Tuesday, July 19, 2011

meLukis kucinG DenGan cArA MuDaH : muDah?? suDah BuaT TaPi TiDak aDa ruPa kucinG Pun!! saLah siaPa? sOb! sOb! sOb!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:28 PM
Photobucket

Sedang enak bersenang lenang petang semalam sementara menunggu waktu pulang, saya menerima satu bungkusan atas nama ketua jabatan. Kerana ianya merupakan sejumlah buku dan saya perlu menandatangani Sijil Akuan Penerimaan, maka saya membuka kotak, mengira dan meneliti satu persatu buku yang terdapat di dalamnya.

Hah!! Ada buku melukis gambar kucing? Sangat teruja. Selesai urusan penyerahan saya mengambil sekeping buku yang bertajuk di atas. Menelek! Wah! Sangat mudah melukis.

Atas rasa tidak bertanggungjawab saya membawa sebuah buku pulang. 'Saya pinjam satu!! Esok saya pulang!!" Selamba kodok saya meminta izin.

Cuba melukis. Tetapi hampa.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Nampak mudah bukan?? Entah kemana kemahiran melukis saya bila dapat c5 dalam subjek Pendidikan Seni semasa menduduki SPM dulu. Cuba dan terus cuba. Eh! Bukan kucing! Macam botol kicap pun ada.

Sangat simpati jika guru Pendidikan Seni saya tahu. Penat lelah beliau mengajar tidak dapat saya manfaatkan sepenuhnya setelah berdekad meninggalkan alam persekolahan.

Saya akan cuba lagi. Cuba sampai lukisan saya menjadi iras-iras kucing pun cukuplah. Ha ha ha..

Oh! Buku ini sumbangan dari Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Terima kasih.





5 kUs-kUs:

NoRHaNa CorNER on July 19, 2011 at 8:13 AM said...

tedi nk pinjam jgk la cara lagu ni...pendidikan seni zmn sek rendah je dlu..bkn pandai lukis pun sy ni tp saje kot2 bakat terpendam belum terasah...

Esah on July 19, 2011 at 8:20 AM said...

hehehe.. nampak mudah.. tapi.. errrr... boleh la dicuba utk tangan tiak berseni ini.. =)

lupie on July 20, 2011 at 9:01 AM said...

Good luck Sis!!
I am sure you can do it!!

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ on July 20, 2011 at 10:08 PM said...

comel
macam senang jer kan

Chika on July 22, 2011 at 4:58 PM said...

menariknya...terasa mcm nak melukis lak. mana nak cari buku ni eh.. kat kedai buku la kan? huhuhu

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting