Sewaktu memandu pulang dari Rembau ke Melaka malam tadi, pelbagai yang aku fikir. Memandu bersendirian membuatkan otak asyik berfikir yang negatif sahaja.
Apa yang akan berlaku sekiranya kita di timpa musibah di jalanraya? Siapakah waris terdekat yang mereka boleh hubungi dalam kadar segera? Bagaimana?
Di sini fungsi telefon bimbit kita amat penting dalam keadaan yang cemas. Jika kita berada dalam keadaan tidak sedar diri, separuh sedar, mamai atau hilang ingatan sebentar, amat sukar pihak yang terlibat mahu mendapatkan maklumat tentang waris kita.
Kita perlu meletakkan gelaran yang mudah di telefon bimbit. Contohnya : Nombor telefon ayah kita, perlu letak 'Ayah saya', 'Papa Saya' atau 'Bapa Saya.' Jangan meletak nama seperti 'Haji Leman', Haji Abu' dan sebagainya.
Jika kita simpan 500 senarai nama pasti sukar untuk mereka cari siapa yang sepatutnya mereka hubungi.
Jika kamu perasan di setiap telefon bimbit ada satu nombor yang tidak rata permukaannya. Aku tidak pastilah ianya seragam atau tidak. Seperti di telefon bimbit aku nombor 5 mempunyai permukaan yang tidak rata. Ini adalah nombor jika berlaku kecemasan. Kamu perlu meng'set'kan 'dial pantas' di nombor tersebut. Maksudnya di nombor 5 itu adalah nombor pihak yang senang kamu hubungi sekiranya berlaku kecemasan kepada kamu dan tiada siapa yang membantu. Permukaannya tidak rata, jadi tanpa melihatnya kita boleh terus tekan dan talian akan di sambung kepada siapa nombor itu telah kita 'set'kan.
Panjang pula menaip. Harap kamu faham maksud aku dan dapat bertindak segera.
Nota kakitanganku : Mahu set 'Pakwe saya' atau 'Awek saya' pun boleh juga!
16 kUs-kUs:
tekan 1 = +daling+ = no tipon mak bonda di kampung dan akan tertera gambar anak2ku yg 2 ketul itu.. :)
setuju ngn tedi ...kty ltk..kalo nama anak pun ..mesti anak pompuan saya..
tedi, kadang2 orang akan tengok no2 yang baru di dail oleh mangsa kan?
haz letak nma family kat bhgn mula2 senarai telefon
thanks for the tips tedi, saya tak pernah terfikir pasal speed dial tu, saya nak set sekarang juga nie
ha ah mmg dah set kan t-pon ngan nama yg general... senang klu jadi ape2, anak pun senang nak cari... suami, bapaku, ibuku, bapa mertuaku, ibu mertuaku, iparku... skali baca balik - kelakar la pulak...
salam...
kita pakai anpon 3310sen jer..
thanks tedi.. aku bru terfikir.. trus aku set no abah aku kat speed dial...
Betul tu tedi...semuanya berguna diwaktu kita memerlukan...
salam tedi~
heheheh... memang berguna tips ko nie ted.. tapi xblh nak di aplikasikan pd hp aku.. sbbnya hp aku touch screen.. mna nak tau ada permukaan rata ataupun x.. jd aku kena ikut tips ko yg pertama iaitu meletakkan "ayah sy" atau "mak sy" pd senarai nom aku... :)
betol tu..tp rmai remaja skng lbey pntingkn name pakwe/makwe mereka tuk ade kat tangge teratas contact num..huhuh...
nama2 kat hp k.zue kebyk kn nya k.zue letak nama yg sering kita panggil. rasanya x ada masalah.
peringatan yg sgt2 baik tedi~!
tapi saya tak nampak relevennya kalao letak 'pakwe saya' dan 'awek saya' tu...kalo letak wife or huddy ada juga logiknya..entah la...pandangan peribadi.hehehe
Macam tu yer..speed dail..
faham..faham tedi, betul saranan kau tu tedi, tapi kena jaga juga hp tu, hati2 dalam berhati-hati..
sebab kengkadang tu, kalau ada orang curi hp, sekali ngan beg2 duit ke, dia boleh sms ke no 'suami saya' ke.. minta masukkan duit ke akaun no 'kawan' atas alasan kecemasan! hmm.. ada kes camtu..
sama2 kita berhati-hati..
andai terjadi papa dengan saya...ambik henpon saya pilih family- nama dia..
senang je cai...
semua saya dah set camtu..
Post a Comment