Friday, April 09, 2010

KeNaPa Dia CuCuK MaTa Dan GiGiT TeLinGa EmaK Dia?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:30 AM
Ini kisah di zaman dahulu kala di sebuah negeri kecil di Negara China.

Sejak kecil dia di berikan sepenuh kasih sayang. Melimpah ruah. Di sediakan apa sahaja yang dia mahu. Kata sajalah mahu apa, semua di turuti tanpa di bantah. Apa sahaja yang dia buat tidak pernah sekalipun di tegur atau di bantah oleh ibunya. Dia anak tunggal yang sudah kematian ayah sejak kecil. Ini macam filem Anakku Sazali versi ayah meninggal dulu.

Bila meningkat dewasa, dia mula lupa diri. Kasih sayang dan limpahan harta benda telah membuatkan dia alpa dan leka. Ibunya sudah tidak lagi di endahkannya.

Pada suatu hari dia telah di tangkap kerana mengedar dadah dan telah di jatuhi hukuman gantung sampai mati. Pegawai Penjara telah bertanyakan kepadanya apakah permintaan terakhir beliau.

'Aku ingin bertemu ibuku.'

Ibunya di panggil ke penjara bagi memenuhi permintaan terakhir itu.

Dia menuju ke arah ibunya dan terus mencucuk kedua belah mata ibunya dengan garfu dan dengan rakus menggigit telinga ibunya. Keadaan menjadi kecoh.

Dengan nada yang tersekat-sekat dan penuh hiba si ibu bertanya kepada anaknya.

'Apakah salahku wahai anak, sehingga begini yang kau lakukan kepadaku? Sampai hatimu...' Airmata darah berjujuran turun dari kelopak matanya yang sudah terkoyak teruk. Kedua belah tangannya di tekupkan ke telinga menahan sakit tidak terperi.

Pada firasat kamu, apakah jawapan yang ingin di jawab oleh si anak? Apakah alasan dia memperlakukan si ibu sebegitu parah? Oh! Tolong jangan beri jawapan yang lawak. Ini adalah kisah yang ada pengajaran. :)

Jangan mahu menjawab 'Guna tangan pun boleh!!' Karate nanti!!

Nota kakitanganku : Petang nanti aku sambung cerita! Wah! Macam cikgu Tadikakan? Ekekekekeke..





29 kUs-kUs:

nuraarin-life on April 9, 2010 at 10:34 AM said...

Kerana ibunya tidak pernah menegur kesalahannua dari kecil sehingga dia menjadi jahat!!

Betul tak nie?

Ada hadiah ker??

kella on April 9, 2010 at 10:38 AM said...

dia tahu dia dah melukakan ari ibunya,
then, dia tahu, nanti dia dah tak ada untuk selamanya,
so, dia takmo ibunya sedih bila melihat kenangannya bersama ibunya (brg2 ke apa2 yg bkaitan dgn nya!)
pastu telinga plak dia takmo maknya nanti terdengar caci maki umpatan orang persekitaran mengenai anaknya itu yang lagi akan menambahkan resah dihati..
eceehh...

bagus ke daya imaginasi rekaan aku nih! hehehe.. itu je yang sempat pikir..

kella on April 9, 2010 at 10:38 AM said...
This comment has been removed by the author.
ONE ZABA on April 9, 2010 at 10:44 AM said...

agar ibunya kelak tidak melihat dan mendengar azabnya digantung nanti.

Tuah said...

akak pun nak jawab mcm KELLA jgk. tp kella dah jawabkan dulu...

tambahan, dia xnak mak dia lihat hukuman yg akan dikenakan pd dia. dan dia xnak mak dia dengar jeritan dia ketika dihukum.

bila mak dia nampak & dengar, tentu mak dia akan sedih.

ape2 jer on April 9, 2010 at 10:48 AM said...

jawapan aku lebih kurang dak kella tu tp dia lg awal hehe x kisah lah..tp aku sokong dak kella tu..btol kot jawapan dia :)

Jard The Great on April 9, 2010 at 10:56 AM said...

oo.. sebab.. ape yang die jadi sekarang adalah hasil didikan dan ajaran mak die..

so mak die yg dipersalahkan

Nurhayati on April 9, 2010 at 10:58 AM said...

jawapanku sama seperti kawan2mu comment diatas ;)

@reLong on April 9, 2010 at 11:10 AM said...

Sb mak dia manjekan dia..bg segala2Y kat dia..jd dia salahkan mak dia, dia jd mcm tu..

Hafiz Yusof on April 9, 2010 at 11:17 AM said...

sbb hurm hurm..jawapan yg sama seperti diatas

wanita mutalib on April 9, 2010 at 11:27 AM said...

sebab dari dulu mak dia butakan mata dan tulikan telinga..

thats why dia jadi gitu..


ntah...camtu kot hee...

Anisa on April 9, 2010 at 11:34 AM said...

kesian ibu

CITY® on April 9, 2010 at 11:38 AM said...

teringat lak kisah azian dan anak nya benji..

hmmmmmmmmmm

ada kena ngena ke?

Dee on April 9, 2010 at 11:39 AM said...

tiba2 aku rasa jawapan aku sama cam KELLA..hahaha..

♫ ♥ farah ada ♫ ♥ on April 9, 2010 at 11:41 AM said...

hurm..
stuju ngn sume jwpan kt atas..
hehehe

Che' Pit on April 9, 2010 at 11:45 AM said...

dia x nak mak dia tgk dia kena gantung n dgr jeritan dia

Watierman on April 9, 2010 at 11:47 AM said...

Salam Dik Tedi...Akak rasa ayat Te tu molek sangat dengan apa yang nak Akak sampaikan juga.....

Tak guna ibunya melihat selama ini tapi tidak menegur...segala kesalahan yang dilakukannya.....
& tak guna juga punya telinga selama ini kerana hanya mendengar dan menunaikan permintaan anaknya....


infact bila dah dibutakan dan dicederakan telinga siibu....akan menolong si ibu agar tidak menangisi dan mendengar hukuman yang bakal dihadapinya!!

moral of the story...kena guna semua deria yang ada....especially..tangan2kan & belailah jika perlu....

Sama juga lah dengan pendapat2 di atas!

Unknown on April 9, 2010 at 11:56 AM said...

salam tedi~

sbb mak dia xpenah tegur dia.. biarkan aje apa yg dia nak lakukan.. dan sbb tu ar dia wat mcm tu kat mak dia sbgai mmberitahu yg mak dia salah didik dia... :)

fara on April 9, 2010 at 11:56 AM said...

rasanya sume dh bagi jwpn!

smoga cite ni jadik pengajaran utk sume! :)

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ on April 9, 2010 at 12:41 PM said...

huhu
aku tunggu jer la jawapan dari ko tedi
ekekeke

AuraFIza on April 9, 2010 at 12:43 PM said...

Tak sabar nak tunggu jawapan yang sebenar...

Jeng jeng jeng...

dkama on April 9, 2010 at 12:49 PM said...

ada mata tak nampak ada telinga tak dengar... biar je anak buat apa tanpa bimbingan... hahaha sekarang buta bebetul... kompom dah biasa kan... PEACE...

[s][u][e][h][a][n][n] on April 9, 2010 at 1:13 PM said...

sebb dia salahkan mak dia...mak dia yang buat dia jadi camtu...masa kecik segala apa yang diminta mak dia turuti ngeeeeeeeeeee

Anonymous said...

tunggu jwpan je nie..heheh

Acik Erna on April 9, 2010 at 1:38 PM said...

tak mau kena karate..nak tunggu je sambongan nya..apak jawapan akan sianak berikan nanti..

OnE HeArT..OnE LoVE.. on April 9, 2010 at 1:48 PM said...

huhu..sebab,
dia tak nak mak dia sedih tgk dia cmtu.
and tak nak mak dia sedih dengar tohmahan2 tohmahan org ttg anak dia..

pergh nape sedih plak bace kesah emak2 ni?=(

kamu si tedi telah buat wanie homesick..=/

kella on April 9, 2010 at 2:14 PM said...

sama-samalah kita nantikan jawapan dari cik tedi ni..
pandai uat saspen ler..

norliza_osman on April 9, 2010 at 3:14 PM said...

Tedi mane sambungan citer ni.. tak sabar nak bace??

Relevan on April 9, 2010 at 5:43 PM said...

A'ah laa..sambung cepat lah..

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting