Thursday, November 20, 2014

KenaPa OLaf maTi??? Dia Tak kenaL aDik daH kE??? Sobb sobb sobbb

cOrat cOret Oleh : myQza pada 3:29 PM
Assalammualaikum.

Kali terakhir saya bawa kucing untuk di kembiri adalah pada bulan Disember 2013. Bawa Dak Abi. Selepas hampir setahun, semalam bawa lagi 5 ekor hero pula.

Seperti yang di war-war dalam entry sebelum ini, peserta yangterlibat ialah :
Olaf
Popo
Pak Abu
Adik Jr 1
Adik Jr2

Kali ini saya bawa ke Dr Jeya di Klinik Haiwan Melaka, Taman Sinn, Ujung Pasir, Melaka.
Jika tidak jumpa, boleh whatsapp saya untuk saya tunjukkan lokasinya.
Saya sangat-sangat mencadangkan kepada rakan-rakan yang mempunyai bajet terhad untuk rawatan atau kembiri haiwan anda, bawa ke klinik ini.

 

Olaf dan Adik Jr 1 yang masih fengsaaannn...
Si Adik bila tengok Olaf begini, terus menangis.
'Kenapa Olaf mati?'
Kenapa itu kenapa ini.
Ha ha ha ha

Bila sudah sedar.
'Tadi Olaf mati, dah hidup balik. Popo pun dah hidup. Pak ABu mati lagi belum hidup.'
Aiyoooo anakkk.....



Pembantu yang tak boleh pakai. Baru angkat 'carrier' sekejap dah penat. Pemalehhh.

Mengapa saya mengembiri kucing?
Tidak berdosa?
Tidak zalim?

Ini jawapan saya bagi pihak diri sendiri.
Saya mempunyai lebih daripada 30ekor kucing.
98% daripadanya adalah kucing yang di pungut di jalanan. Yang di sepak dan di buat mainan anak-anak kerana mereka kecil, kotor dan busuk.
Berkurap dan ada yang luka sana sini.
Mereka terseksa di jalanan.

Bila di bantu, di beri sedikit kehidupan yang baik, itu sudah cukup mengembirakan mereka.
Saya tahu had kemampuan saya. Membiarkan kucing saya beranak pinak. tidak terjaga, di luar kawalan, membiak hingga beratus ekor, berak sana sini, mendatangkan kemarahan jiran tetangga.
Jadi, di mana kebaikan niat kamu mahu menjaga kucing sebaik mungkin?
Semuanya akan jadi huru hara, tidak terurus, kucing berpenyakit, bergaduh sesama sendiri.
Muhasabah diri. membantu ada had.
Ikut kemampuan.
Yang penting kualiti, bukan kuantiti.

Jika saya menganiaya kucing, di tangkap, di denda dan di penjara..
Siapa yang mahu jamin...????
Yang lebih penting, 
Siapa yang mahu menjaga kucing-kucing saya?
Opssss!!



4 kUs-kUs:

QILAH AZIZ on November 21, 2014 at 10:56 PM said...

Saya tertanya-tanya macam mana lah agaknya keadaan rumah myQza, sebab saya pun terigin na bela kucing banyak2. Tapi keadaan rumah tak mengizinkan, saya duduk kawasan perumahan. Jadi memang harapan lah bela kucing banyak2.

myQza on November 24, 2014 at 9:01 AM said...

Hi Qilah,
Saya duduk rumah kampung.
Alhamdulillah.
Ada kawasan untuk kucing2 saya.
Kalau duduk rumah Taman mmg agak terhad nak bela ramai2..

INi link rumah kucing saya. Masa ni baru nak bina yg besar sket.
http://myqza.blogspot.com/2012/02/rumah-kucing-alhamdulillah-apa-adanya.html

Farha IbuCergas on November 24, 2014 at 2:31 PM said...

Saya pon terkejut masa lepas anta nak kasi, kucing tu terbeliak mata gitu..hehehheeh..

Rupenya mmg begitu kalo kucing pengsan.
Cantik nau cheesetart tu.

Mmg mahal tart shell, tapi mmg malas sungguh nak uli sebiji2 tu.


sbb tu saya pon givap buat cheese tart. hehheehe

Dapur IbuCergas
IbuCergas

nurullsalmi snifza on July 28, 2016 at 5:09 PM said...

Brapa koa utk vaksin n mandulkan kucing di klinik ni?

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting