
AHLI Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin (tengah), bersama isteri kedua, Zizie Izette Abd Samad dan peguamnya, Amli Embong, selepas menghadiri perbicaraan dan mengaku bersalah atas berpoligami tanpa kebenaran mahkamah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Ampang, hari ini. - Foto Aizuddin Saad Gambar dari BHO
Seriuslah! Aku menyampah tengok gambar ini. Eeeeee!! Adakah kerana kau sudah mengaku salah dan menjimatkan masa mahkamah untuk perbicaraan kes kau, kau sudah boleh ketawa gembira? Tengok gambar pun tahu bukan tersenyum. Tapi ketawa.
Ini macam kes Norman Hakim dan Memey yang datang ke Mahkamah Syariah dengan berpakaian sedondon dan penuh ceria. Alahai.. Maaflah. Aku libatkan orang lain pula!!
Bila sudah buat salah, bila sudah berpoligami tanpa kebenaran pendaftar dan kau dengan pantasnya mengaku bersalah kau sudah boleh ketawa gembira. Bagaimanalah agaknya perasaan anak isteri atau madu yang melihat ini?
Okeylah! Aku terlalu emo agaknya tengok gambar ini. Tapi serius menyampahlah! Lebih-lebih lagi bila teringat gambar Zizie dan Bung hadir pada Anugerah Bintang Popular 2 minggu sudah. Aduhai!! Bukan main lagi menunjuk suami sedangkan kamu bernikah tanpa kebenaran.
Okey! Okey! Aku berhenti di sini! Nanti takut terlebih sudah menaip!
Ingatan pada mereka-mereka yang berpoligami baik si isteri kedua, ketiga atau ke empat atau si suami sendiri. Bila kita sudah mengambil sebahagian dari kasih sayang orang lain belajarlah menghormati insan yang mengizinkan itu iaitu isteri pertama. Tidak perlulah terlalu gah menunjuk atau menyombong kerana kita sendiri tidak tahu nasib kita akan datang macam mana.
Wah! Kita?? Macam aku 'pulekkk' bermadu!
Nota kakitanganku : Patutlah semalam aku tiba-tiba buat 'entry' pasal bermadu. Ha ha ha ha!!