Ini adalah sebahagian daripada 32 kempen yang masuk minggu lepas! Terima kasih buat kamu juga!
Berkenaan dengan entry Cek Nuffnang semalam, ramai yang bertanya selama mana aku kumpulkan pendapatan sehingga aku memperolehi amaun yang aku paparkan.
Untuk jawab satu-satu agak terbatas waktunya. Jadi aku buat satu 'entry' untuk menjawab soalan kamu.
Aku pernah menulis mengenai ini dulu. Jika kamu selalu berkunjung ke sini kamu pasti sudah membacanya.
Pendapatan pertama, aku perolehi setelah hampir 5 bulan aku mendaftar dengan Nuffnang. Selama hampir 5 bulan itu tiada satu sen pun yang aku dapat.
Kita kena cari di mana sebabnya pendapatan kita tidak bergerak. Banyak sebenarnya tips yang pernah aku tulis sebelum ini. Salah satunya di sini.
Untuk menjawab soalan, amaun itu telah aku kumpulkan selama hampir 4 bulan. Aku bukan blogger yang popular, blog juga bukan yang terlalu menjadi tumpuan. 4 bulan dengan Pendapatan sebegitu sudah cukup bermakna buat aku! Itu bukan usaha yang miskin seperti dakwaan seseorang.
Satu lagi, blog bukanlah segala-galanya. Aku selalu cakap 'Jangan sebab 'Ringgit Malaysia' yang kita terlalu dambakan kita jadi taksub. Kita jadi sampai 'muntah hijau' mengadap blog 24jam!
Jangan 'blogwalking' sampai kamu tiada masa untuk buat kerja lain. Sampai melengah-lengahkan perkara yang wajib. Sampai mengabaikan kerja-kerja di pejabat, semata-mata mahu 'blogwalking' supaya orang dapat membalas kunjungan kamu dan meningkatkan trafik kamu.
Jangan sesekali begitu. Aku tidak suka orang mengecop ' Blogger ini tiada kehidupan!' Jangan sampai mahu pergi bilik air pun tidak sempat sebab mahu 'draft' 'entry' yang ke 10 untuk hari itu!!! Ha ha ha ha!!
Kesimpulannya, dahulukan mana yang patut di dahulukan, kemudiankan mana yang patut di kemudiankan.
Nota kakitanganku : Kekalkan trafik yang sedia ada sekarang pun sudah cukup baik bagi aku! :)
25 kUs-kUs:
setuju dgn nota kakitanganmu
yeahhhhh stujuuuuuuu...
ina pun selalu berpesan hal yang sama tq tedi =D
Ssalsm... bretullsh tu...
* kak e pun ada NN gak tapi anggap ia sebagai 'suka-suka' je...
Salam...
nak tambah sikit lagi... dah hampir setahun berNN tapi RM50 pun tak cecah lagi hehehehehe :P
aku tak bape suka ngan org yg gila2 nak traffic meningkat dgn cepat dengan letak spam mesej (mesej copy paste) kat shoutbox setiap blog. traffic macam ini tak kekal malah memenatkan saja.
traffic yg lebih kekal adalah dengan bina perhubungan melalui komen2 entry. walaupun sedikit, tapi berkualiti, hubungan pun terbina, kan ke manis tu..=)
kalau lah boleh buat entry mcm tedi pun best gak
hazzy nak buat satu entry pun amik masa 3 4 jam
huhu
yup..dah happy dgn apa yg ada skrang ni..
Bravo Tedi..bravo2..
hhehhe.
lin suker berblog atas sebab sendirie.
bukan kejar apa-apa.
yang penting blog jadik teman setia kita.
Setuju dengan kamu..bloging for suka2.. hehe (*_*)
ada ke yg camtu melekat 24 jam heheh.. blog biar sekadar luah dan seronok
enjoy the blogging life :)
kemanisan tu akan datang...walaupun bukan dalam bentuk RM :)
yup2.. da lama2 bwu r ley kaut income byk2. yg penting dan paling best bila berblogging :)
betul2~~
=)
kekalkan rekod anda..hikhiki..ok la tu utk pendapatan sampingan...
Bersetuju juga.=)
bila mau belanja weh
lalallala...
btul tuh kak...
haha
betul betul
dex setuju dgn nota kaki tu.
maintain trfc pun dah ok.
dari situ blog kita akan dinilai dan akan ke peringkat seterusnya
;D
ku baru masuk bulan ke-4 pasang nuffnang hahaa...
suka apayg sis ckp;p
suka btl ayat yg ni ...Jangan sampai mahu pergi bilik air pun tidak sempat sebab mahu 'draft' 'entry' yang ke 10 untuk hari itu!!! Ha ha ha ha!! ....
*** betul apa yg ted ulaskan (cewah) dlm n3 ini....
sbb tu blog anis suka bsawang... hacuummmm
terbeak
Post a Comment