Hujung minggu lalu saya menerima kunjungan rakan-rakan yang jauh dari Perak untuk melawat Melaka. Terima kasih buat SS, Leaya Shukri dan adik-adiknya. =))
Pagi Sabtu kami ke Zoo Melaka. Banyak lemak yang pupus bila jauh berjalan. Ha ha ha... Pada petangnya pula kami ke Banda Hilir.
Di sini juga di syaki lemak-lemak yang telah berabad kami kumpul, ada yang tidak dapat di selamatkan. =))
Main nyorok-nyorok!
Selepas Maghrib kami menaiki bot menyelusuri Sungai Melaka. Oh! Ini kali pertama saya menaiki bot tetapi budak baju merah jambu itu sudah ke berapa kali tidak boleh di kira. Pemandangan amat cantik di waktu malam. =))
Tengok! Ramaikan yang sedang menunggu giliran?
Selepas itu SS dan kawan-kawan yang lain saya tunjukkan jalan ke Medan Ikan Bakar Crystal Bay, Alai untuk menjamu selera. Oleh kerana masa sudah larut malam dan saya membawa bersama seorang kanak-kanan bawah umur yang dari pagi sampai ke malam berjalan sahaja, saya tidak dapat turut serta. He he he.. Selamatlah mereka menjamu ikan bakar dan pulang sendiri ke 'homestay' dengan jayanya. Alhamdulillah.
Aktiviti pagi Ahad, kami berkunjung semula ke Bazaar di Banda Hilir untuk membeli belah sebagai buah tangan untuk pulang nanti.
Mereka juga sempat singgah di rumah saya bertemu anak-anak bulu yang nakal dan gedik terutama sekali Dak Onchet! Ha ha ha.. Sempat juga saya titipkan beberapa biji durian dari kebun abah untuk di bawa pulang ke Perak.
Terima kasih. Saya akan membaiki khidmat saya sebagai 'pemandu pelancong' di lain masa terutama sekali bab terlupa membawa 'pelancong' makan tengahari pada hari pertama ketibaan sehingga pelancong sendiri mengadu kelaparan. Ha ha ha...
Oh! Sesiapa yang ingin melawat Bandaraya Melaka bolehlah beritahu saya, InsyaAllah saya akan menjadi pemandu pelancong yang berhemah. Eh! Boleh dapat elaunkah?? He he he he... =))

8 kUs-kUs:
akak tedi.. bila pulak nak bawa saya p jenjalan... hehehe...
alahhh.. org melaka jalan sendirilah!!!
dah sampai melaka dan naik baik bot ni..mmg best ;)
huhu... saye tak pernah naik bot tu lagi tedi... huhu
eh nk jugak boleh tak? nk honeymoon kt melaka, akak tolong jadi tourist guide ekkk...
lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiikk!!
nak p melawat melaka jugak lah...
ha ha ha ha..
jom! jom! datang melaka ramai!
org melaka yg nak hanimun dekat melaka tu.. pergi hanimun belakang rumah yek.
melaka jugakan?
HAHA, takpe, ktorg hanimun kt econsave je lah...
=(
Post a Comment