Thursday, November 27, 2014

anTara Rainbow Cake, FrozeN Cake dan 'Rambut KerintinG cAke.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:00 AM
Assalammualaikum wbt.

Ini cerita hari lahir ke 7 Si Kakak.
Buat kecil-kecillah di rumah. Jemput jiran dekat-dekat sahaja.
Selasa malam 25 November. 


 
Selepas buat bacaan Yassin, Tahlil dan Doa, acara makan-makan bermula.
Emak goreng bihun dan buat nasi lemak.
 
Si kakaklah yang paling 'happy' sangat-sangat. Dapat kek 3 biji.
Rainbow Cake Mak Lang dan Busu 'sponsor'.
Frozen Cake Ayah  sponsor'.
Rambut Kerinting Cake Pak Ngah sponsor.
Habis nafas tiup lilin.
 Si Adik mahu tolong pun habis di marahnya.
'Semua kek kakak. Kakaklah yang tiup'
Sampai merajuk dan menangis si Adik tak dapat tiup lilin sama-sama.
Di tonyohnya kek Si Kakak. Geram!
 
 
 
 
Tahun ini memang tiada hadiah seperti tahun-tahun lepas.
Tapi Mak Lang akan bagi hadiah yang sangat 'besar' untuk Si Kakak. 
Selain sebab hari lahir pada 25 November 2014, sebab kakak dapat nombor 2 dalam kelas 1 Pandai, ada hadiah istimewa yang akan di kotakan untuk Si Kakak.
Hadiah istimewa apa?
Tunggulah.

Untuk menambahkan keceriaan si Kakak, ada kotak sederhana besar gambar Teddy Bear untuknya. Dalamnya di isi segala mak nenek alat tulis. Semuanya untuk kegunaan tahun depan ya.
Kakak suka sangat hilangkan alat tulis
Satu minggu 2-3 batang pensil yang di guna.
Lepas ni boleh suruh Ayah buka kilang pensil.
 
Selamat Hari Lahir yang Ke 7 tahun Kakak.
Jadi anak yang baik.
InsyaAllah.



 
 

1 kUs-kUs:

lnwslot789 on May 7, 2020 at 9:52 AM said...

ดูหนังออนไลน์ฟรี หนังออนไลน์ที่คมชัดเต็มระบบ ทั้ง 4K HD สนุกง่ายๆ กับ The App รักเสมือน (2019) [ บรรยายไทย ]

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting