Jika kamu seorang ibu atau bapa, seorang bakal ibu atau bapa seorang yang akan bergerlar ibu dan bapa, seorang manusia yang punya rasa kasih dan sayang, insan yang punya sifat kemanusian, bacalah kiriman emel ini dengan penuh rasa keinsafan dan hulurkanlah doa...
Saya Mohon Belas Kasihan Dari Kalian...
Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat. Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar. Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen.
Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu. Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong. Selepas 3 minggu saya
Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.
2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang. Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen. Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen. Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.
Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan. Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian. (bersambung di bawah)
Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.
Solat Hajat
1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.
Ayat Kursi
Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.
Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.
Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kauasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.
Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.
Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha. Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan. Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak dinotak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat. Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.
Nota kakitanganku : Terima kasih kepada kella atas perkongsian ini.( Maaf kerana susunan entry yang kelam kabut)
23 kUs-kUs:
masyaAllah.. besa sungguh dugaan tu...smoga si ibu tabah & smoga baby hana sembuh dari sgale pnyakit nie...
Ya Allah ya Tuhan ku..
semoga adik hana diberikan kekuatan utk lalui hari2 esok..
buat famili hana..semoga tabah..
tedi..kamu sgt perihatin..
Salam Dik Tedi....Moga Hana dan keluarga sentiasa tabah dalam menghadapi dugaan ini....Moga segala doa si Ibu diperkenankan Allah....kerana Allah Maha Besar lagi Maha mengetahui....Ya Allah ya Tuhankan Kau perkenankanlah doa dari Hamba2 mu Amin!!!
Adoi.. kak tie paling sedih tengok kakinya yang bersimen tu. Patah kerana kecuaian.. adoi..kesiannya. Rasa nak nangis tengok.
Semoga Hana akan cepat sembuh... Aminnn...
owh~ anak buah aku jua mengalami masalah yang sama.. skang dah berusia 8 tahun.. sedey apabila pada mulanya ibu dan bapanya tak dpt nak tima hakikat itu... tp alhamdulillah.. kini dia di terima...
pd hana n ibunya.. sbar.. bykkan bersabar...
semoga hana cepat sembuh~ amin
Entri yg mengundang hiba naluri keibuan ckLah. Tapi cckLah hanya mampu berhiba....berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Semoga Allah kuatkan semangat ibu ini.
x sanggup tengok, hmmmmmmm
Ya Allah . Berat mata memandang , berat lagi bahu memikul . terkelu memikirkan perasaan si ibu .
tedi,
setiap org ada cerita dan bahagian masing2,
sebagai manusia yg punya rasa belas insan , yg senang bantulah yg memerlukan..
akan ada hari dia
akan ada hari kita..
ini lah hidup
sitedi...
SubhanAllah...dugaan yang sangat hebat buat keluarga ini. Semoga baby Hana pulih dan sembuh...semoga Allah memberi kekuatan dan sinar kepada keluarga Hana....
Ya Allah Ya Tuhanku...Kau sembuhkanlah anak kecil ini..Kau tabahkanlah hati kedua ibu bapanya..moga mereka dpt mengharungi ujian ini dengan penuh kesabaran...Amin...
semoga keluarga tersebut diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan sebesar ini.
pasti nanti ada sesuatu yang lebih baik akan diterima mereka sebagai ganti kesabaran mereka menghadapi cubaan ini.
moga adik Hana sembuh..
sedih ;(
sama2 kita doakan;)
moga siibu diberi kekuatan utk menghadapi dugaan yang berat ini...
tedi: akak linkkan entry ini pada fb akak..
sangat comei anak itu.
tak sanggup tgk budak kecik mcm tu tanggung saket mcm tu.
semoga hana cepat sembuh dan membesar dgn sehat spt kanak2 yang laen, kaka doakan utk die.. amin..
semoga Hana cepat sembuh
sedih tengok kanak2 macam ni
sama sama kita berkongsi mbantu mereka yang lebih memerlukan..
akan aku doakan agar adik hana cepat sembuh..
berat mata mendang, berat lagi bahu memikul.. sandarkan harapan hanya pada yang Esa. Kami hanya mampu tolong apa yang mampu.. Buat masa ni hanya doa yang dapat kami iringi untuk Hana.
kesiannya baby hana.. muga ALLAH merahmati ibu dan anak. Lgipun ujian itu tanda ALLAH syang akan emreke
Post a Comment