Thursday, April 22, 2010

MaLunya wEy....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:30 AM
 Photobucket

Seorang pemuda yang baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang kaunseling telah membuka kedai pertamanya di pinggir bandar. Beliau telah membuka kedai tersebut selama seminggu tetapi ia masih tidak mendapat sambutan. 

Memandangkan hari telah menjelang tengahari, pemuda tersebut mula gelisah kerana tiada seorang pun pelanggan datang untuk mendapatkan khidmatnya dalam bidang kaunseling.  Namun pada hari tersebut, nasib seakan menyebelahi dirinya apabila seorang lelaki datang menghampiri kedainya dengan langkah yang penuh bergaya.  Dalam hati pemuda tersebut, inilah pelanggan pertama aku dan aku perlu menunjukkan reputasi yang baik padanya.

 Lantas dia mencapai telefon dan bercakap dengan nada yang kuat "Hello Dato, takpa saya akan uruskan segala-galanya, Dato jangan bimbang sebab syarikat saya memang terkenal dengan reputasi yang gemilang, lagipun kami tak pernah mengecewakan sesiapapun. Yang penting ialah staff syarikat Dato nanti akan lebih bersemangat dalam menjalankan tugasnya. Ya....Ya....Lagipun fasilitator kami bukannya calang-calang orang, memang hanya yang terbaik sahaja akan kami pilih bekerja di sini."Jelasnya lagi dengan keyakinan yang tinggi. 

"Ok, takpalah Dato jangan bimbang, saya akan bereskannya secepat yang mungkin." Ujarnya pada akhir perbualan  

Lelaki yang berjalan dengan penuh gaya tadi berdiri betul-betul di hadapan pemuda tersebut sambil tersenyum dan dengan penuh hemah, dia menegur  "Ya, ada apa yang boleh saya bantu Encik?"  "Saya datang nak pasang talian telefon" Ujarnya lagi dengan senyuman yang penuh bermakna.

Moral : Menipu jangan sampai kantoi!


 

15 kUs-kUs:

white rose on April 22, 2010 at 12:36 AM said...

1st,

muahahaha...
lawak2...

nak tipu xkena cara...

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr on April 22, 2010 at 12:44 AM said...

hohoho..

kan dah kantoi...

aduyai...

nIsYa on April 22, 2010 at 12:46 AM said...

ingat kn tedi nak kate moralnye jangan sesekali menipu.sudah tukar ka? Hehe

ISZA on April 22, 2010 at 12:54 AM said...

heran jiran dengar saya gelak sorang2 malam ni.. hahaha

Wanie-san on April 22, 2010 at 1:28 AM said...

hahahaha!!
giler kelakar!!!
hehehe

larradanish on April 22, 2010 at 1:36 AM said...

ceh..hamoasgas nyer kontrol..lesles kantull hikhik

♫ ♥ farah ada ♫ ♥ on April 22, 2010 at 1:47 AM said...

hahaha! kantoi je kan..

Hafiz Yusof on April 22, 2010 at 1:51 AM said...

hahahha..lawak

sharamli on April 22, 2010 at 3:19 AM said...

kena belajar lebih lgik ni..baru xkant0i..hu3

Watierman on April 22, 2010 at 7:35 AM said...

Heeeeeeeeeeee cam anak2 Akak pun ada gak!!

kella on April 22, 2010 at 8:16 AM said...

hehehe..
termalu dengan sendiri.. ;p

Papa meow on April 22, 2010 at 9:23 AM said...

Hehehe... mmg malu siutt

Dina Zakaria on April 22, 2010 at 10:01 AM said...

lawak..lawak!!
malu giler..

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ on April 22, 2010 at 10:17 AM said...

muahahahahaha

Qib on April 22, 2010 at 8:39 PM said...

ngeh3.. gila rasa cam bogel la jdi tuan kedai

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting