Sunday, April 18, 2010

BiLa WarTawan Dan aKHBar IngINkan BeriTa : sEkUat ManaKah kITa unTuk Di TemuBuaL TenTang seBuaH KehILanGan?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 5:37 PM
Sujud syukur kerana aku membatalkan kehadiran ke Gatsby Deodorant Street Fair. Allah seakan-akan memberatkan untuk pergi ke sana. Di berinya sebab supaya aku sentiasa dekat dengan kampung halaman. Alhamdulillah. Itulah hikmahnya. Tidak dapat aku bayangkan jika aku berada dalam situasi yang riang dan gembira, tetapi dalam masa yang sama keluarga aku sedang di rundung duka.

Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang menyedekahkah Al-Fatihah dan menghulurkan salam Takziah buat kami sekeluarga atas pemergian saudara terdekat.

Berbalik kepada tajuk. Pertama sekali aku ingin ingatkan bahawa apa yang aku tulis hanyalah pandangan dan pendapat peribadi sahaja.

Lokasinya di Perkarangan Bilik Mayat Hospital Besar Melaka.

Kelihatan beberapa orang wartawan dan jurugambar mundar mandir untuk mendapatkan berita tentang kemalangan maut yang berlaku. Dari TV1, TV3, NTV7, wartawan dari Utusan, Harian Metro, Berita Harian, Sinar dan ada yang tidak berapa aku perasan dari mana datangnya.

Mereka mengampiri kami. Dari Akhbar Sinar. Sewaktu itu Abah sedang mendukung bayi bongsu kepada arwah sepupuku. Mahu menemuramah. Abah menolak dengan baik. Mereka mengasak dengan pertanyaan. Kata Abah'Saya tiada apa-apa mahu cakap. Maaf.' Aku hanya memerhati tajam. Kelihatan yang lain-lain mendapatkan isteri arwah mahu menemuramah juga. Mengelilingi beliau. Isteri arwah hanya tunduk dan menggelengkan kepala dan terus membaca Yassin.

Aku jadi meluat melihatnya. Sejak dulu. Entah mengapa aku jadi tidak suka membaca laporan akhbar yang membuat liputan luar dari topik kemalangan yang berlaku. Contoh soalan : Apa perubahan pelik arwah sebelum meninggal? Apa kata-kata terakhir? Apa makanan yang terakhir di jamah? Apa perasaan anda kehilangannya? Apa perancangan hidup selepas ini?

Aduhai. Saat kita di timpa musibah, kita terasa tidak mahu di ganggu. Tidak mahu di asak dengan pelbagai pertanyaan yang belum mampu kita fikir seperti contoh soalan "Apa perancangan puan selepas kematian suami?'

Entahlah. Mungkin itu etika mereka untuk medapatkan berita bagi di muatkan dalam akhbar. Mungkin aku tidak faham cara wartawan bekerja. Tidak mengetahui. Mungkin aku hanya menilai dari mata kasar. Andainya suatu hari nanti aku akan di temuramah kerana kehilangan insan yang rapat dengan aku, aku mungkin akan menjawab begini

' Kami sedang di timpa musibah. Kami perlu ruang dan masa. Tidak perlu bertanyakan soalan-soalan yang hanya mahu melakukan akhbar tuan.'

Atau aku terlalu emosi?

Nota kakitanganku : Perit bukan sebuah kehilangan itu?







20 kUs-kUs:

Nur Suaidah Bachok on April 18, 2010 at 2:06 PM said...

salam takziah dan bykkan bersabar :)

Unknown on April 18, 2010 at 2:08 PM said...

salam tedi~

aku setuju ngan jwpn yg ko berikan..
perit kehilangan yg tersayang..

p i j a h on April 18, 2010 at 2:21 PM said...

ko jawab jek centu tedi.
diorang cam tak paham keadaan . kot?
ke buat2 tak paham...

ejaMaria on April 18, 2010 at 2:22 PM said...

salam takziah...

kdg2 kita pun perlu fahami kerjaya org lain... walaupun kadang2 kita rasa org lain tak faham keadaan kita...?

utk menghentikan keadaan tu, betul cakap dgn baik - kita mahukan privasi pd masa ini...

nIsYa on April 18, 2010 at 2:25 PM said...

memang tu tugas mereka tapi mereka kena la paham situasi kuarga yang ditimpa musibah begini..

ape2 jer on April 18, 2010 at 3:05 PM said...

kalau aku..aku tak rasa cukup kuat utk bagi apa2 jawapan pun..mgkn aku hanya akan diam..

Cetusan on April 18, 2010 at 3:11 PM said...

setuju soalan yang berupa berangkai

achik ezam on April 18, 2010 at 3:16 PM said...

berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul

wartawan mmg adekalanya tersepit antara tugas dan kemanusiaan..walo etika seboleh mungkin di pertahankan namun adaklanya lebur dek tuntutan tugas yg penuh dgn kepantasan dan mengejar scoop...

harap dimaafkanlah.

Anonymous said...

tedi...takziah..harap tabah hadapi dugaan Allah..semoga semua kembali sediakala secepat mungkin..;)

Hairun Azmi on April 18, 2010 at 3:32 PM said...

Memang wartawan kekadang macam takder perasaan ketika menemuramah bukan pada waktu yang sesuai.

Unknown on April 18, 2010 at 3:44 PM said...

tedi, takziah utk keluarga arwah, anak2 yang belum mengerti dan saudara mara..

terima kasih banyak2 kerana produce entry nih..

tadi tengok melodi, wartawan temuramah isteri arwah acik..
terfikir juga, kenapa tak tunggu saja keadaan reda, kenapa diterjah di rumah mayat tu..bukankah itu lebih memeritkan buat si isteri..

dan entry ni menggambarkan perasaan ina..

thanks tedi..

Tuah on April 18, 2010 at 3:45 PM said...

Salam takziah dan al-fatihah utk almarhum.

Akak pernah mengalami situasi begini cik ted bila suami sepupu meninggal akibat lemas di laut.
Semasa dirumah mayat, wartawan sibuk bertanya itu dan ini kepada isteri almarhum (sepupu akak). Mana mungkin dia dapat menjawab segala soalan tu dalam hati yg tgh runsing dan pilu begitu.
Bila dia mendiamkan diri, sibuk pulak wartawan mendapatkan maklumat dari waris yg lain spt ayah emak,mentua,ipar duai, sedara mara.
Dalam pada tu, jurugambar pun sama sibuk merakamkan situasi itu.

Entahlah...
Mungkin kalau kita yg jadi wartawan,itulah jugak yg akan kita lakukan. Antara tugas dan tanggungjawab sosial, sepatutnya ia perlu seiring.

Qib on April 18, 2010 at 5:51 PM said...

tu la psal.. wartawan ni bnyk yng suka tnye soklan 'cepus' sikit.. heh, tugas diorang kot..


bru bca peper td..
memng masih muda lg..

nj on April 18, 2010 at 5:56 PM said...

sitedi...
wartawan nak cari makan...nak lariskan jualan akhbar dsbnya...tetapi perlu ada etika yang betul...

Wanie-san on April 18, 2010 at 6:18 PM said...

Tedi..biasala..wartawan..
bila xdpt cerita panas buat2 cerita tipu..kdg2 tokok tambah...
sepatutnya diorg bg ruang kat kita utk bertenang...
takziah tedi..
al-fatihah utk saudara kamu 2...

Husna Hadzarami on April 18, 2010 at 7:23 PM said...

salam tedi.
takziah.
bagi akak wartawan hanya menjalankan tugas mencari berita yang paling menarik utk melakukan akhbar masing2. tapi dalam pada ghairah mencari berita tu mereka terlupa ada etika yang perlu dipatuhi.
tedi sabar k..

hans on April 18, 2010 at 7:43 PM said...

dah memang itu tugas wartawan tedi
ko xleh nak salahkan mereka juga
dalam masa yang sama keluarga si arwah pun xleh disalahkan juga
tugas wartawan tu memang terpaksa hadapi semua nih

Ibu Ammar on April 18, 2010 at 8:08 PM said...

yup. wartawan mmg macam itu. tak dijawab dengan PANGG! bagi aku dah cukup okey.

kella on April 19, 2010 at 8:54 AM said...

takziah..
Emosi itu memang perlu teedi..

a.z.r.i.n.a.03.07 on April 19, 2010 at 9:56 AM said...

salam takziah buat Ted dan kuarga.

moga keluarga allahyarham tabah menghadapi hari mendatang.

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting