Assalammualaikum.
Kali terakhir saya bawa kucing untuk di kembiri adalah pada bulan Disember 2013. Bawa Dak Abi. Selepas hampir setahun, semalam bawa lagi 5 ekor hero pula.
Seperti yang di war-war dalam entry sebelum ini, peserta yangterlibat ialah :
Olaf
Popo
Pak Abu
Adik Jr 1
Adik Jr2
Kali ini saya bawa ke Dr Jeya di Klinik Haiwan Melaka, Taman Sinn, Ujung Pasir, Melaka.
Jika tidak jumpa, boleh whatsapp saya untuk saya tunjukkan lokasinya.
Saya sangat-sangat mencadangkan kepada rakan-rakan yang mempunyai bajet terhad untuk rawatan atau kembiri haiwan anda, bawa ke klinik ini.
Olaf dan Adik Jr 1 yang masih fengsaaannn...
Si Adik bila tengok Olaf begini, terus menangis.
'Kenapa Olaf mati?'
Kenapa itu kenapa ini.
Ha ha ha ha
Bila sudah sedar.
'Tadi Olaf mati, dah hidup balik. Popo pun dah hidup. Pak ABu mati lagi belum hidup.'
Aiyoooo anakkk.....
Pembantu yang tak boleh pakai. Baru angkat 'carrier' sekejap dah penat. Pemalehhh.
Mengapa saya mengembiri kucing?
Tidak berdosa?
Tidak zalim?
Ini jawapan saya bagi pihak diri sendiri.
Saya mempunyai lebih daripada 30ekor kucing.
98% daripadanya adalah kucing yang di pungut di jalanan. Yang di sepak dan di buat mainan anak-anak kerana mereka kecil, kotor dan busuk.
Berkurap dan ada yang luka sana sini.
Mereka terseksa di jalanan.
Bila di bantu, di beri sedikit kehidupan yang baik, itu sudah cukup mengembirakan mereka.
Saya tahu had kemampuan saya. Membiarkan kucing saya beranak pinak. tidak terjaga, di luar kawalan, membiak hingga beratus ekor, berak sana sini, mendatangkan kemarahan jiran tetangga.
Jadi, di mana kebaikan niat kamu mahu menjaga kucing sebaik mungkin?
Semuanya akan jadi huru hara, tidak terurus, kucing berpenyakit, bergaduh sesama sendiri.
Muhasabah diri. membantu ada had.
Ikut kemampuan.
Yang penting kualiti, bukan kuantiti.
Jika saya menganiaya kucing, di tangkap, di denda dan di penjara..
Siapa yang mahu jamin...????
Yang lebih penting,
Siapa yang mahu menjaga kucing-kucing saya?
Opssss!!