Friday, April 23, 2010

aDuHai ayaH! KasiHaniLah akU YanG Lecun Dek HuJan, yanG seJuk KeBasaHan....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:52 PM
Photobucket

Petang tadi sewaktu balik dari PPD hujan turun dengan lebatnya. Lebat sangat sampai tidak nampak jalan dan kereta yang bertentangan di hadapan. Satu aku mahu tegur pemandu di Malaysia ini. Jika hujan lebat dan menggila, silalah bukakan lampu hadapan kenderaan kamu. Ianya mungkin dapat membantu dan mengelakkan dari kemalangan berlaku.

Bawa memang terlalu perlahan. 20-30kmj.

Perhatikan gambar di atas. Apakah yang dapat kamu simpulkan? Apakah yang si ayah berkejar sangat sehingga sanggup menggadai nyawa meredah hujan dan ribut menggila hanya dengan menunggang motosikal? Lampu motosikal pun tidak di bukanya.

Aku tidak sanggup untuk meninggalkan mereka di belakang memandangkan jalan ini sunyi. Jika berlaku apa-apa?

Kasihan sungguh si anak. Di peluknya erat pinggang si ayah. Mungkin sejuk. Mungkin juga ketakutan meredah hujan.

Walaupun kita nampak ianya tidak apa. Biarlah. Aku punya suka. Tetapi, jika kamu tidak sayang diri sendiri. Fikirkan si anak yang masih kecil. Yang masih mahu lama hidupnya.

Berhati-hati di jalanraya. Ingatlah orang yang tersayang.

Sekian. Laporan kaji cuaca dari sItEDi...

Nota kakitanganku : Pukul 5.30 petang elok sahaja panas semula.



19 kUs-kUs:

nIsYa on April 23, 2010 at 8:20 PM said...

tula.. kadang2 pk diri sendiri je. tak pk orang lain. lau jadi pape baru nak nyesal dah takde guna dah

mamai on April 23, 2010 at 8:29 PM said...

kenapa la dia tu tak berhenti berteduh dulu bahaya tul la

CITY® on April 23, 2010 at 8:43 PM said...

salam tedi,
saya selalu nampak menda ni depan mata, biru dalam keta dan adalah pak ke mak ke yg naik moto dan anak dia kat belakang.
dalam keadaan yang bahaya, anak kecik terkial2 nak peluk pingang mak ayah tapi tak sampai penuh.
biru membebel2 dlm keta kata,
ishhhhhhhhhh bahaya nya budak tuh, kalo tangan terlucut ke, ngantuk ke apa ke?

tapi biru juga fikir, mungkin itu yg termampu dia ada. tak bernasib baik macam kita....

lastly,
biru hanya ucap
syukur alhamdulillah...

Anisa on April 23, 2010 at 8:45 PM said...

kesian.
:(

sekarang ni mmg musim ujan

Unknown on April 23, 2010 at 8:46 PM said...

hhuhu.. mungkin dia ada perkara yg amat penting hinggakan xdpt nak berteduh... kita pun xtahu akan masalah mereka btl tak?? :)

white rose on April 23, 2010 at 9:04 PM said...

muahahaha...

akak leh jdi pembaca berita laa...

sheshuai sngat...

♫ ♥ farah ada ♫ ♥ on April 23, 2010 at 9:11 PM said...

betul juga cakap biru kat atas..

Kengkawan on April 23, 2010 at 9:11 PM said...

mungkin lampu motorsikal itu baru saja terbakar dan dia berkejar pulang kerana nak buat second trip ambil anak dia kat sekolah lain pula..

agaknya lah..

ape2 jer on April 23, 2010 at 9:12 PM said...

ada hal emergency kot tedi..entah lah

Anem Arnamee on April 23, 2010 at 9:28 PM said...

Huhu.cian anak nyer kak tedi..

Ibu Ammar on April 23, 2010 at 9:32 PM said...

berteduh la dulu...ermmm.

intan cumi on April 23, 2010 at 9:57 PM said...

maybe mmg xde tempat berteduh...
kalo mmg xde tmpt nk brteduh kesianla...
xde pilihan lain,trpakse jalan je..
kalau anak die duk depan,
nt anak die sakit sbb tekanan hujan dr depan mmg tajam..sakit kalo kne..
duk belakang cam trlindung ng badan ayahnye..tp still sejukla..kesian jugak..
kalo ad tmpat brteduh tp die yg xbhnti tu xtaula...huhu.
[kesian tgk...]

ISZA on April 23, 2010 at 10:05 PM said...

apalah yang dikejarnya sehingga melebihi nyawa sendiri dan anak.. tu belum yang bapa pakai helmet tapi anak tidak... huhuhu

nmEsfie on April 23, 2010 at 10:10 PM said...

kalo tgh bawak moto tetibe ujan turun aku mmg x benti, salunya sbb ssh cari tmpt selamat nk benti, jd trus je la..huhu

pak long on April 23, 2010 at 10:53 PM said...

salam..
berhati-hati dijalan raya....jangan sampai tak sempat nak sambut raya yg bakal tiba....

Solehah on April 23, 2010 at 10:53 PM said...

sedih weh..isk2..tu la tu..harap cerita ni bg pengajaran la eh kat kita..

:-: LilacMessy :-: on April 23, 2010 at 11:00 PM said...

siannya.. hurm..

:(

♥S@R@♥ on April 24, 2010 at 1:02 AM said...

kesiannye..sobsob..

sedih la tgk gmbr ni..

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ on April 24, 2010 at 11:00 AM said...

huhu
mungkin si ayah ada sebab kut

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting