Wednesday, July 06, 2011

worDLess wednesDay!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:23 PM 7 kUs-kUs
Photobucket





Tuesday, July 05, 2011

MenuJuKKan JaRi TenGaH, 'CurI' kucinG JiraN, BunGkuS, camPaK ke sEmaK HanyA keRaNa BeraK merATA : AzrI. amaT MaLanG MuriD PunyA GuRu serPerTi anDa!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:06 PM 32 kUs-kUs
Photobucket

Bagi anda ini sangat 'macho' kononnya. Tapi bagi kami, ini amat menjijikkan.

Photobucket

Anda mendakwa anda seorang guru di salah sebuah sekolah menengah di Negeri Sembilan. Lulusan dari salah sebuah Maktab Perguruan di Bandaraya Kuala Lumpur. Tahniah. Anda seorang pendidik. Pendidik anak pelbagai bangsa. Mendidik anak-anak dari bangsa sendiri juga. ALhamdulillah. Anda seorang yang terpelajar. Mempunyai pengetahuan dan pastinya dapat membezakan yang mana boleh dan tidak.

Photobucket

Namun alangkah malangnya kerana sifat keprihatinan dan keperimanusian anda hanya di paras buku lali. Malang bukan? Anda sudah punya profesion yang di pandang tinggi oleh masyarakat. Menjadi salah seorang kakitangan kerajaan yang di idam-idamkan oleh orang lain.

Tapi mengapa ini terjadi? Saya menilai anda berdasarkan apa yang di paparkan di dinding laman sosial anda. Apa yang telah anda lakukan?

Mengambil kucing jiran tanpa izin? Agak simpati ianya adalah anak kucing yang baru menyusu. Di tangkap, di bungkus kemudian di campak di tepi jalan dan di semak? Nyaris juga seekor lagi di campak ke dalam sungai? Gilakah anda Azri? Tidak waras?

Isu ini sangat sensitif untuk saya. Saya tidak mewakili mana-mana pihak. Ini adalah blog saya dan apa yang saya tulis adalah berdasarkan apa yang saya rasa dengan tindakan bodoh anda itu. Lebih dungu lagi ianya menjadi bahan jenaka anda bersama anak-anak murid anda? Mengapa? Mengapa perlu menyesatkan pemikiran anak-anak tersebut dengan perangai buruk anda? Apa salah mereka hingga anda membabitkan mereka sama dalam sikap kurang ajar anda melayan jiran dan kucing-kucingnya?

Tindakan biadap anda bukan satu gurauan seperti yang di dakwa. Bergurau dengan ada batasnya. Anda telah mencuri. Mengambil kucing-kucing jiran anda tanpa izin dan membuangnya mengikut suka hati anda.

Pernahkah anda fikirkan seandainya yang di ambil tanpa izin itu dari kalangan ahli keluarga anda? Di perlakukan sebagaimana anda melakukan terhadap anak-anak kucing malang itu? Tidak mengapa bukan? Itu hanya gurauan. Betul? Apalah sangat! Anda boleh senyum sekarang!!

Sebagai guru anda sepatutnya menunjukkan kepribadian yang baik dengan masyarakat terutamanya dengan anak murid anda! Sepatutnya andalah yang perlu menerangkan, mana yang buruk dan mana yang baik tentang sesuatu perkara. Membimbing agar mereka tidak melakukan sesuatu perkara negatif. Tetapi, apakah yang telah anda lakukan? Anda telah merosakkan pemikiran anak-anak murid anda dengan menunjukkan dan melakukan tindakan yang sangat negatif.

Masalahnya, kucing berak bersepah. Bolehkan ianya di bawa berbincang? Tiada tolak ansur? Mengapa sampai mahu buat program 'pelupusan kucing'. Sudah tidak waras? Di manakah tolak ansur? Perbincangan? Penyelesaian yang baik?

Kucing-kucing tersebut sudah semestinya hanya memiliki otak dan tidak akal. Tetap sebagai manusia yang Allah S.W.T kurniakan akal fikiran sepatutnya boleh berfikir dan cari jalan penyelesaian yang baik.

Semoga Allah mengampuni kekhilafan kita semua. InsyaAllah. Namun kemaafan sesama manusia amat sukar di cari.

Sama-samalah kita memuhasabah diri En. Azri.

Segalanya sudah bermula,
pasti sukar untuk berakhir...

Terimalah hakikat, anda berada dalam lingkungan manusia yang amat peka dengan kekejaman terhadap haiwan!

TOLONGLAH! HENTIKAN KEKEJAMAN TERHADAP BINATANG!!





KucinG DaLaM MasJiDiL HarAM : emaK KaTa sayA hanYa BeriLusI SenDirI. TaPi saYa yaKin Dan sayA BukTikaN.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 AM 25 kUs-kUs
** Beliau adalah tanda kasih yang Allah ingin tunjukkan kepada saya mungkin bahawa kasih sayang itu akan mengikut kita kemana sahaja langkah kita berada.
Maaf. Tiada 'entry' yang menarik untuk kamu di pagi Jumaat ini. Mode : 'repost'. =))


Saya ceritakan kepada emak tentang pertemuan saya dengan seekor kucing di dalam Masjidil Haram ketika saya bersolat Zohor. Saya solat di tingkat satu Masjidil Haram. Emak kata, hanya bayangan saya sahaja. Mungkin saya selalu teringatkan kucing saya jadi pandangan saya tidak lepas dari kucing, kucing dan kucing.

2 hari kemudian Si Kuning itu datang lagi kepada saya saat saya bersolat. Dia menyandarkan badan di tiang masjid seolah-olah menunggu saya. Eh! Macam mana dia tahu dalam beg sandang saya ada 2 tin tuna? Ada bau ke? =))

Photobucket

Kali ini saya tidak lepaskan peluang. Saya ambil gambar sebagai bukti untuk emak. Tengok! Saya bukan berangan seorang diri. Kucing ini wujud. Mungkin dia memang duduk dalam Masjidil Haram. Saya sangat bersyukur kerana dia 'mencari' saya dalam ratusan ribu jemaah yang bersolat di dalam Masjidil Haram.

Kakitangan yang membersihkan Masjidil Haram sangat bertimbang rasa. Tidak sedikit pun memarahi saya bila saya dengan selambanya memberi kucing itu makan dan ada sisa yang terjatuh atas lantai. Dia menunggu sehingga kucing itu selesai dan membersihkannya dengan senyuman. =))

Alhamdulillah...





Monday, July 04, 2011

CSD wiTh HVC Di BanGi, BerJaLan LancaR. aLhamDuLiLLah! =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:30 AM 6 kUs-kUs
Semalam, seawal jam 8.00 pagi, sudah bergerak memandu ke Bangi untuk menghadiri program CSD. Betul kata kawan saya Cik Marie, bila sekali kita sudah 'lulus' memandu jauh, kita akan rasa mahu selalu memandu jauh. Sudah tidak gentar atau takut. Alhamdulillah...

Oh! Sangat terharu sesampainya saya di HVC, sukarelawan Mira Ahmad dan 'pembantu-pembantunya' sudah sedia menjalankan tugas. Terima kasih.

Terima kasih juga kepada peserta-peserta dan kucing mereka. Harawati yang datang jauh dari Bentong bersama 3 ekor kucing, Nora Shahada dan Tompok si kucing akrobatik, Mazrah dan Mazlita yang masing-masing membawa 3 ekor kucing. =))

Photobucket

Ini Hana. Kucing kak Adia Umi e. Selepas sahaja di suntik sedatif, Hana tiba-tiba menjadi pucat lesi dan seolah-olah sukar benafas. Helaan nafasnya nampak lain sangat! Hana kucing jalanan yang Kak e selamatkan. Jadi kami sama-sama tidak tahu sejarah kehidupan dan penyakit Hana. Kasihan Hana.

Photobucket

Ini ketumbuhan di bawah lidah Hana.

Photobucket

Saat-saat yang mencemaskan bagi saya melihat Hana bernafas sampai bergegar badan. Lain macam helaannya sampaikan saya sangkakan Hana pasti akan pergi. Kami mengusap-usap kepala Hana dan memanggil-manggil nama beliau. 'Kuatlah Hana'.

Alhamdulillah, bila kesan sedatif beransur hilang Hana kelihatan menggerak-gerakkan badan beliau. Beliau sudah boleh bangun dan berjalan. Alhamdulillah.

Photobucket

Si Tudung Putih Harawati dan adiknya Shahirah. Mira Ahmad dan anaknya dan tudung hitam itu Nora Syahada bersama Si Tompok budak ahli gimnastik. Terima kasih semua yang menyokong program usahasama KTAJ & HVC ini.

Jumpa lagi minggu hadapan. =))





Sunday, July 03, 2011

'CSD WITh HVC BanGi ' Dan '4th HHP MaLaysiA caT shoW ' Di aTriA DamansArA.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:00 AM 1 kUs-kUs
InsyaAllah, saya akan menghadiri kedua-dua program tersebut, hari ini!
Bertemu di sana!

=))





Saturday, July 02, 2011

PuaS FikiR, TaPi MasiH TiDak DaPat caRi TaJuk! =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:00 AM 4 kUs-kUs
Photobucket


4 beradik tidak seiras.


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket

Wah! Bukan main lagi budak yang berdiri itu, bersemangat!

=))





 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting