mesti setuju ini. Guru HEM pasti mengharapkan pelajar sentiasa berdisiplin tanpa mencetuskan apa-apa masalah. Ringan sedikit tugas mereka yang sedia berat itu. Belum pernah lagi aku jumpa Guru HEM yang boleh duduk bersantai mengadap komputer dan suka-suka buat surat peringatan atau surat amaran atau karangan Bahasa Melayu tentang salah laku pelajar yang sebenarnya tidak wujud.

Guru HEM aku sekarang ini juga merupakan Guru Data, Guru Emis Guru yang uruskan NKRA. Tengok cara dia kerja sambil makan pun hadap komputer kemaskini data atas talian. He he he he..

Jadi aku betul-betul boleh 'salute'lah kalau betul-betul guru disiplin atau Guru HEM pelajar berkenaan boleh mengarang dan menokok tambah banyak perkara sebelum membuat keputusan membuang pelajar itu dari sekolah.

Berita pasal pelajar itu kamu boleh baca di HMetro.

Okey! Okey! Ini pandangan peribadi aku. Siapa yang salah siapa yang benar wallahualam..

Sekian. Si teDi melaporkan..



12 kUs-kUs:

Hafiz Yusof on April 23, 2010 at 12:18 PM said...

dia tak amik berat ker atau sekolah tu bagus dengan disiplin?ehhehehhe..sekolah manalah tu?

Syazni Rahim on April 23, 2010 at 12:32 PM said...

berita harian metro tu memang teruk..memalukan!

Dee on April 23, 2010 at 1:19 PM said...

ni kes bapak lebih percayakan anaklah ni..kes anak sazali..

ZUE SMILEYX5 on April 23, 2010 at 1:23 PM said...

hahaha..bdk kecik mmg karenah pown macam2.....

ILA HonEyBuNNy on April 23, 2010 at 1:35 PM said...

ya setuju sgt2...kdg2 bdk tu yg bermasalah tp slhkn guru kn...mcm berita smlm...terg2 bgtau anak lompat pagar lari dr sekolah..aiya...

Anonymous said...

dah jangan pening2 dgn masalah murid2..
meh layan kucing2 mak diva.. :)

kella on April 23, 2010 at 2:18 PM said...

aduiii... macam macam! tak sangka ada cerita gini.. itu lah aku takut baca metro ni mcm2 cerita luarbiasa..

Anisa on April 23, 2010 at 2:26 PM said...

hm.
macam2 la sekarang ni.
metro mmg byk kuar story begitu
:(

Ms.Lilies on April 23, 2010 at 2:53 PM said...

byk lg keje lain dr cikgu tu nk menambah2 cite...ni la murid zmn skrg..

Tuah on April 23, 2010 at 3:41 PM said...

budak2 skrg mmg majoritinya kurang ajar. kalau dah mak bapak pun sama menyokong anak yg buat salah, inilah jdnya.

tgk zaman kita dulu (cheh, mcm dah dah tua sgt)... mana ada berani murid nak melawan cikgu. kalau balik rmh mengadu kena rotan dgn cikgu, mak bapak tentu tambahkan lagi rotan tu.

berbeza didikan mak bapak skrg. terlalu memanjakan...

asilahmuhajer on April 24, 2010 at 11:39 AM said...

inilah keje yang aku selalu wat. memang bosan bila orang tak faham.

along aishah on April 26, 2010 at 2:52 PM said...

pengalaman benar ni...kadangkala ibu bapa merasakan kehadiran anak mereka membawa tuah pada mereka...contoh...bile anak tu lahir...rezekinye makin melimpah ruah...daripada tak berharta...tetiba kaya...dan dengan itu anak mereka lebih dipercayai walaupun salah yang terang-terang leh nampak...saye baru baca blog ni!!!!

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting