Monday, July 04, 2011

CSD wiTh HVC Di BanGi, BerJaLan LancaR. aLhamDuLiLLah! =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:30 AM
Semalam, seawal jam 8.00 pagi, sudah bergerak memandu ke Bangi untuk menghadiri program CSD. Betul kata kawan saya Cik Marie, bila sekali kita sudah 'lulus' memandu jauh, kita akan rasa mahu selalu memandu jauh. Sudah tidak gentar atau takut. Alhamdulillah...

Oh! Sangat terharu sesampainya saya di HVC, sukarelawan Mira Ahmad dan 'pembantu-pembantunya' sudah sedia menjalankan tugas. Terima kasih.

Terima kasih juga kepada peserta-peserta dan kucing mereka. Harawati yang datang jauh dari Bentong bersama 3 ekor kucing, Nora Shahada dan Tompok si kucing akrobatik, Mazrah dan Mazlita yang masing-masing membawa 3 ekor kucing. =))

Photobucket

Ini Hana. Kucing kak Adia Umi e. Selepas sahaja di suntik sedatif, Hana tiba-tiba menjadi pucat lesi dan seolah-olah sukar benafas. Helaan nafasnya nampak lain sangat! Hana kucing jalanan yang Kak e selamatkan. Jadi kami sama-sama tidak tahu sejarah kehidupan dan penyakit Hana. Kasihan Hana.

Photobucket

Ini ketumbuhan di bawah lidah Hana.

Photobucket

Saat-saat yang mencemaskan bagi saya melihat Hana bernafas sampai bergegar badan. Lain macam helaannya sampaikan saya sangkakan Hana pasti akan pergi. Kami mengusap-usap kepala Hana dan memanggil-manggil nama beliau. 'Kuatlah Hana'.

Alhamdulillah, bila kesan sedatif beransur hilang Hana kelihatan menggerak-gerakkan badan beliau. Beliau sudah boleh bangun dan berjalan. Alhamdulillah.

Photobucket

Si Tudung Putih Harawati dan adiknya Shahirah. Mira Ahmad dan anaknya dan tudung hitam itu Nora Syahada bersama Si Tompok budak ahli gimnastik. Terima kasih semua yang menyokong program usahasama KTAJ & HVC ini.

Jumpa lagi minggu hadapan. =))





6 kUs-kUs:

m4rilyn on July 4, 2011 at 8:04 AM said...

lepas nie leh la drive sampai area KL:)

umi_e on July 4, 2011 at 8:18 AM said...

Setuju dengan cik Marie :)

*diri sendiri tak berani*

meowwmania on July 4, 2011 at 8:53 AM said...

kesiannya Hana mujur dia tak pape..

Farahliza Isa on July 4, 2011 at 5:16 PM said...

apa citer hana? kene tahan kt vet ke?

myQza on July 4, 2011 at 11:31 PM said...

tak tahan..
hana dah ok sket

Shahira Fizuni on August 15, 2011 at 5:11 PM said...

Eh, xsilap saye paket plastik besar tu makanan kucing brand IAMS ea??
saye rase, LEBIH BAEK LIHAT VIDEO INI UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT ianya tntang animal testing yg d'buat olh factory iams..
http://www.youtube.com/watch?v=MAEwCliYl50

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting