Wednesday, April 21, 2010

akU Tak FaHamLah. BuDak Tu Dah BodoH-BodoHkan Kau Pun, Kau Nak LaYan Dia LaGi...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:15 PM
Photobucket

Fikiran aku mungkin sempit. Tidak seluas orang 'besar-besar'. Tapi bila baca keratan akhbar ini aku rasa nak geleng kepala laju-laju. Aduhai! Tidak serik-serik kau mahu melayan budak ini.

Dia sudah bodoh-bodohkan kau. Sudah 'perabihkan' duit kerajaan sebab buat majlis sambut dia datang 'melawat'. Buat itu. Buat ini. Kau mahu hadap dia lagi. Tidak serik-serik.

Aku hormat dengan keputusan Kerabat Di Raja Pahang yang mengampun kesilapan budak ini. Yang tidak mahu perkara ini di sebut-sebut lagi. Budak itu pun Tengku Abdullah tidak mahu jumpa. Tiada kepentingan kata Baginda.

Kau pula yang lebih-lebih mahu tawarkan dia masuk PLKN. Sudah-sudahlah publisiti itu. Kalau mahu tawar sekalipun, tidak payahlah sampai masuk surat khabar. Menyampah pula. Sebab aku rasa kelakar bila budak itu berjaya perdaya kau dan rakan-rakan. Tapi kau masih tidak ambil iktibar lagi. Kau mahu ambil tindakan pada pegawai kau yang cuai 'pulekkk'. Budak yang buat onar kau bentangkan karpet merah masuk PLKN!

Aku malas mahu taip panjang. Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan aku. Masing-masing. Sebab perangai budak itu, dia pandai macam mana sekalipun, aku rasa dia tidak perlu dapat hak istimewa untuk siaran akhbar bila dia di tawar masuk PLKN.

Bak kata emak 'Buang karang saja!!"

Eh! Beritanya di sini.

Nota kakitanganku : Buat senyap-senyap 'sudeyyy!!'


28 kUs-kUs:

nIsYa on April 21, 2010 at 8:11 PM said...

tau takpe la tedi. macam le budak tu femes yang amat sampai nak kua paper. takde sape hengen nak tau pasal dia tuuu

white rose on April 21, 2010 at 8:25 PM said...

masukkan je pusat pemulihan diri je...watpe masukkan plkn, hancus kang...

haish...jgn terpedaya...

Shahrul Yusof on April 21, 2010 at 8:26 PM said...

Kena bahan la kalau mamat tu masuk PLKN. Orang dah susah nak percaya kat dia.

ckLah @xiiinam on April 21, 2010 at 8:27 PM said...

Dari mula dengar berita tentang budak ni...memang banyak yang pelikkan?

Tapi, malas nak fikir-fikir, nanti jadi 'buduh' sama...

:)

2R on April 21, 2010 at 8:28 PM said...

mmg bdk tu berani btol suka suki je menyamar jd tengku abdullah lak..nsb le die x dkenakn hukuman berat..bdk ni nk kta x crdik cerdik..pe yg die nk pn aku tatawu hu3

ape2 jer on April 21, 2010 at 8:38 PM said...

dah x de berita kot wartawan tu dok kejo 'tuan muda' tu

Unknown on April 21, 2010 at 8:40 PM said...

hehehe...aku no comments.. sbbnya susah skang nie, bila ada yg lbh sudu drpd kuah... :)

ps : sape mkn cili, dia ar rsa bestnya... :))

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) on April 21, 2010 at 8:40 PM said...

mcm2 hal skrg ni kan..

Che' Pit on April 21, 2010 at 8:43 PM said...

hmm mcm ne lah org2 tu boleh terpedaya dgn sewenang wenang nya

A.I on April 21, 2010 at 8:46 PM said...

bdk2 sekarangg bijakk ouh nak carik publisiti.
nth ape nth dieorang belaja kat sekolahh. haha

aku br tau citer nih lepas baca belog hg. terokn?? haha

tenx info, at least aku terbukak siket dari tempurungg katak.

Abd Rahim on April 21, 2010 at 8:50 PM said...

Budak2 sekarang nie trlebih pintar dah..

wanita mutalib on April 21, 2010 at 8:54 PM said...

lempang laju2!!

ISZA on April 21, 2010 at 8:55 PM said...

itulah.. budak tu patut dihantar untuk bimbingan dan kaunseling.. walaupun dia dah ngaku salah bimbang pula nanti dia akan melakukan kesalahan yang lain pula.. eloklah di brainwash terlebih dahulu...

Ibu Ammar on April 21, 2010 at 9:01 PM said...

budak tu dah senget, orang lain pun nak ikut senget macam dia. apa daaaaa!

jan.naimah on April 21, 2010 at 9:24 PM said...

isk.ntah ape la yg dorg pk..ptot pegi umh budak nkl je

pak long on April 21, 2010 at 10:20 PM said...

salam...
patut malu la kena tipu ngan budak tu...ni nak ambik pulak budak tu..kalau pak long..mau kena sekeh dah budak tu...menyampah mak..

Edda on April 21, 2010 at 10:43 PM said...

abaikan sajeee

Solehah on April 21, 2010 at 10:45 PM said...

hehe..tu la tu..tergelak aku baca paper td,..so stupidoss..

CITY® on April 21, 2010 at 11:22 PM said...

heheeh...
dia rasa budak tu lebih cerdik drp dia lah tuh, sebab tuh dia respek kat budak tuh, hahahah...

moral citer ni:
siapa yg lebih cerdik?
lalalal

Unknown on April 21, 2010 at 11:47 PM said...

ISA ada lagi?nape tak masuk ISA?kan diorang suka sangat sumbat org yg tak bersalah apa-apa masuk sana...

abigemok on April 22, 2010 at 12:05 AM said...

huhu aku ketinggalan zaman. sapa budak yg korang sibuk cerita ni? huhu

tedi, bagitau aku...

Kak anie... on April 22, 2010 at 12:25 AM said...

Len kali ada pulak yang menyamar jadi kerabat sultan mana pulak...macam menggalakkan budak2 sekarang utk dpt perhatian...tak paham betol

Wanie-san on April 22, 2010 at 12:51 AM said...

nk menyamar jadi Tuan Muda gak la gni..huhu

MyaFiza on April 22, 2010 at 6:24 AM said...

budak tu mmg ada masalah. pelik je tengok. orang normal takkan terpikir nak menyamar jadi anak angkat kerabat sultan. orang plkn pun satu. senang2 je kena tipu. macam2 la skrang ni...

norliza_osman on April 22, 2010 at 8:10 AM said...

tu lah Tedi.. Liza sokong.. menyampah betul.. tah ape - ape..

kella on April 22, 2010 at 8:24 AM said...

betul3! aku setuju ngan ko tedi! naik nyampah plak aku..
lebih2 plak dia dapat...

kella on April 22, 2010 at 8:24 AM said...

betul3! aku setuju ngan ko tedi! naik nyampah plak aku..
lebih2 plak dia dapat...

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ on April 22, 2010 at 10:21 AM said...

hehe buat bodo sajok

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting