Mesej kau ini memang buat hidung aku yang kembang bertambah kembang dan kuncup. Atas rasa penghargaan dan terima kaih aku ingin ucap sendiri dengan kau betapa aku terharu mempunyai pembaca yang begitu baik hati memuji kecomelan blog aku ini.
Setelah aku klik ini yang keluar! What The Hell??
Aku tidak dapat menerima hakikat bahawa madah pujangga dan kata-kata pujian itu adalah satu pembohongan semata-mata.
Mahukah kau makan duit haram dengan setiap klik yang kau terima dengan menggunakan strategi yang hina dan kotor? Mahukah kau menggunakan duit yang kau dapat dengan membuat pembohongan seperti ini? Tiada otak ke? Kalau kau seorang pelajar mahukah kau melaburkan duit itu dengan membeli sepatang pen?
Memang tidak berkat kau belajar.
Tidak kisahlah apa-apa kempen sekalipun, apa-apa pertandingan sekali pun atau lantak kau lah mahu Janawang dengan program apa sekali pun, tetapi buatlah secara berhemah. Aku lebih hormat mereka yang berterus terang menyuruh aku klik apa-apa program (walau sememangnya aku tidak akan klik) dan aku akan memandang hina orang-orang yang macam kau. Yang menggunakan kata-kata tarikan yang sungguh S.U.C.K semata-mata sebab mata kau sudah di kaburi dengan wang, wang dan wang sahaja!
Ini bukan kali pertama. Sudah bersepah-sepah di dalam 'shoitbox' aku. Tolong jangan suruh aku pindah atau tiadakan 'shoutbox'. 'Shoutbox' untuk tempat aku dan kawan-kawan berkomunikasi secara pantas bukan untuk mereka yang biadap dan kurang ajar seperti ini.
Sila ambil perhatian untuk spammer semua. Jaga maruah anda!!
Dia buat lagi beberapa minit yang lalu!!
Nota kakitanganku : Jangan biarkan duit menghilangkan jati diri kita!!
42 kUs-kUs:
kelmarin ada sorang makhluk nak kaya cepat puji my blog...
bila bukak je
HARAMMMMMMMMM
huhu
aku sgt jarat pandang itu shoutbox hehehe
macam2 hal kan..hehehheh
pun ada nama ini di shout box aku weh..kuang ajaq..
wat benda haram camnie, idop takkan tenang. wang memang penting tapi wang bukan segala-galanye
sy x pernah nk klik.. maleh
penah kene..bengang je..tipu tu namnanya..
rileks tedi... rileks... baru balik curahan hati yg begitu menyentuh jiwa...
hrumm...bnda ni memang tgh bersepah kt mn2 blog..blog sy pun ada juga
dulu kes Dapat Wang sekarang ni Youthsays pulak...
dh jd 1 kerja la pulak..setiap kali nk klik..kena cek dulu dari mana..sabar jer la..
pape pun...salam kenal dari nabilah.. :)
nanti hantar bomoh hujan ke tempat org tu. biar dia mandi hujan.
uik tedi,
ko ngamok ke weh?
i mmg selalu kena gak
klik lepas tu nak kena buat apa weh?
nak suruh masuk daftar ke apa?
alaaa...
ps: tedi mmg blog ko comel weh
hahhahah..
(dlm hatiku: comel ke? lalalal =p)
toink! sebab tulah aku malas nak klik link chatbox. bila dapat yang spesis macam ini mmg rasa nak buang je chatbox tuh......hAEISSHH!
org tu dah gila duit la tuh..hahaha..
bawak2 bersabor k..
org tu dah gila duit la tuh..hahaha..
bawak2 bersabor k..
tEDl...akak pun kena jugak...terus pergi kat website megi...geram tau
Diorang ni guna taktik kotor untuk dptkan duit...tak rasa bersalah ke?
org mcam nie pon ada.
bagi mereka wang adalah segala-galanya.
sabar tedi..
nampaknye dia tak serik-serik..
ish kat shoutbox umi pun ada...
macam ni pon ada ek! mata duitan tu..
orang begini sangat kebal rasa..
tak peduli orang lain, asal diri sendiri dapat untung..
ku tak rasa bahagia lah buat camtu!
tu la dia..sebelum ni aku pun ada tulis pasal blogwalking tak beradap ini..
kadang-kadang ada rasa nak buang je shoutbox. sebab ramai desperados yang tak pandai guna dengan sebaiknya.
Dia bijak dengan tipu daya tu..
saya pun selalu kena mcm tu...slalunya janawang...
geram pun ada..
mmm...bila hati dikaburi wang...
sama la...tapi itu sume x leh caya lah!!!!!!!!!!!!!tipuuuuuuuuuuu....jgn cepat terpedaya...sy penah kena!!!!!!
heheheh.. sbb tu aku xmo bubuh shoutbox... :)
hehe mcm2 cara org nk wat duitkan
mcm zanna mama batrice kenalah ni..lg dahsyat message dia..kirim salam kt suami eh..
mesti ar kita bukakkan..gila ko..ntah pompuan mana nama melissa kirim salam kt laki kita..buka2 je..dia gi sama ar cam tedi tu..spammer youthsays..dasar!!
la ada pesen ni pulak dah..natijahnya toksah klik..na link back hanya dgn orang yang rajin bagi komen je..
la ada pesen ni pulak dah..natijahnya toksah klik..na link back hanya dgn orang yang rajin bagi komen je..
aku pun masuk YS tapi tak pernah lagi guna cara itu~ semua link di blog aje huhuu
ooo...tulip x pernah kena lg..kalu klik apa yg kuar tedi
???
nak beringat sebelum kena...huhu
selalu jugak kena..biasanya dorg ni akan tulis yg sangat nice..tu kadang2 kalo ada org puji maleh nak layan..
tedi..
ini zaman org boley beli maruah dgn duit..
tapi mana ada org boley beli tiket syurga guna duit..
wakakkakaka..
sungguh jaat org itu..
jaat~~
jaat~~
namo kawen dgn org itu..
blog kita pon ada jugak camtu...
hye...zeze la insan itu...spammer youthsays.
ni info utk yang tak suka spammer dapatwang / youthsays / dll berada di shoutbox.
anda boleh block/ban website2 "spammers" melalui tutorial sini:
http://ahmadzaimi.com/kaki-penipu-dapatwang-scam/
cara zeze, kalau zeze masuk mana2 blog, zeze akan klik mana2 link iklan yang ada kat blog org tu. contoh:nuffnang.seseorang tak kan saje2 letak iklan bnyk2 kat blog.
zeze akan baca latest entry.kalau entry best, zeze akan baca next entry dan seterusnye.
then akan tggl komen kat shoutmix with blog or youthsay url.
kalau blog tu cantik, ze cakap cantik, pas2 akan komen entry kat shoutbox.
zeze suke purple..and your blog layout mmg comel..itu ikhlas.terpulang pada pendapat masing-masing.
maaf menyusahkan semua..
tutorial ban url spammers...
http://anakperak.com/2010/04/cara-ban-url-di-shoutmix/
alamak, tekena batang idung diorng lak..
;)
laaa... macam-macam cara dorang ni..
carik Ted jangan tak carik..
hye..nk tye yg nuff tu xsame ke ngan youthsay?? haram gak ke?? sbb dua2 iklan n kalo click dpt wang...konpius2...
saya pun selalu alami mcm ni.. letak nama lain2 tp link sama je. last2 saya ban je ip diorang tu.hahaha teruk sangat ke??
saya pun ada youthsay tp tak ada la nak tinggal link merata. cuma letak banner kt blog je. sapa nak klik, klik je. tak ada nak paksa2.
kita pown pernah kena macam ni!!! chiss...diorang ni agak2 nak kaya pown!
hapuskn mereka
haha
Post a Comment